Jan
31st

Mengapa Berdendam?

Files under Motivasi | Posted by Akmal

Just nak sharing 1 artikel yg menarik berkaitan dendam untuk renungan bersama. Ini adalah artikel yang di ambil daripada Keiroro.com. Lagipun kali ni aku sedikit malas nak tulis posting kerana sedang membuat sesuatu kajian :P

Kenapa kita dendam ? Apa impak dendam kepada orang yang berdendam dan orang yang didendami ? Dan yang paling penting, bagaimana nak menangani perasaan dendam. Sumber dari wikipedia menyatakan, dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.

Ada orang berdendam sebab luka di lubuk hatinya terlampau parah. Tapi mengikut kajian psikologi, orang yang marah itu, perasaan marahnya itu cuma 4 ½ minit. Jadi jika perasaan marah itu persis atau masih wujud dalam hati diri kita atau lebih panjang dari 4 ½ minit, 1 jam, 2 hari, 2 bulan, 2 tahun itu sudah masuk ke dalam era ataupun arena dendam. Ertinya, marah, sakit hati yang lama lebih dari 4 ½ minit ialah dendam. Ini merupakan definisi psikologi.

Diantara punca-punca dendam ialah luka dalam hati yang mendalam ataupun kita teraniaya. Kita merisik awal, orang tolak pinangan. Orang merisik kemudian, orang menerima pinangan. Macam mana tak dendam ye tak ? Ni contoh je. Tiada kena mengena dengan aku pun. Hehe. Kadang-kadang kita dendam sebab enggan memaafkan. Sebab apa ? hati masih kotor, jiwa masih gelap. Ni la punca-punca dendam. Dendam juga mencerminkan jiwa yang masih tidak tenteram. Banyak kekurangan yang tidak dapat di atasi dengan berbagai-bagai cara kecuali dendam dengan apa yang orang lakukan kepada kita.

Sebenarnya kalau kita berdendam, banyak isu yang akan terbengkalai. Masalah tidak dapat diselesaikan, jalan jadi buntu, keberkatan terhakis tak berkat hidup beb. Hati kotor sebab dendam, hidup tak berkat. Hidayah pun lari dan macam-macam masalah timbul satu per satu.

OK.

Sekarang aku akan bincangkan bagaimana menangani dendam.Pertama ialah murnikan hati, sucikan jiwa, sucikan hati dengan solat taubat banyak-banyak, minta maaf dengan orang dan juga redha. Kita pun kadang-kadang banyak buat silap kat orang, redhalah orang buat silap dekat kita. Kedua ialah cari emas dan cari hikmah dalam setiap kejadian. Kita teraniaya ada hikmahnya sebab bila tuhan nak beri kebaikan tuhan mulakan dengan musibah. Jadi jangan kecil hati. Mula berfikir apabila kita ditimpa musibah sebab ada emas dan kebaikan setiap kali musibah diturunkan kepada kita. Jika masalah kita tu berat sangat, minta bantuan dari pakar. Jumpa ulama’, jumpa kaunselor dan sebagainya. Berkawan dengan orang-orang positif, jangan pula berkawan dengan batu api. Nanti lagi dia api-apikan kita suruh buat perkara yang tidak sepatutnya. Dan yang paling penting ialah, slow talk dengan orang yang kita berdendam. Mungkin dari sini, semua dendam akan terhapus.

Oleh itu, janganlah kita menyimpan dendam dalam diri. Banyak keburukannya. Tak pasal2 dapat dosa. Tak percaya tanya ustaz kat surau rumah masing-masing. Apa-apa pun, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.! (Salah 1 azam 2010 aku )

Sumber : Keiroro.com


14 Responses to “Mengapa Berdendam?”

  1. By hasbulaqill on Feb 2, 2010 | Reply

    pernah dulu berdendam dgn seseorang
    tapi lama kelamaan dah macam biasa
    hangat2 tahi ayam. :P

    yang pastinya ‘seseorang’ tu adalah perempuan :)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Semua org pernah berdendam, aku pun dulu begitu juga. Tapi skrg ni x payahlah, buang karan ja dendam… Xde pe nya yg pekdahnya…

    Baik buat yg lebih berfaedah, cthnya belajar internet marketing, lg beshh

    [Reply]

  2. By mancai on Feb 3, 2010 | Reply

    huhuhu.. aku baru nak buat entry seakan2 ni… tapi tak apolah lupakan niat aku ni… berdendam memang bahaya… tapi ada jugak berdendam yang tak bahaya… contohnya: dulu aku seorang yang gagal lalu berdendam pada diri sendiri untuk membalas kegagalan tu dengan kejayaan.
    mancai´s last blog ..mana lu punya janji? My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Oh ye ke, nasib baik aku wat dulu, heheheh
    Dendam yg kesan positif x pe, tp jgn sesekali berdendam utk perkara negatif.

    [Reply]

  3. By azizan4444 on Feb 4, 2010 | Reply

    berdendam kdg2 membahayakn diri sendiri..seeloknya kita perlu bijak tangani masalah ini sebelum ia merosakkan hubungan sesama insan…
    azizan4444´s last blog ..Aku Benci Diri Sendiri My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Betul tu. lebih baik jgn berdendam. Selalulah kita ikhlaskan hati dalam membuat sesuatu & jgn selalu buruk prasangka terhadap org lain.

    [Reply]

  4. By mr.eims @ perfume on Feb 8, 2010 | Reply

    bak kata dato fazilah kamsah.

    tiap malam sebelum tido. amalkan memaafkan org lain yg buat silap dgn kita. itu akan membuatkan hati jd tenang, bersih, & secara tak langsung menjadi magnet personaliti. ramai org akan suka kita :)
    mr.eims @ perfume´s last blog ..Davidoff Cool water Couple set – another great valentine gift My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Thx for sharing bro, 1 amalan yg bagus utk di amalkan selalu ni.

    [Reply]

  5. By dr.aku.la on Feb 18, 2010 | Reply

    bahaya woo kalau berdendam-dendam ni.
    kalau berdendam mesti marah.
    kalau marah darah naik.
    kalau darah naik penyakit pon senang datang.
    dr.aku.la´s last blog ..Hot Hot Hot My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    hehehehe, betul tu…
    bukan setakat mendatangkan penyakit, malah boleh juga membunuh org lain…laaagii bahaya wooo…

    [Reply]

  6. By sangilapi on May 8, 2010 | Reply

    “forgive not forget”…mulut kata maaf tapi hati masih tidak melupakan…mungkin sikap seperti akan membawa kepada dendam jugak.
    sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Yup, agree with u…aku pun ada juga sikap mcm tu…itulah sikap manusia biasa..

    [Reply]

  7. By farhada on Jul 9, 2010 | Reply

    aku da maafkan die..tapi hakikat aku tak mampu nak maafkan ape yg die da wat..aku benci gile kat die..smpaikan pasal die aku benci sume laki..huhu..dendam ke namenye tu..

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Feb 21, 2010: www.aktechpage.com – Learn, UnLearn & ReLearn » Kisah Forumers Tua Yang Terlampau

Post a Comment

CommentLuv Enabled