Ikuti cerita dibwah ini.. rehat2kan minda sambil melayari internet;
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya……… !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang…. ………. !!
Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut….
ps: Setiap sunnah Nabi ada kebaikannya, jika tiada masa utk beramal ibadat, amalkan lah sunnah Nabi utk mendapat sedikit pahala & manfaat. Insya Allah.
No related posts.










By khairolghani on Sep 4, 2010 | Reply
aku suka citer ni..memang terkena semua omputih kat situ..
khairolghani´s last [type] ..Salam Hari Merdeka 2010
[Reply]
Akmal Reply:
September 5th, 2010 at 8:14 am
@khairolghani,
Aku pun suka…alasan yg sgt kukuh…
[Reply]
By zik on Sep 7, 2010 | Reply
betul tuh bro… lagi bagus guna tangan sendiri nie… feeling dia lain dari pakai sudu/gafpu….
zik´s last [type] ..Tahniah kepada 10 pemenang contest hidup seorang blogger!
[Reply]
Akmal Reply:
September 8th, 2010 at 8:28 am
@zik,
Makan dgn tangan memang beshh…
[Reply]
By mancai on Sep 7, 2010 | Reply
logik2 tq2.. memang menarik…
[Reply]
Akmal Reply:
September 8th, 2010 at 8:28 am
@mancai,
U’re welkam
[Reply]
By pakeri on Oct 13, 2010 | Reply
mmg mantap r alasan die..betul gak point2 die kasi tu..
pakeri´s last [type] ..OMG! Step Up Kids
[Reply]