Dec
29th

Kursus ESQ Level 2 MCB @ Sheraton Hotel & Tower

Files under Personal | Posted by Akmal

Selepas 8 bulan menghadiri Kursus ESQ Basic Training pada 3-5 April 2009 yang lalu di Flamingo Hotel, Ampang. Aku sekali lg dipanggil oleh pihak pentadbiran majikan untuk pergi ke kursus peringkat ke-2 pulak  pada 19-20 Dis 2009 yang lalu bertempat di Sheraton Hotel & Tower di Subang Jaya. Nama kursus kali ini adalah Kursus ESQ Mission Statement & Character Building (MCB). Kursus ini terbahagi kepada 2 iaitu pada hari pertama (19 Dis 2009) berkenaan Mission Statement iaitu mebantu peserta dalam menentukan apakah visi & misi peribadi, keluarga dan organisasi yang sememangnya berbeza antara satu sama lain. Manakala hari kedua pula (20 Dis 2009) pulak peserta akan diajak untuk membentuk paradigma baru dalam melihat masalah dalam kehidupan seharian sebagai cabaran dan medium untuk membentuk diri melalui modul Character Building. Hasil gabungan kedua-dua modul Mission Statement & Character Building diharap akan dapat membentuk peribadi peserta agar lebih kuat dan kental ibarat berlian yang tidak mudah retak. Tidak ada lagi rasa kecewa dan putus asa yang boleh memusnahkan masa depan setiap insan.

Pada kali ini hanya 6 org sahaja yg pergi secara berkonvoi dengan menaiki 2 buah kenderaan syarikat, semua lelaki yg terdiri drpd pelbagai Jabatan. Pada kursus kali ini kami akan menetap bersama-sama staff yang lain daripada cawangan Kelantan, Terengganu & Pahang. Sebanyak 2 buah apartmen di sewa utk 3 hari 2 malam yang setiap satu untuk lelaki dan perempuan di Seksyen 3 Shah Alam, iaitu bangunan Wisma MAIS. Harga pun murah, RM180 untuk semalaman, keadaan pun selesa untuk di duduki oleh 9 org setiap apartment.

Hari Pertama (19 Dis 2009)

Seperti biasa kena datang awal kerana untuk pendaftaran dan mengelakkan kesesakan laulintas juga untuk tidak mahu makan buang langsat (Sesat la :) ). Selalunya kursus peringkat ke-2 ini penceramah utama ialah Dr. Ary Ginanjar Agustian iaitu pengasas modul ESQ & ESQ Leadership Center, tetapi oleh kerana kesibukannya dalam menyebarkan ilmu ESQ di serata dunia, pembantu utamanya iaitu iaitu org no.2 kuat dalam ESQ Leadership iaitu Pak Legisan Sugiman yang menjadi trainer utama kursus ESQ MCB aku pada kali ini. Ingatkan bolehlah jumpa Dr. Ary Ginanjar :P . Pak Legisan Sugiman sekarang adalah trainer utama di kursus-kursus ESQ Leadership seluruh Malaysia untuk masa sekarang. Jumlah peserta yang menyertai kursus pada kali ini ialah seramai 253 orang yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah TM dan jumlah peserta yang teramai sehingga menghantar sebanyak 173 oang (X silap) adalah daripada syarikat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Penerbit Majalah berbahasa Melayu terbesar di Malaysia).

Seperti biasa, kursus ESQ MCB kali ini pasti akan ada audio & visual khas hebat yang boleh membuat setiap peserta teruja dan lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh trainer. Hari pertama kursus adalah berkisar kepada membentuk visi, misi dan nilai dalam mencapai sesuatu cita-cita peribadi, keluarga, organisani dan lain-lain. Pada kursus ini banyak game-game yang diajak oleh trainer untuk bermain bersama, selepas setiap games yang dimainkan peserta pasti ada pengajaran di sebalik game yang dimainkan. Trainer akan menerangkan setiap pengajaran game-game yang dimainkan.


Bersama rakan-rakan sekerja di kursus ESQ MCB

Kesimpulan dari hari pertama kursus adalah menyatakan bahawa Mission Statement kita dalam kehidupan sebenar di dunia ini ialah ialah Syahadat yg kita lafazkan. Di dalam kalimah syahadat itu terkandung visi, misi dan nilai yang perlu kita ikuti dalam menjalani kehidupan seharian di dunia ini.  Dibawah ini adalah visi, misi dan nilai yang dicadangkan kepada peserta sebagai petunjuk dalam menetapkan visi, misi dan nilai masing-masing.

Visi : Bertemu ALLAH

Misi : Menjadi rahmat kepada orang lain

Nilai : 7 nilai ESQ yang ditekankan kepada peserta iaitu JUJUR, TANGGUNG JAWAB, BERWAWASAN, DISIPLIN, KERJASAMA, ADIL & PRIHATIN.

Seperti kursus ESQ Basic yang pertama, pasti trainer profesional ini akan cuba menyentuh hati peserta dengan penyampaiannya yang boleh membuatkan peserta menangis. Apa yang paling menyentuh hati aku di hari pertama kursus ini ialah apabila trainer menceritakan kesedihan Rasulullah SAW melihat 70 orang sahabatnya gugur di medan perang Uhud. Yang paling menyedihkan ialah kematian Panglima Perang yang disayangi oleh Rasulullah SAW iaitu Hamzah Bin Abdul Mutalib yang di bunuh oleh lelaki habsyi bernama Wahsyi. Jenazah Hamzah Abdul Mutalib telah di tebuk dadanya dan jantung/hati nya telah dikeluarkan oleh Hind iaitu Isteri kepada Abu Sufyan sebagai pembalasan dendam atas kematian suaminya. Semasa Pak Legisan menceritakan kisah tersebut dengan diiringi muzik slow dan berada dalam kegelapan, ianya telah membuatkan beberapa peserta menangis. Tetapi aku xde la sampai menangis, cuma sebak je la. heheheh…. :)

Hari Ke-2 (20 Dis 2009)

Hari kedua datang lambat sikit, sbb dah tau jalan dan jalan x akan jem punya sbb hari Ahad, warga kota tidak bekerja. Sampai jam 8.30pg, makan sarapan yang disediakan, check kedatangan dan terus masuk dewan.

Pada hari kedua peserta di beri training berkenaan modul Character Building (Pembangunan Karakter).  Trainer ESQ menunjukkan bahawa pembangunan karakter seseorang insan yang hebat dan mulia adalah ibarat seperti menghasilkan berlian. Untuk menghasilkan berlian, ia mengambil masa yg agak lama dan menghadapi pelbagai tekanan ketika berada di bawah permukaan bumi. Dan akhirnya setelah menghadapi pelbagai tekanan dan rintangan dalam tempoh masa yang lama, baru lah berlian tercipta.Oleh itu,  seseorang insan yang hebat dan berjaya itu di ibaratkan sebutir berlian yang cantik dan menawan. Dalam kehidupan ini, setiap manusia akan di uji, kerana dunia ini adalah medan ujian untuk setiap insan dan berjaya atau tidak adalah di hari penentuan nanti.

Jika hari pertama kursus, trainer menceritakan kisah Perang Uhud dan mengupas dr kisah tersebut untuk di ambil pengajaran, tetapi kali ini trainer menceritakan tentang perjuangan peribadi Muhammad Ali, seorang legenda dalam sukan tinju dunia masa kini dan yang masih lagi hidup.  Sebelum ini aku x ambik port sangat perihal Muhammad Ali. Tetapi selepas mendengar kisah kehidupan dan perjuangan peribadi Muhammad Ali dalam memperjuangkan bangsa kulit hitamnya di Amerika Syarikat dan juga sebagai seorang Islam. Aku mula respect dekat Muhammad Ali. Tidak hairanlah Muhammad Ali skrg adalah satu2 nya orang Islam yang dihormati oleh semua golongan di Amerika Syarikat, sebuah negara kuasa besar dunia yang selalu memerangi negara Islam. Sehinggakan hampir separuh hari tersebut pembangunan karakter adalah banyak berkisarkan daripada sikap Muhammad Ali sehinggakan ada 1 tarian dan nyanyian dalam ESQ yg digunakan utk menyegarkan peserta ESQ selepas 1 sessi ceramah yg panjang iaitu lagu The Black Superman. Salah satu keunikan kursus ESQ ialah ia penuh dengan menyanyi lagu dan melakukan gerak tari. Insya Allah, next post saya akan menceritakan kisah peribadi Muhammad Ali dalam kategori Motivasi :) . Kerana kisah kehidupan dan perjuangan Muhammad Ali terhadap dirinya, bangsanya dan agamanya sangat mengkagumkan kerana beliau berpegang kepada prinsip mempercayai setiap apa yang dilakukanya termasuk memeluk agama Islam dan lantang berani bercakap.

Pada jam 8.oomalam, baru kursus berakhir dengan semua peserta yg beragama Islam solat berjemaah Maghrib bersama-sama di dewan kursus. Aku n the geng balik ke Kelantan pada awal pagi esoknya, selepas tamat kursus jalan-jalan kejap di Uptown Shah Alam di Seksyen 24 Shah Alam.

Kesimpulannya

Sepanjang 2 hari berkursus ESQ MCB ini iaitu lebih pendek drpd 3 hari kursus semasa ESQ Basic Training, kursus kali ini tidaklah begituboring dan ceramahnya tidaklah panjang sebab banyak games-games yang dimainkan daripada kursus pertama. Salah satu games yang dimainkan yang agak extrem ialah bila kena angkat-angkat orang yg pijak atas bahu, huhuhu…mula2 sakit bahu aku kena pijak lepas tu rasa sedap lah plak :) . Aku nak ceritakan satu persatu pun panjang sangat nanti sebab banyak jugak lah games yg di mainkan sepanjang 2 hari kursus ini.

Seperti biasa, antara lagu yang dinyanyikan sepanjang kursus ini ialah lagu rasmi ESQ iaitu Demi Matahari, yell ESQ, selawat kepada Nabi (Raihan-Ya Nabi Salaamun Alaika), Jalur Gemilang, dan 2 buah lagu baru iaitu The Black Superman dan lagu jawa Ilir-Ilir (Lagu lama yg beratus tahun yg ditulis oleh salah seorang Wali Songo, kumpulan penyebar Islam di Tanah Jawa pada abad ke 17). Lagu-lagu ini dinyanyikan untuk menyegarkan para peserta dan membuatkan kursus training ini lebih menarik.

Alhamdulillah, di dalam kursus ini baru lah aku faham apa perbezaan di antara Visi dan Misi, selalu tertukar makna antara dua perkataan ini. Insya Allah, selepas ini blog ini juga akan mempunyai Visi dan Misi tersendiri sempena kedatangan tahun baru. Dan dalam kehidupan adalah medan ujian kepada setiap manusia dalam menjalani kehidupan harian, apa yang penting dalam kehidupan ini ialah kebahagiaan di dunia & di akhirat.

ps: Penulisan secara ringkas sahaja tentang pengalaman kursus ESQ MCB 19-20 Dis 2009.

ps2: Tak sempat mengambil gambar bersama dgn Pak Legisan Sugiman kerana beliau sibuk melayan peserta2 yg lebih tua dan hebat yg bertanya perihal ESQ MCM, jadi xde rezeki. Insya Allah pada kursus kali ke-3 di pertengahan tahun depan.


3 Responses to “Kursus ESQ Level 2 MCB @ Sheraton Hotel & Tower”

  1. By supanoob on Jan 4, 2010 | Reply

    bro, ESQ ni sebanrnay bnyk yg negatifnya, site mufti pun dah bicarakan tentang ni, dulu ada link, tapi site mufti tu kena hack gamknya, ni link dia:
    http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/pmwp/utama.htm

    bro boleh iktui perbicangan menegenai ESQ ni di:
    http://www.melayu.com/perkampungan/viewtopic.php?f=39&t=45929

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Xpe la bro

    yg negatif kita jgn ambil, ambilkan yg rasa kita positif2 saja utk kebaikan diri sendiri…

    nothing is perfect dlm dunia ni except Yang Maha Esa

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Feb 8, 2010: www.aktechpage.com – Learn, UnLearn & ReLearn » Muhammad Ali: Legenda Tinju Dunia Terhormat di AS

Post a Comment

CommentLuv Enabled