Hari ini anda boleh berkomunikasi dengan seseorang yg jauh dalam keadaan apa sahaja; sambil berjalan, sambil memandu, sambil belayar di tengah lautan, malah jika anda berpeluang, sambil meyusup di dalam roket menuju ke bulan.
Dahulu, semuanya ini mustahil. Komunikasi hanya mungkin dengan alat komunikasi berwayar. Anda terpaksa berada di lokasi-lokasi tertentu yg menyediakan alat-alat berkenaan. Jika tidak suara anda hanya boleh didengar oleh orang2 yg berada berhampiran dengan anda sahaja. Pada pendapat anda mengapakah hal ini berlaku dan bagaimana ia menjadi mungkin?
Jawapannya, semata-mata kerana ada orang yg menggunakan imaginasinya dan muncul dengan yg lebih baik.
Anda sendiri pun, ketika hendak melakukan sesuatu, apakah anda tidak membayang-bayangkannya dahulu.Apakah anda tidak pernah mengangan-angankan dahulu apa yg hendak anda lakukan? Anda hendak membina sebuah rumah, apakah anda tidak pernah mengimejkan bentuk rumah yg anda idam-idamkan itu.
Baik, sekarang lakukan sesuatu tanpa berfikir tentang apa yg hendak dilakukan itu. Ambil sebatang pen dan jangan bayangkan apa-apa imejan dalam fikiran. Terus sentuhkan mata pen ke atas kertas putih dan guriskan. Apakah yg terhasil? Sekuntum bunga, sebuah basikal, sebiji bola, atau bentuk-bentuk yg tidak memberikan sebarang makna-sekadar contengan belaka?
Sekarang, bayangkan sekuntum bunga, sentuhkan mata pen ke atas kertas dan lukiskan mengikut apa yg diimejkan.
Apa hasilnya? Jika anda seorang manusia yg normal,pasti anda dapat menghasilkan 1 lukisan bunga.
Latihan mudah ini membuktikan imaginasi amat berperanan dalam melahirkan sebarang tindakan, apalagi kalau bahan yg hendak dihasil itu adalah sesuatu yg menghampiri ciri-ciri seni dan kreatif. Sebenarnya tiada manusia yg tidak berimaginasi dalam hidupnya. Imaginasi memandu fikiran dan tindakan yg akan dilakukan. Kalau imaginasi telah berikan gambaran-gambaran yg salah – berdasarkan fakta-fakta atau pengetahuan yg terbatas yg tersimpan di dalam otak – perkara yg terhasil akan turut salah. Sebab itu, sesuatu bahan ciptaan tidak terus menjadi seperti yg kita lihat pada waktu-waktu semasa. Ia melalui proses penciptaan yg lama sebelum sesuatu yg dianggap mutakhir terhasil.
Misalnya, sebuah kereta model terbaru yg kita lihat pada hari ini, akan menjadi ‘ketinggalan’ dalam beberapa bulan akan datang dan pada hari berkenaan kita sendiri mengakui kesesuainya dengan kehendak semasa. Ini disebabkan imaginasi perekanya telah dipengaruhi oleh fakta-fakta atau pengetahuan yg terbatas yg dimilikinya pada masa dia mengimaginasikan ciptaanya itu buat pertama kali. Apabila pengetahuannya bertambah seiring dengan masa yg beredar ciptaannya turut menjadi lebih baik.
Berfikir ialah satu proses menimbang, merenung atau mengingati sesuatu dan minda adalah kesedaran manusia yg berpunca dari otak dan dimanisfestasikan dalam bentuk fikiran, persepsi, emosi, azam dan imaginasi. Lihat sabda Nabi s.a.w perihal mimpi yg dikaitkan juga dengan imaginasi sama ada terarah ataupun tidak.
Nabi s.a.w bersabda, “Mimpi baik yg dimimpikan oleh seorang yg baik, adalah satu bahagian drpd 46 bahagian wahyu.”






