Jan
21st

Malaysia Internet Summit 2010: Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia Pertama

Files under Internet, Special | Posted by Akmal

Buat julung-julung kalinya  Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia yang terbesar akan diadakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC).  Konvesyen ini yang dinamakan sebagai Malaysia Internet Summit 2010 diadakan selama 1 hari yang mengumpulkan 12 orang pakar pemasaran internet Malaysia yang akan memberi ceramah mendedahkan rahsia kejayaan mereka membina empayar perniagaan internet masing-masing. Antara 12 orang pakar pemasaran internet yang dilantik panel penceramah ialah Irfan Khairi, Shuth, SmartZul, Gobala Krishnan, SaifulSham, Ammar Zahar, Labanon Flarebiz, Amirol, Sifu Lan, Zaki Yusof dan Puan Ann. Kesemua 12 panel ini adalah sebahagian nama-nama besar di persada pemasaran internet Malaysia.

Untuk menyertai konvensyen ini anda bolehlah melawat laman web rasmi iaitu www.malaysiainternetsummit.com untuk pendaftaran. Di laman web tersebut ada butir-butir penerangan yang lebih terperinci mengenai perjalanan konvenyen selama 1 hari tersebut. Tujuan utama konvensyen ini diadakan adalah mungkin untuk mendedahkan kepada rakyat malaysia yang masih lagi belum memahami apakah itu dunia keusahawan internet/perniagaan internet. Malah melalui konvensyen ini juga membolehkan usahawan-usahawan internet part-time, full time ataupun yang baru nak berkecimpung berkumpul beramai-ramai untuk mengenali antara sama lain dan juga berbincang dengan lebih mendalam lagi apa itu perniagaan pemasaran internet.

Bukan sahaja anda hanya mendengar ceramah daripada 12 orang pakar yang mendedahkan rahsia kejayaan masing-masing  tetapi juga dapat menyertai forum bersama-sama berbincang mengenai perkembangan semasa pemasaran internet di Malaysia. Jadi jika anda ingin menyertai konvensyen tersebut, boleh ke laman web rasminya iaitu www.malaysiainternetsummit.com .

ps; Nampaknya perkembangan pemasaran internet Malaysia semakin berkembang positif.


10 Responses to “Malaysia Internet Summit 2010: Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia Pertama”

  1. By hasbulaqill on Jan 22, 2010 | Reply

    hajat nak pergi
    tp ada perkara yang lebih penting tarikh tu ;)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Aku pun mgkn x g kot. Sbb jauh, lgpun x leh tinggalkan jauh2 server2 yg dijaga kt ofis sini.

    [Reply]

  2. By Pak Unik on Jan 23, 2010 | Reply

    Salaaam. Sayang sungguh diadakah di KL, kalau kat K Trg kan bagus hehe. Moga nnt mereka juga akan datang buat kat sini, tp mungkin jugak ini satu mimpi je, psl x berbaloi kut datang ke sini psl IT x berkembang molek lg kat Ganu ni :)
    Pak Unik´s last blog ..Budak lelaki usia 9 tahun, jurutera IT termuda yang diiktiraf oleh Microsoft My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Salam Pak Unik, biaslah tu yg grand2 mesti buat kt KL. Pak Nik org TRG ke?? tp TRG beshhh utk cuti2 Malaysia, byk tempat menarik kt sana. Sayapun sebulan sekali ke TRG utk outstation sambil2 lepak kt Pantai Batu Burok. :)

    [Reply]

  3. By mr.eims @ perfume on Jan 24, 2010 | Reply

    wow..sangat menarik .. :) insyaAllah nk pergi.. sume otai2 perniagaan internet ada kat sana.
    mr.eims @ perfume´s last blog ..Paris Hilton perfume floral fruity & clean My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Sesiapa yg bole pergi tu baik pergi, mana tau bole berkawan dgn otai2 Internet bisness. Bole cedok2 ckit ilmu diorang tu :)

    [Reply]

  4. By Zamrii on Jan 28, 2010 | Reply

    Speaker semuanya hebat belaka, memang rugi kalo tak dapat datang. Tapi saya memang tak dapat datang sebab2 yang tak dapat nak dielakkan… huhuhu

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Ha ah, speaker semua hebat2 belaka.
    Saya pun x dapat pergi jugak :(

    [Reply]

  5. By sha on May 21, 2010 | Reply

    salam 1 Malaysia..saya dgr 20 jun 2010 adakn Malaysia Internet Summit 2010 di pusat Konvesyen Antarabangsa…saya ingin tahu lebih lanjut..
    adakah semua orang boleh sertai program tersebut…

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sha,

    Yup…20 Jun 2010 Malaysia Internet Summit(MIS) 2010 di PICC, Putrajaya.

    Semua org boleh pergi…
    Anda boleh rujuk perbincangan mengenai MIS 2010 di WC ==> http://www.wangcyber.com/forum/berita-and-pengumuman/28545-kenyataan-rasmi-malaysia-internet-summit-2010-a.html

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled