Jun
25th

Michael Jackson: Setahun Kehilangan Pencipta Rekod Industri Muzik Dunia

Files under Entertainment, Isu Semasa | Posted by Akmal

Hari ini, 25 Jun 2010 genaplah setahun kematian Bintang Pop Lagenda Michael Jackson. Kematiannya yang mengejut di saat-saat sedang bersiap sedia untuk konsertc comebacknya yang dikatakan akan mencipta sejarah antara konsert terbesar dan penggunaan teknologi canggih yang terkini betul-betul mengemparkan dunia sehinggakan internet mengalami kesesakan trafik. aktechpage.com juga adalah salah seorang peminatnya terutama semasa zaman remaja belasan tahun dulu. Apa yang membuatkan aktechpage.com minat pada penyanyi lagenda ini adalah gerak tarinya yang unik dan bertenaga, malahan cara menyanyinya juga sangat hebat di samping muzik yang bertenaga. Boleh dikatakan apabila penyanyi ini melakukan persembahan, dia akan melakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan passion sekali. Itulah yang paling dikagumi.

Aktechpage.com ingat lagi masa ayah mula-mula membeli CD Player, antara CD pertama yang dibeli ialah CD kompilasi konsert dan video klip Michael Jackson kerana nak sangat-sangat melihat gerak tarinya. Memang betul-betul cool penyanyi ini. Impak yang diberi oleh Bintang Pop ini di dalam industri muzik sememangnya tidak boleh dinafikan lagi, Kita lupakan kisah peribadinya yang penuh kontroversi, perangainya yang pelik dan pembedahan plastik yang dilakukan olehnya. Post entry kali ini hanya fokus kepada kejayaanya dalam industri muzik dunia sehingga mencipta beberapa rekod yang tidak mungkin akan dapat diatasi lagi oleh mana-mana penyanyi di dunia ini walaupun Lady Gaga sekali pun :P .

Antara rekod-rekod yang penah dilakukan olehnya sehingga beberapa rekod di catatkan dalam Guiness Book of World Records ialah :

  1. Michael Jackson telah memecah tradisi saluran MTV yang mengharamkan sebarang penayangan klip video artis Afrika Amerika. Dengan penerbitan album Thriller, adalah mustahil untuk MTV kekal kukuh kepada prinsip mereka. Michael Jackson adalah artis pertama kulit hitam yang video klipnya di tayangkan di MTV.
  2. Pada tahun 1983 Michael menjadi artis pertama yang  memegang nombor satu pada carta Billboard dalam carta album rock  dan single rock , serta single album R&B dan carta solo.
  3. Album “Bad“, “Dangerous” dan “HIStory” kesemuanya pernah menjadi no #1 semasa pelancarannya.
  4. Tersenarai sebanyak 13 kali sebagai Artis Lelaki yang terhangat dalam carta BillBoard “Hot 100″ Singles Chart.
  5. Video Klip “The Making of Thriller” mencatat rekod sebagai video klip yang paling banyak terjual oleh seorang penyanyi.
  6. Michael Jackson adalah orang yang pertama yang berada dalam carta BillBoard selama 37 tahun pada kedudukan no #1, dengan single “You Are Not Alone”, Michael memecahkan rekod terdahulu dengan single “Earth Song” yang berada di kedudukan no #5 dalam carta.
  7. Michael Jackson adalah artis pertama yang berjaya menjual kesemua albumnya sebanyak 100 juta salinan di luar Amerika Syarikat.
  8. Konsert “Bad Tour“   membuat kutipan bersih keuntungan sebanyak US$124 juta semasa jelajah konsert berlangsung antara September 1987 hingga Disember 1988 (Bad Tour – Guiness Book of World Records).
  9. Menjadi duta produk komersial yang paling mahal menerima bayaran sebanyak US$12 juta untuk 4 iklan TV Komersial sahaja (Highest-Paid Commercial Spokesperson – Guiness Book of World Records).
  10. Mencatat penonton yang paling ramai iaitu sebanyak 133.4 juta penonton semasa rancangan Super Bowl XXVII pada 31 Jun 1993 melalui saluran NBC semasa rehat separuh masa (Greatest Audience – Guiness Book of World Records).
  11. Artis yang paling mahal merima bayaran kontrak melalui SONY MUSIC sebanyak US$890 juta, dimana jangkaan Michael Jackson menerima bayaran sehingga US$1 Billion (Largest Contracts – Guiness Book of World Records).
  12. Satu-satunya artis yang menerima paling banyak menerima anugerah Academy Award daalam 1 tahun iaitu sebanyak 8 anugerah pada tahun 1984 (Most Grammy Awards – Guiness Book of World Records).
  13. Penerima anugerah “1980′s Entertainer Of The Decade” atas kejayaan luar biasa album “Thriller” dan “Bad“.
  14. Album “Thriller” adalah album yang paling banyak di jual sepanjang zaman dengan  mencatat salinan sebanyak 50 juta di seluruh dunia dan 25 juta salinan di Amerika Syarikat sahaja. Kejayaan album ini semestinya sudah tidak boleh diatasi oleh mana-mana lagi album artis lain di dunia ini. The only one (Biggest Selling Album Of All Time – Guiness Book of World Records).
  15. Konsert 7 malam di Stadium Wembley pada musim panas 1988 mencatat rekod sebagai siri konsert jelajah yang paling berjaya dengan kehadiran penonton sebanyak 504,000 orang dimana berlangsung pada 14-16 Julai, 22-23 Julai, dan 26-27 Ogos pada tahun 1988 (Most Successful Concert Series – Guiness Book Of World Records).

Itulah sebahagian rekod-rekod yang pernah dilakukan oleh penyanyi yang tersohor dan mempunyai bakat yang unik sehingga di gelar The Genius dalam industri muzik dunia. Susah untuk mencari penyanyi seperti beliau dan mungkin tidak ada penggantinya lagi kerana beliau adalah “The Only One” dalam indusri muzik dunia.

Sumber:
==> AllMichaelJackson.com
==> Wikipedia
==> Kosmo Online

ps: moral of the story, kita perlu ada minat yang mendalam dalam melakukan sesuatu dan fokus pada 1 perkara sahaja :)

ps2: teringat kat P. Ramlee, filem2nya masih lg evergreen hingga sekarang…

Related posts:

  1. Kemuncak Demam World Cup 2010 (The Final) Akhirnya demam World Cup 2010 akan berakhir di awal pagi Isnin esok, bagi yang bekerja pada hari Isnin, bersiap sedialah...
  2. eBook LY-EB01: Netbook Termurah di Dunia??? Ya, ini adalah netbook yang yermurah di dunia dengan harga yang sangat mengejutkan iaitu hanya USD$98 ataupun dalam mata wang...


22 Responses to “Michael Jackson: Setahun Kehilangan Pencipta Rekod Industri Muzik Dunia”

  1. By madlut on Jun 26, 2010 | Reply

    banyaknya dia punya awards..mesti kaya gila nieh..

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @madlut,

    Dah mamat ni paling banyak terima anugerah Muzik di dunia ini setakat ini…
    Mmg kaya gila semama di zaman kegemilangannya, tp sekejap je la…

    [Reply]

  2. By sangilapi on Jun 26, 2010 | Reply

    kini semua tinggal kenangan :)
    sangilapi´s last [type] ..cerita tetamu itu

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Yup, kini semuanya hanyalah kenangan…

    [Reply]

  3. By donnyien on Jun 26, 2010 | Reply

    Salam Akmal,
    Aku minat lagu dia nih..semua best2.Ajal tidak siapa yang tahu..
    donnyien´s last [type] ..Italy,hero to zero

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @donnyien,

    Wassalam bro, aku paling minat gerak tarinya…mmg cool habisss….xde siapa penyanyi yg boleh menari mcm mamat ni…

    [Reply]

  4. By reezluv on Jun 27, 2010 | Reply

    lupa plak aku dah setahun..patut la kat tv banyak cite pasal Michael..adoi

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @reezluv,

    Heheheh… kejap je kan setahun ni….

    [Reply]

  5. By mancai on Jun 29, 2010 | Reply

    teringat masa aku darjah satu dulu… bawak 3 lagu dia dalam persembahan akhir tahun sambil dance tapi serabai la darjah satu tu… harimau mati meninggalkan belang.. manusia mati meninggalkan nama dan “belang” huhuhu

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mancai,

    huh..ni mesti terer dance mcm MJ masa kecik2 dulu…:D
    Betul tu, manusia mati meninggalkan nama dan “belang”??… pengaruhnya kot…

    [Reply]

  6. By Shaffik on Jun 29, 2010 | Reply

    Dah setahun dah raja pop ni pergi. Tapi lagunya masi hits lagi…
    Shaffik´s last [type] ..Bengkel Blogging Ke – 2 – Semua Berpuas Hati…

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Shaffik,

    lagunya dan tariannya mesti sentiasa evergreen punya… boleh dikatakana pemergiannya tiada pengganti… apapun, itulah bakat yg dikurniakan oleh yg Maha Esa kpdnya…

    [Reply]

  7. By boss on Jun 30, 2010 | Reply

    siapakah next king of pop?
    boss´s last [type] ..Raya tiba lagi

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @boss,

    Adakah penyanyi lain yang boleh menandingi kehebatan penyanyi yg penuh dengan rekod2 tersendiri dlm industri muzik dunia ini??

    [Reply]

  8. By suri on Jul 1, 2010 | Reply

    suri suka dgn album Thriller..best the bst..

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @suri,

    Saya plak suka Billie Jean :)

    [Reply]

    suri Reply:

    @Akmal, lagu dia mmg bst tu sb bayk anak2 muda jadikan dia icon hehehee

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @suri,

    selain lagu besh… dia juga ada pakej tarian unik dan fesyen tersendiri… mmg dilahirkan di dunia sbg megastar dah kot…

    [Reply]

  9. By hafizarshad on Jul 6, 2010 | Reply

    eh..dah setaun dah ek..huhu..cepatnye masa berlalu…bagaikan layang2 yang putus talinya =)
    hafizarshad´s last [type] ..The truth time all about me-

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @hafizarshad,

    Yup, sudah setahun :D

    [Reply]

  10. By nuaeman on Jul 7, 2010 | Reply

    Dah setahun eh.. tak perasan pun.. mungkin sebab isu pengkebumiannya buat aku terasa MJ baru jee meninggal..
    nuaeman´s last [type] ..Dari Mersing ke Madinah 2

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @nuaeman,

    Yup, dah setahun…cepatkan masa berlalu… dan mgkn juga cerita kisahnya masih lagi di paparkan di dada akhbar bagaikan dia masih hidup lg…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge