Jan
15th

Lenovo IdeaPad Y650: Era Laptop Nipis

Files under Laptop/Notebook | Posted by Akmal

Lenovo IdeaPad Y650

Salah satu laptop yang hangat di pasaran terkini ialah Lenovo IdeaPad Y650. Laptop ini menampilkan kerangka yang nipis dan ringan dengan skrin yang agak besar daripada biasa iaitu 16 inci serta berwarna hitam jingga berkilat memberikan gaya eksklusif tersendiri kepada pemiliknya. Laptop ini sesuai digunakan untuk seisi keluarga dan individu di mana panel skrin resolusi 16:9, teknologi terkini grafik, memori DDR3 dan mempunyai pensijilan Dolby Home Theatre serta speaker JBL adalah bersesuain untuk tugasan kerja dan juga sebagai alat hiburan. Terdapat button akses segera bagi menukarkan daripada bunyi normal kepada muvi serta teknologi pengesan cahaya yang secara automatik mengesan perubahan cahaya persekitaran untuk diselaraskan pada laptop ini (Jarang ada pengesan cahaya pada sesatu laptop ni).

Lenovo IdeaPad Y650  dikuasakan oleh pemproses Intel Centrino 2 yang mampu memberi 50% lebih kelajuan untuk pelbagai task, 5X kecekapan WiFi dan 90% lebih pantas menjalankan aplikasi multimedia seperti tayangan HD penuh atau video streaming.

Spesifikasi

  • Intel Centrino 2/Intel Core 2 Duo P8700/2.53Ghz/1066MHz/3MB L2 Cache
  • 4GB DDR3 RAM
  • HDD SATA 500GB
  • Skrin 16″ WLED HD
  • Multi Penyalin Super DVD
  • Kad Grafik GeForce G105M 256M
  • Bluetooth/WiFi/Slot Card Reader 6 in 1
  • 2X2W Speaker Stereo JBL/Sistem Speaker Dolby Home Theatre.
  • Desktop Navigation/MultiFunction Touch Pad/One Key Theater/Bateri 6 Sel
  • Harga Pasaran Semasa : RM5,099.

Related posts:

  1. MSI X340: Notebook Nipis & Bergaya Notebook bergaya!!! Notebook terbaru 13 inci daripada MSI ini sememangnya menawarkan gaya yang diinginkan oleh pengguna mobil masa kini. Selain saiznya yang nipis & ringan, ia turut menampilkan skrin lebar 16:9 bagi paparan lebih besar dan jelas. X340 juga boleh memainkan video HD, dilengkapi teknologi lampu LED belakang dengan ciri penjimatan tenaga dan port I/O [...]...
  2. ASUS F6: Laptop Berbau WangiBanyak idea juga ASUS ni dan salah satunya ialah menampilkan notebook dengan wangian. Bukan sekadar gimik kerana setiap rekaan notebook edisi khas ini mempunyai bau tersendiri, sesuai dengan citarasa pengguna. Antaranya bau bunga (merah jambu), Musky atau limau kasturi (hitam), Dew (hijau) dan kesegaran lautan (biru), macam manalah bau agaknya? Dari segi kebolehgunaan anda boleh [...]...
  3. Acer 3180T: Ringan dan Tipis Acer merupakan antara pengeluar laptop utama di Malaysia dan telah menghasilkan beberapa laptop yang berkualiti dan berkuasa serta memenuhi pelbagai kehendak pengguna tempatan. Kali ini Acer telah mengeluarkan versi terbaru dari keluaraga Timeline yang mempunyai ketipisan kira-kira 1 inci sahaja bersama-sama ciri-ciri mewah. Model tersebut ialah Acer 3810T iaitu model pertama daripada dua model versi [...]...
  4. Netbook Review: HP Mini 1001TULaptop mini terbaru daripada HP ini menampilkan papan kekunci terbesar dalam kelasnya iaitu 92% daripada saiz sebenar, memudahkan anda menaip dengan selesa di mana jua, pada bila-bila masa. Ia menekankan pengalaman mobiliti terbaik menerusi faktor bentuk kecil, kerangka bergaya dan skrin lebar 10.2 inci. Terdapat kamera web sedia ada, mikrofon dan WLAN untuk anda video [...]...
  5. 5 NetBook Pilihan aktechpage.comNetbook atau laptop mini semakin diminati dikalangan pengguna yang inginkan mobiliti pengkomputeran yang mudah dan kompak. Pengguna kini lebih gemar membawa komputer bersaiz kecil untuk ke sana dan ke mari. Dengan itu netbook/laptop mini adalah pilihan yang sesuai di samping nampak lebih bergaya dan mudah digunakan. Apapun sebab, netbook/laptop mini adalah satu keperluan dan lebih [...]...


2 Responses to “Lenovo IdeaPad Y650: Era Laptop Nipis”

  1. By mancaiNo Gravatar on Jan 15, 2010 | Reply

    peh… senipis apple ke lagi nipis ni….?
    mancai´s last blog ..penyedia script sistem laman web My ComLuv Profile

    [Reply]

    AkmalNo Gravatar Reply:

    Apple Mac lagi nipis… beza beberapa milimeter je, heheheh

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled