Apr
12th

Kursus ESQ@Flamingo Hotel, Ampang

Files under Personal | Posted by Akmal

Seperti biasa, setahun sekali syarikat tempat aku kerja ni akan menghantar staff ke kursus motivasi untuk meningkatkan produktivi dan motivasi pekerja. Tahun lepas aku berkursus di Genting Highland bersama-sama bebudak ICT Department dan juga staff dr jabatan lain. Kursus itu mmg best dan pengalamnnya telah pun aku tulis dalam blog yg bertajuk Kursus Team Building@Genting Higland pada Mei tahun lepas. Kali ni, 3-5 April 2009 aku menghadiri kursus ESQ yang dikatakan telah merubah sikap dan suasana staff di HQ Shah Alam. Daripada yang pakai seksi kepada yg bersopan, drpd yg free hair kpd bertudung, drpd yg tidak bersolat kepada mengerjakan solat tepat pada waktunya dan secara berjemaah pulak tu. Itulah yg aku dengar apa yg telah berlaku kpd staff di Shah Alam selepas pergi ke kursus ESQ ini drpd member2 yg kerja kt HQ Shah Alam.


Kali ini aku pergi berkursus bersama-sama dengan 16 org staff Kelantan yg terdiri drpd pelbagai Jabatan, antaranya ialah Editorial(Reporter la), Promosi, Circulation dan juga ICT (aku sorang je.. :P ). Kitaorang bertolak ke KL pada jam 9 pagi 2 April 2009 dr Pejabat Pengkalan Chepa secara berkonvoi sebanyak 5 bijik kereta kancil. Seramai 15 orang staff je yg terlibat dalam konvoi ni, sorang lg staff pergi sendiri dengan suami yg tercinta. Best giler konvoi mcm ni pergi ke KL, bukan selalu pergi konvoi ramai2 cam gini. Aku drive kereta Skuad Pasir Mas 1, nasib baiklah salah satu hobi aku adalah memandu, jadi memandu dr pengkalan chepa ke KL adalah small matter je.

Tiba di di KL dalam jam 5 petang setelah berhenti rehat lebih kurang 3 kali iaitu di K. Krai (Staff P’puan ramai2 berhenti kencing), R&R Gua Musang (Rehat dan Lunch) dan akhir sekali di Masjid Abu Bakar, Bentong (Sembahyang Jamak Takhir Zohor Asar). Sampai di Tol Gombak, kete aku mula2 sekali masuk KL, aiyakkk….ingatkan member sebelah aku ni (co-pilot) yg duk KL tau la jalan2 kt KL, rupa2nya dia orang Selangor jadi tak tau la plak kat mana Ampang Point. Aisehh man, makanlah buah langsat(sesat laa) aku 1 jam kt KL tu cari Ampang Point. Akhirnya sampai jugak kt tempat penginapan yg telah book iaitu Palm Inn Hotel, hotel 3 bintang bersebelahan dgn Ampang Point Mall. Harga bilik hotel ini adalah antara yg paling murah di KL, fasiliti pun bagus dan dikelilingi pelbagai kemudahan, Ampang Point Mall, Kenny Rogers, Ampang Point Bowling, Star Komuter Ampang dan lain-lain lagi. Kereta aku last sekali sampai kt tempat penginapan, check in, bayar deposit terus tido…

Malam tu kita orang tido je sebab keletihan perjalanan dr Kelantan ke KL. Lagipun esok pagi dah kena bangun awal2 pergi ke kursus di Hotel Bersebelahan iaitu Hotel Flamingo.

Hari Pertama, 3 April 2009

Hari pertama kursus, daftar dan makan pagi. Makan pagi kt hotel Flamingo ni mmg sedap2, hotel 5 bintang katakan. Hari pertama kursus aku sudah kagum dengan suasana dalam dewan ni, terdapat 3 skrin besar seperti dalam wayang yang diletakkan di hadapan lebih kurang 450 peserta dan kiri kanan setiap skrin tersebut terdapat speaker yg besar punya.  Penyampaian kursus ini banyak menggunakan Audio Visual. Dan memang benar, inilah kursus motivasi pembangunan sumber manusia yg pertama kali aku hadiri menggunakan audio visual yg sungguh hebat, sehinggakan audio yang digunakan sama hebat dalam panggung wayang sehingga boleh membuatkan jantung bergetar akibat audio yg hebat. heheheh….

Rakan ESQDari Kiri: Ira(K. Trg), Farah(Marang), emay(Promo Kel), Yatie(Hulu. Trg) dan aku.

Dan jangan terkejut, kursus ini 100% adalah berkonsepkan ketuhanan dan kandungan dalam kursus ini 80% ayat-ayat Al-Quran dan 20% lagi Hadis Nabi. Dan terselit juga perkaitan antara Sains dengan Al-Quran yang membuatkan bahawa Al-Quran itu adalah sememangnya Kalam Allah yg Maha Mengetahui lg Maha Penyayang dan bukan hasil tulisan Nabi Muhammad SAW.

Hari pertama kursus ini banyak menceritakan tentang perkaitan Teori Bing Bang dengan Al-Quran, maksud IQ, EQ dan SQ serta penerangan pengertian Asmaul Husna. ESQ 165 berasal drpd  Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan yang disingkat dengan 165, yakni 1 melambangkan ihsan, 6 melambangkan rukun iman dan 5 melambangkan rukun Islam. Peserta juga diajak merenung tentang teori penciptaan (Big Bang) yang ditemukan pada abad 20. Padahal teori ini sudah ada di dalam salah satu ayat Al Quran 1400 tahun yg lalu. Ini menunjukkan bahwa Alquran bukanlah ciptaan Muhammad. Bagaimana seorang yang ummi boleh berfikir seperti yang ditemukan oleh orang di abad 20.

Barang-barang free semasa kursus

Sepanjang kursus hari pertama ini juga diselitkan slot menyanyi sambil menari untuk mengelakkan para peserta mengantuk dan tertidur ketika raining dijalankan. Antara lagu yang selalu dinyanyikan ialah Jalur Gemilang, Asmaul Husna dan Selawat keatas Nabi.

Hari kedua, 4 April 2009.

Pada hari kedua kursus pula penerangan lebih mendalam tentang kebesaran Sifat Asmaul Husna dalam kehidupan seharian kita, Keagungan Allah dan bukti-buktinya, Kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, Keperibadian Nabi Muhammad SAW sehingga diakui sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam dunia sepanjang zaman oleh penulis buku Michael H. Hart berdasarkan kajian yang dijalankanya dan didokumentasikan dalam bukunya bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Dan pada hari kedua ini lah Speaker Utama Kursus iaitu Bapak Legisan Sugimin bersama para fasilitator atau dipanggil ATS (Alumni Training Support) memainkan peranan membuatkan perserta2 kursus menangis.

Gambar Candid, konon tgh khusyuk mendengar apa yg disampaikan oleh trainer.

Aku akui Pak Legisan Sugimin sangat pandai memainkan emosi para peserta. Cerita tentang anak yang merindukan ibunya dapat diolah sedemikian rupa sehingga semua peserta terharu dan banyak yang menangis. Begitu juga dengan cerita nabi Ibrahim yang bermimpi menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Meskipun ceritanya sudah kita ketahui sebelumnya, tetapi tetap sebahagian peserta menangis.

Selain boleh membuat peserta menangis, Pak Legisan juga pandai membuat peserta ketawa. Pada satu sesi tentang apa tujuan hidup manusia, dia berlakon seperti orang kaya yang kemana2 naik mercedes dan main golf. Sambil menyelipkan cerut di bibirnya, dia berlagak orang kaya. Lucu sekali. Pada hari ini, big boss pun ada, Pengarah Urusan,  Timbalan Pengarah Urusan, Pengarah Eksekutif Bahagian Pentadbiran, Pengurus Pengedaran dan lain-lain  yang duduk dibelakang dewan bersama alumni2 ESQ, termasuk pelakon sensasi, Azizah Mahzan.

Hari Ketiga, 5 April 2009

Pada hari ketiga ni peserta kursus disampaikan apa itu Total Action!, Semangat orang Jepun dan misi dalam hidup. Pada pagi hari para peserta di ajak sama2 berzikir dan beristighfar kepada ALLAH dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sambil berpelukan sesama peserta, sehinggalah ke berehat makan tengah hari. Pada hari ketiga suasana dewan amat lah sejuk hingga aku tepaksa memakai sweater (2 hari sebelum ini x pakai pun), entah lah diorang turunkan suhu air cond kot, sejuk sangat2 dan membuatkan aku tertido masa sesi berzikir tadi, heheheh…..

Sedutan Sesi Mintak Ampun

Pada petang akhir, sebelum kursus di tamatkan. Kami semua peserta di ajak melakukan haji kecil iaitu bertawaf ramai2 mengelilingi model kaabah tiruan, saie, melemparkan batu kat Syaitan (Jamratul Aqabah) dan berpelukan sesama peserta. Alhamdulillah, tamat jugak kursus pembangunan sumber manusia yang aku anggap paling unik dan lain drpd yang lain. Dan insya Allah, sebagai Alumni ESQ, aku akan dapat menghadiri mana2 kursus ESQ Basic Training di seluruh dunia sepanjang hidup utk recharge kembali. Aku ingat nak recharge kursus ESQ yang akan di adakan pada bulan Jun nanti di Perdana Resort, Kota Bharu.

Aku tidak sempat mengambil gambar dengan Pak Legisan kerana perlu balik ke Hotel utk kemas barang sebab konvoi kami dijangka bergerak jam9 malam itu jugak. Sesi kursus ni plak tamat jam 7.30 malam, kena beratur pulak nak ambik sijil penyertaan dan kad alumni ESQ. Hanya sempat bergambar dengan pembantu utama Pak Legisan, iaitu belia besi Malaysia Muhammad Muqarabbin (Qobin) , Berbasikal mengelilingi dunia tahun 2007 dan belia Melayu Muslim pertama mendaki gunung Everest 2004. Dia lah orang kedua yg kerap memegang microfon selepas Pak Legisan, selalunya utk Yell, nyanyi dan memberi hadiah kepada peserta yang menjawab soalan.

Bersama Muhammad Muqarabbin, Melayu Islam pertama mendaki Gunung Everest 2004

Kesimpulan.

Sepanjang 3 hari berkursus ini dari awal pagi hingga maghrib memanglah amat meletihkan. Nasib baik lah semasa kursus itu xde lah hanya mendengar ceramah je, ada juga diselitkan menyanyi lagu sambil menari dan juga games. Lagu yg kerap dinyanyikan adalah lagu yg berkonsepkan nasyid (Snada-Demi Matahari), Jalur Gemilang , selawat kepada Nabi (Raihan-Ya Nabi Salaamun Alaika), Yell ESQ, Mars ESQ, 99 Asmaul Husnadan Hadad Alwi-i’tiroof’. Lagu rasmi utk kursus ESQ Basic Training ialah Demi Matahari, siap ada seni tarinya lagi. Tariannya mcm mana, klik sini.

Pendek kata, aku amat berpuas hati dengan kursus ini, kerana kursus ini banyak memberi aku kesedaran, untuk apa kita hidup di dunia ini, ke mana kita pergi selepas mati, untuk apa kita bekerja, bersyukur dengan apa yang ada dan macam2 lagi.

7 nilai yang di tekankan  kepada perserta kursus ini untuk diamalkan adalah :

Jujur – Tanggungjawab – Berwawasan – Disiplin – Kerjasama – Adil – Prihatin

Dengan mengamalkan 7 nilai ini sahaja, insya allah kita akan dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat, bukan sahaja di alam pekerjaan. Tapi nak amalkan salah satu, agak sukar kerana aku adalah manusia biasa, bukannya ummi sebagaimana Nabi Junjungan Muhammad SAW.  Insya Allah, aku akan cuba amalkan 7 nilai ini dalam kehidupan seharian.

Lampiran

==> Rahsia 165 Buat Diana – Zamarul

==> Jika anda ingin melihat sebahagian video2 yg dimain kan dalam kursus ESQ, cuba anda cari dlm Youtube dengan menggunakan keyword ESQ 165 @ ESQ.

==> Salah seorang peserta kursus sekali dgn aku ialah Azizah Ariffin, pengacara terkenal TV3 tu. X sempat jgak bergambar dgn dia :(

Related posts:

  1. Kursus ESQ Level 2 MCB @ Sheraton Hotel & Tower Selepas 8 bulan menghadiri Kursus ESQ Basic Training pada 3-5 April 2009 yang lalu di Flamingo Hotel, Ampang. Aku sekali...
  2. Kursus Team Building@Genting Highland Pada 9-11 Mei 2008, buat pertama kalinya aku telah menghadiri kursus yg dianjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja iaitu Kursus...


6 Responses to “Kursus ESQ@Flamingo Hotel, Ampang”

  1. By chah on Apr 13, 2009 | Reply

    wah….bagus2 ada perubahan lepas g kursus tu.. chah rasa abg kema pun ada perubahan gak, makin tembam kan kan ..haha sorry

    [Reply]

  2. By fuad on Apr 13, 2009 | Reply

    “Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    [Reply]

  3. By Akmal on Apr 14, 2009 | Reply

    Miss Chah – errr makin tembam ke abg kema….ke makin comel…heheheh

    Fuad – Insya allah, nnt sy add link blog anda dlm rakan saya, tp sy ni bukan islamik sgt yek…biasa2 je…

    [Reply]

  4. By feninlalat on Jul 6, 2010 | Reply

    siapa sj yg dh pegi kursus esq 165 akn diiktiraf sbg ALUMNI ESQ 165…… uiks? sy heran nih, semacam ada satu kumpulan yg nk diwujudkan… kumpulan yg berpegang kpd ajaran esq ke? hehehehehe…

    kalau bersandarkan kpd kajian dato’ mufti wilayah kl, sy suka sgt menggelarkan kumpulan ni sbg kumpulan ISLAM LIBERAL IDEA BARU… hehehehehe….. mcm agama kristian la plak, sebelum diiktiraf kena BAPTIS dulu, kumpulan ni plak kena gi kursus dulu hehehehehe

    jgn mare saudara/i suma…. sy pun penah pegi kursus esq 165 tp xdelah plak sy taksub dgn esq ni… astaghfirullah… dato’ mufti bkn suka2 keluarkan fatwa, berat tanggungjawab dia… bila dh kaji mendalam baru dia keluarkan fatwa… jd, jgn la menidakkn plak, buat2 x nmpk plak… baca dan renungkan…

    kursus esq ada kebaikannya, sy x nafikan, tapi JAGA2 YEEEE, anda perlu bijak untuk “AMBIL YG BAIK, BUANG YG BURUK” (bkn KAIZEN tau sbb dlm agama tak ada istilah “CIPTAKAN YG BARU”…

    so, bacalah kajian mufti tu ( http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/GERAKAN_ISLAM_LIBERAL.pdf ) dan fatwa yang dikeluarkan ni ( http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf ) dengan bertawakkal kepada Allah, semoga kita semua diberikan petunjuk…

    salam….

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @feninlalat,

    Thx for ur comment…

    Ps: Kesian kt lalat tu pening, heheheheh :D

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Dec 29, 2009: aktechpage.com – Internet, technology, tips, motivation, issues & making money online » Kursus ESQ Level 2 MCB @ Sheraton Hotel & Tower

Post a Comment

CommentLuv badge