Sesetengah kalangan kita suka mengkritik sesuatu secara sembrono sahaja dan selalu melihat sesuatu perkara dari segi negatif sahaja. Sebenarnya tak semua yang negatif itu tidak baik, jika kita fikirkan kembali dan renungkan kembali, setiap perkara yang terjadi pasti memberi kesan dalam 2 aspek, baik dan tidak baik. Adalah lebih baik kita menjadi orang yang sentiasa berpandangan positif, maka kita sendiri juga akan pasti menjalani kehidupan harian secara positif. Di bulan RAMADHAN yang mulia ini, marilah kita sama-sama melihat apa yang terjadi itu dari sudut POSITIF, dan bukannya negatif.
Dibawah ini adalah 10 perkara sahaja melihat positif dalam sesuatu perkara.
1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan.
5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…
Jika kawan2 mempunyai positif dalam negatif lain, bolehla kongsi bersama di ruangan komen nanti yek
HAVE A WONDERFUL DAY!!!
BELAJARLAH BERSYUKUR…… HARGAI APA YANG ADA
Related posts:
- SALAH atau BETUL Tidak Penting Ramai orang beranggapan apa yang betul dan apa yg salah adalah dua perkara yg saling bertentangan. Mereka percaya kalau sesuatu...
- Salam Merdeka 2010!!! Salam Merdeka 2010!!! Alhamdulillah, syukur kepada ilahi tahun ini kita sekali lagi menyambut kemerdekaan dalam keadaan aman makmur di dalam...
- BackLinkWatch.com: Melihat Back Link Blog Apa itu Back Link ??? Merujuk kepada Wikipedia Backlinks are incoming links to a website or web page. Inbound links...










By zezebel on Aug 22, 2010 | Reply
Hahahahahaha….
Syukur kerana saya masih boleh membaca artikel saudara ini. Walaupun internet saya slow.
zezebel´s last [type] ..Bank in Kota Marudu
[Reply]
Akmal Reply:
August 23rd, 2010 at 8:44 am
@zezebel,
Alhamdulillah, sib baik bole gak baca…kalu langsung x leh internet…lg haru kan
[Reply]
By syahrilhafiz on Aug 22, 2010 | Reply
bersyukur sy masih berpuasa hari ini..
salam ramadan bro…
entri terbaik..
syahrilhafiz´s last [type] ..Perkara Di Bulan Ramadan
[Reply]
Akmal Reply:
August 23rd, 2010 at 8:45 am
@syahrilhafiz,
Alhamdulillah,
salam Ramadhan juga utk bro
Terima Kasih
[Reply]
By etomyam on Aug 22, 2010 | Reply
seriusly terbaik ni..elok kalau dapat tengok semua benda dalam perspektif yg positif
etomyam´s last [type] ..Lawak La Kot
[Reply]
Akmal Reply:
August 23rd, 2010 at 8:46 am
@etomyam,
Terima Kasih
Ha ah, Always be POSITIF… Insya Allah hidup bahagia dunia akhirat.
[Reply]
By mancai on Aug 23, 2010 | Reply
betul tu bro… apa pun bersyukur masih lagi bernyawa
[Reply]
Akmal Reply:
August 23rd, 2010 at 8:46 am
@mancai,
Alhamdulillah, masih lg bernyawa untuk menjalani ibadah kepada-Nya.
[Reply]
By mijie on Aug 23, 2010 | Reply
sebelum ni aku tak pernah terfikir pun macam ni, pasni kalau terjadi apa2 pun kena tengok dulu dari sudut positif
mijie´s last [type] ..Cara nak menghilangkan cirit birit
[Reply]
Akmal Reply:
August 24th, 2010 at 5:30 am
@mijie,
Always be POSITIVE
[Reply]
By sue on Aug 23, 2010 | Reply
bersyukur Allah masih lagi bagi kita lihat dunia hari ni… pe2 pn, gud info… jadikan tazkirah di bulan ramadhan…. SELAMAT BERPUASA
sue´s last [type] ..- PARAM -
[Reply]
Akmal Reply:
August 24th, 2010 at 5:33 am
@sue,
Alhamdulillah, syukur…
Terima Kasih
SELAMAT BERPUASA KEMBALI…
[Reply]
By azizan4444 on Aug 23, 2010 | Reply
memang mantap entri ni.memang btol tu..kadang2 kita tak terpikir sebalik benda2 cmni..kdg2 lebih kepada negatif nak2 dlm keaadaan marah..
azizan4444´s last [type] ..Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan 2
[Reply]
Akmal Reply:
August 24th, 2010 at 5:36 am
@azizan4444,
Uikss.. Mantap ke?? Biasa2 aja ni
Ha ah…kebanyakan org kita lebih terfikir ke arah negatif je selalu.. Kan baik berfikir secara baik…xde la free2 dapat dosa je kan..
[Reply]
By Shaffik on Aug 24, 2010 | Reply
Bila internet slow, bersyukur setidak-tidaknya kita masih mampu melihat dan Online untuk update blog…best la entri ni..
[Reply]
Akmal Reply:
August 25th, 2010 at 8:15 am
@Shaffik,
Ye, betul tu Bro
[Reply]
By zik on Aug 25, 2010 | Reply
syukur2… masih boleh datang ke blog bro ini…
zik´s last [type] ..Psikologi Harga
[Reply]
Akmal Reply:
August 25th, 2010 at 8:15 am
@zik,
Hehehehe… makasih bro…
Aku pun sama, masih lg boleh melawat bro
[Reply]
By khai on Aug 25, 2010 | Reply
Salam
baru pagi ni diperkenalkan oleh kawan kat opis ttg blog ni..
kepada mereka yang selalu fikir positif teruskan…saya pasti mereka adalah dikalangan org yang selalu bersyukur..amin
[Reply]
Akmal Reply:
August 25th, 2010 at 2:26 pm
@khai,
Alhamdulillah, ameen…
[Reply]
By hafizmd on Aug 25, 2010 | Reply
bersyukur..walau bro tukar keje lain..still leh kongsi ilmu ni..syukur
hafizmd´s last [type] ..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallah
[Reply]
Akmal Reply:
August 25th, 2010 at 2:27 pm
@hafizmd,
Berkongsi perkara baik yang mana mampu
[Reply]