Jan
31st

Mengapa Berdendam?

Files under Motivasi | Posted by Akmal

Just nak sharing 1 artikel yg menarik berkaitan dendam untuk renungan bersama. Ini adalah artikel yang di ambil daripada Keiroro.com. Lagipun kali ni aku sedikit malas nak tulis posting kerana sedang membuat sesuatu kajian :P

Baby Marah

Kenapa kita dendam ? Apa impak dendam kepada orang yang berdendam dan orang yang didendami ? Dan yang paling penting, bagaimana nak menangani perasaan dendam. Sumber dari wikipedia menyatakan, dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.

Ada orang berdendam sebab luka di lubuk hatinya terlampau parah. Tapi mengikut kajian psikologi, orang yang marah itu, perasaan marahnya itu cuma 4 ½ minit. Jadi jika perasaan marah itu persis atau masih wujud dalam hati diri kita atau lebih panjang dari 4 ½ minit, 1 jam, 2 hari, 2 bulan, 2 tahun itu sudah masuk ke dalam era ataupun arena dendam. Ertinya, marah, sakit hati yang lama lebih dari 4 ½ minit ialah dendam. Ini merupakan definisi psikologi.

Diantara punca-punca dendam ialah luka dalam hati yang mendalam ataupun kita teraniaya. Kita merisik awal, orang tolak pinangan. Orang merisik kemudian, orang menerima pinangan. Macam mana tak dendam ye tak ? Ni contoh je. Tiada kena mengena dengan aku pun. Hehe. Kadang-kadang kita dendam sebab enggan memaafkan. Sebab apa ? hati masih kotor, jiwa masih gelap. Ni la punca-punca dendam. Dendam juga mencerminkan jiwa yang masih tidak tenteram. Banyak kekurangan yang tidak dapat di atasi dengan berbagai-bagai cara kecuali dendam dengan apa yang orang lakukan kepada kita.

Sebenarnya kalau kita berdendam, banyak isu yang akan terbengkalai. Masalah tidak dapat diselesaikan, jalan jadi buntu, keberkatan terhakis tak berkat hidup beb. Hati kotor sebab dendam, hidup tak berkat. Hidayah pun lari dan macam-macam masalah timbul satu per satu.

OK.

Sekarang aku akan bincangkan bagaimana menangani dendam.Pertama ialah murnikan hati, sucikan jiwa, sucikan hati dengan solat taubat banyak-banyak, minta maaf dengan orang dan juga redha. Kita pun kadang-kadang banyak buat silap kat orang, redhalah orang buat silap dekat kita. Kedua ialah cari emas dan cari hikmah dalam setiap kejadian. Kita teraniaya ada hikmahnya sebab bila tuhan nak beri kebaikan tuhan mulakan dengan musibah. Jadi jangan kecil hati. Mula berfikir apabila kita ditimpa musibah sebab ada emas dan kebaikan setiap kali musibah diturunkan kepada kita. Jika masalah kita tu berat sangat, minta bantuan dari pakar. Jumpa ulama’, jumpa kaunselor dan sebagainya. Berkawan dengan orang-orang positif, jangan pula berkawan dengan batu api. Nanti lagi dia api-apikan kita suruh buat perkara yang tidak sepatutnya. Dan yang paling penting ialah, slow talk dengan orang yang kita berdendam. Mungkin dari sini, semua dendam akan terhapus.

Oleh itu, janganlah kita menyimpan dendam dalam diri. Banyak keburukannya. Tak pasal2 dapat dosa. Tak percaya tanya ustaz kat surau rumah masing-masing. Apa-apa pun, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.! (Salah 1 azam 2010 aku )

Sumber : Keiroro.com

Related posts:

  1. SALAH atau BETUL Tidak PentingRamai orang beranggapan apa yang betul dan apa yg salah adalah dua perkara yg saling bertentangan. Mereka percaya kalau sesuatu itu betul, ia tidak mungkin salah. Mereka juga percaya perkara-perkara yg dilakukan dgn betul menghasilkan kejayaan, manakala kesilapan menghasilkan kegagalan. Oleh itu kehidupan ini menyediakan pelbagai ganjaran untuk apa-apa yg betul, dan menyediakan pelbagai hukuman [...]...
  2. Teknik Memecah Dara (18SX) Tahukah anda apa itu ‘memecah dara‘? Bagi anak muda yang belum berkahwin, isu ‘dara’ seolah-olah merupakan satu misteri. Tidak ramai orang yang suka membincangkannya dan kalau anda bertanya pun orang yang telah berpengalaman mungkin akan menjawab sambil berjenaka: ‘Itu pun mahu ditanya? Senang ba itu. Sudah cocok nikahlah. Sudah nikah cucuklah..’. Sebenarnya dalam artikel ini isu ‘memecah [...]...
  3. Perihal Otak Kita Kita semua mempunyai 10 hingga 15 billion neuron(Sel Saraf) di dalam otak. Jumlah yg sebegini banyak melebihi dua kali ganda seluruh penduduk dunia. Jika dikumpulkan semua otak, ciptaan yg pernah diciptakan oleh manusia sejak dulu lagi hingga kini tidaklah mencapai nisbah yg sepatutnya. Memanglah, kerana jumlah neuron tidak melambangkan kecerdikan seseorang tetapi rangkaian yg menghubungkan [...]...
  4. Memperihalkan ImaginasiHari ini anda boleh berkomunikasi dengan seseorang yg jauh dalam keadaan apa sahaja; sambil berjalan, sambil memandu, sambil belayar di tengah lautan, malah jika anda berpeluang, sambil meyusup di dalam roket menuju ke bulan. Dahulu, semuanya ini mustahil. Komunikasi hanya mungkin dengan alat komunikasi berwayar. Anda terpaksa berada di lokasi-lokasi tertentu yg menyediakan alat-alat berkenaan. Jika [...]...
  5. Muhammad Ali: Legenda Tinju Dunia Terhormat di AS Sebelum ini aku tidak begitu mengenali siapakah Muhammad Ali, selepas mengikuti Kursus ESQ MCB pada 19-20 Dis 2009 yang lalu barulah aku mengenali dengan lebih dekat lagi siapakah Muhammad Ali apabila salah satu slot dalam kursus tersebut menjadikan kisah hidup Muhammad Ali sebagai salah satu modul kursus tersebut. Nama Muhammad Ali sebenarnya tidak perlu diperkenalkan [...]...


11 Responses to “Mengapa Berdendam?”

  1. By hasbulaqillNo Gravatar on Feb 2, 2010 | Reply

    pernah dulu berdendam dgn seseorang
    tapi lama kelamaan dah macam biasa
    hangat2 tahi ayam. :P

    yang pastinya ’seseorang’ tu adalah perempuan :)

    [Reply]

    AkmalNo Gravatar Reply:

    Semua org pernah berdendam, aku pun dulu begitu juga. Tapi skrg ni x payahlah, buang karan ja dendam… Xde pe nya yg pekdahnya…

    Baik buat yg lebih berfaedah, cthnya belajar internet marketing, lg beshh

    [Reply]

  2. By mancaiNo Gravatar on Feb 3, 2010 | Reply

    huhuhu.. aku baru nak buat entry seakan2 ni… tapi tak apolah lupakan niat aku ni… berdendam memang bahaya… tapi ada jugak berdendam yang tak bahaya… contohnya: dulu aku seorang yang gagal lalu berdendam pada diri sendiri untuk membalas kegagalan tu dengan kejayaan.
    mancai´s last blog ..mana lu punya janji? My ComLuv Profile

    [Reply]

    AkmalNo Gravatar Reply:

    Oh ye ke, nasib baik aku wat dulu, heheheh
    Dendam yg kesan positif x pe, tp jgn sesekali berdendam utk perkara negatif.

    [Reply]

  3. By azizan4444No Gravatar on Feb 4, 2010 | Reply

    berdendam kdg2 membahayakn diri sendiri..seeloknya kita perlu bijak tangani masalah ini sebelum ia merosakkan hubungan sesama insan…
    azizan4444´s last blog ..Aku Benci Diri Sendiri My ComLuv Profile

    [Reply]

    AkmalNo Gravatar Reply:

    Betul tu. lebih baik jgn berdendam. Selalulah kita ikhlaskan hati dalam membuat sesuatu & jgn selalu buruk prasangka terhadap org lain.

    [Reply]

  4. By mr.eims @ perfumeNo Gravatar on Feb 8, 2010 | Reply

    bak kata dato fazilah kamsah.

    tiap malam sebelum tido. amalkan memaafkan org lain yg buat silap dgn kita. itu akan membuatkan hati jd tenang, bersih, & secara tak langsung menjadi magnet personaliti. ramai org akan suka kita :)
    mr.eims @ perfume´s last blog ..Davidoff Cool water Couple set – another great valentine gift My ComLuv Profile

    [Reply]

    AkmalNo Gravatar Reply:

    Thx for sharing bro, 1 amalan yg bagus utk di amalkan selalu ni.

    [Reply]

  5. By dr.aku.laNo Gravatar on Feb 18, 2010 | Reply

    bahaya woo kalau berdendam-dendam ni.
    kalau berdendam mesti marah.
    kalau marah darah naik.
    kalau darah naik penyakit pon senang datang.
    dr.aku.la´s last blog ..Hot Hot Hot My ComLuv Profile

    [Reply]

    AkmalNo Gravatar Reply:

    hehehehe, betul tu…
    bukan setakat mendatangkan penyakit, malah boleh juga membunuh org lain…laaagii bahaya wooo…

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Feb 21, 2010: www.aktechpage.com – Learn, UnLearn & ReLearn » Kisah Forumers Tua Yang Terlampau

Post a Comment

CommentLuv Enabled