Menyeronokkan
!!! Itulah yang dapat diluahkan sepanjang Kembara Jelajah Kelantan anjuran Kelab Toyota Avanza (www.tavac.net) versi Utara dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan dan rakan media Manis FM dan Sinar Harian edisi Kelantan sejauh lebih 200Km yang bermula jam 8 pagi hingga 7 malam pada hari Sabtu, 6 Jun 2009 lalu. Lebih kurang 200 peserta konvoi menyertai konvoi kali ini bersama keluarga masing-masing.
Ini adalah kali pertama aku sertai konvoi seperti ini, pelbagai kenangan indah dan pengalaman berharga dapat dikutip sepanjang kembara berkenaan yang melawat beberapa lokasi menarik di Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Pantai Irama Bachok. Walaupun tidak dapat memandu kereta Toyota Avanza, hanya memandu Kancil Sinar Harian yg cute miut tu disebabkan untuk promosi penjenamaan Sinar Harian agar dapat di lihat oleh orang ramai sepanjang perjalanan konvoi tersebut. Tetapi dapat juga aku menjadi pemandu F1 Kancil yang bergerak laju bersama Toyota Avanza dan juga marsyall Konvoi yang menunggang motor berkuasa tinggi.
Penyertaan aku dalam konvoi ini berakhir di Pantai Irama Bachok, di mana secara tak langsung penglibatan staff Sinar Harian dan 2 buah Kancil Sinar Harian juga turut berakhir disini. Konvoi ini sebenarnya berakhir di Pantai Cahaya Bulan, lagipun aku perlu ke Kuala Terengganu malam itu juga untuk menemani rakan sekerja ke majlis kenduri kahwin kawan di orang. Lagipun aku mmg dah biasa jalan pergi ke K. TRG. Lagipun sekali lagi memandu kereta adalah hobi aku… hehehehe…

Memberi majalah karangkraf dan akhbar Sinar Harian percuma kepada peserta konvoi di Pantai Irama Bachok
ps: Harap2 dapat menyertai konvoi lain plak, ni nak daftarkan diri dalam kelab kereta proton saga iswara (www.sagaiswaraclub.com)
Related posts:
- Video: Kembara Jelajah Kelantan 2009 Video Konvoi Kembara Toyota Avanza Jelajah Kelantan ini adalah hasil suntingan daripada ahli Kelab Toyota Avanza (www.tavac.net) yang ada di...
- Selamat Pengantin Baru Syawal Tahniah & Selamat Pengantin baru!!! Semoga Bahagia ke anak cucu Semoga bahagia hingga ke akhir hayat untuk sahabatku Ahmad Fardlee...
- www.ebanjir.kelantan.gov.my: Portal Online Info Semasa Banjir di Kelantan Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, apatah lagi dalam beberapa hari lagi Hari Raya Korban...
- WitnessGaza.com & LifeLine4Gaza.org: Informasi Terkini Konvoi keamanan Freedom Flotilla Ke Palestin Seperti yang dimaklumkan bahawa sekarang ini satu konvoi bantuan kemanusian iaitu Konvoi Bantuan Antarabangsa Flotilla sedang dalam perjalanan ke Palestin...
- World Clock Time Zone Anda ada kawan di Mesir? Jordan? London? Ingin chatting dengannya melalui YM/MSN/Skype. Semestinya anda ingin tahu waktu bilakah anda boleh...














1 Trackback(s)