Setelah mengalami proses pembangunan dan penyelidikan yang singkat untuk menghasilkan kereta lumba F1, akhirnya pada 12 Februari 2010 lepas, pasukan 1Malaysia Lotus F1 Racing memperkenalkan jentera F1 yang di reka bentuk oleh jurutera F1 berpengalaman Mike Gascoyne yang dinamakan Lotus T127 di London’s Royal Horticultural Hall untuk kali pertama selepas 16 tahun tidak aktif dalam arena F1. Jentera tersebut yang diwarnakan tradisional pasukan Lotus iaitu hijau kuning (Macam pasukan bola Kedah plak) diperkenalkan bersama-sama dengan barisan pemandu dan juga pengurusan pasukan F1. Jentera Lotus T127 akan diuji sepenuhnya di atas trek pada sesi ujian kedua di litar Jerez, Sepanyol pada 18 Februari.
Jika di lihat dari segi rekabentuk kereta tersebut, rekaannya seakan-akan sama dengan jentera pasukan f1 dari Jepun iaitu Super Aguri yang pernah menyertai F1 sebelum ini. Bagi aku, rekaannya tidak begitu dinamik dan untuk mendapatkan mata dalam persaingan F1 musim ini mungkin agak sukar. Tidak seperti pasukan Virgin F1 yang kelihatan lebih aerodinamik. Walauapapun, tahniah di ucapkan kepada pasukan ini kerana dapat juga menghasilkan jentera F1 dalam masa singkat berbanding 2 lagi pasukan baru F1 yang terlebih dahulu menjalankan R&D lebih lama daripada pasukan Lotus F1 ini iaitu pasukan US-F1 dan Campos Meta F1. Kedua-dua pasukan ini masih lagi belum menunjukkan perkembangan positif walaupun sudah di war-warkan selama lebih daripada 2 tahun untuk menyertai F1 pada tahun 2010.
Apapun kita tengok siapakah yang akan menyarung baju pramugari pada akhir musim F1 2010 ini. Adakah Tony Fernandes atau Robert Branson? Cabaran antara dua pasukan F1 baru Lotus F1 Racing dan Virgin Racing.
ps: Selamat Tahun Baru Cina 2010 kepada semua warga cina di Malaysia. Gong Xi Fa Cai!!!
Related posts:
- Barisan Pemandu 1Malaysia F1 Team@Lotus F1 Racing 2010 Akhirnya segala teka-teki siapakah pemandu-pemandu untuk pasukan 1Malaysia F1 Team (1MF1T) atau akan dikenali di dalam Kalendar F1 2010 sebagai...
- www.LotusF1Racing.my: Web Site Rasmi Lotus 1Malaysia F1 team Bagi peminat sukan F1 dan juga sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan pasukan F1 Malaysia iaitu Lotus F1 Racing team bolehlah...
- 1Malaysia F1 Team: Pasukan F1 Malaysia 2010 Selepas kejayaan penglibatan syarikat petroleum negara Petronas dalam sukan permotoran antarabangsa Formula One (F1) selama 14 tahun sejak menjadi penaja...











By Thoha on Feb 15, 2010 | Reply
Bangganya tengok pasukan F1 milik Malaysia..
pastu pemandu pulak ada orang malaysia sendiri..
taniah kepada pasukan Lotus F1 Racing Team semoga dapat bersaing dengan pasukan gergasi lain seperti ferrari..
.-= Thoha´s last blog ..Berhenti Berangan + Mulakan Langkah = Sukses =-.
[Reply]
Akmal Reply:
February 15th, 2010 at 4:34 am
Yup, 1 permulaan yg membanggakan dalam sukan F1.
[Reply]
By azizan4444 on Feb 15, 2010 | Reply
kaler die pon menonjol tgk skli tuh..sib baik ad 1 malaysia..hehe..yg pasti bangga dpt tgk fairuz tu drve nnti…
[Reply]
Akmal Reply:
February 15th, 2010 at 6:04 pm
Musim 2010 ni x leh target apa2 lagi. Musim belajar utk Team 1Malaysia Lotus ni.
[Reply]
By mr.eims @ perfume on Feb 17, 2010 | Reply
xsaba tunggu musim F1 2010. banyak kejutan. banyak team baru. gabungan pemandu2 F1 yg hebat2 etc
.-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Paris Hilton perfume floral fruity & clean =-.
[Reply]
Akmal Reply:
February 17th, 2010 at 9:27 pm
Dan juga peraturan baru…Minyak dah tak boleh refuelingg ketika race…jarak lumba dikurangkan…sama2 kita nantikan
[Reply]
By dr.aku.la on Feb 18, 2010 | Reply
all the best for team 1malaysia lotus f1.
.-= dr.aku.la´s last blog ..Hot Hot Hot =-.
[Reply]
Akmal Reply:
February 18th, 2010 at 5:24 pm
Yeahhh…Gud Luck for 1Malaysia Lotus F1 Team
[Reply]
By admin on Mar 4, 2010 | Reply
wow….power beb
malaysia boleh
.-= admin´s last blog ..How to choose or create a Theme =-.
[Reply]
Akmal Reply:
March 4th, 2010 at 8:35 pm
Yeahhh…Malaysia Boleh!!!
Terbaru, dapat sponsor plak drpd CNN…
[Reply]