Notebook bergaya!!! Notebook terbaru 13 inci daripada MSI ini sememangnya menawarkan gaya yang diinginkan oleh pengguna mobil masa kini. Selain saiznya yang nipis & ringan, ia turut menampilkan skrin lebar 16:9 bagi paparan lebih besar dan jelas. X340 juga boleh memainkan video HD, dilengkapi teknologi lampu LED belakang dengan ciri penjimatan tenaga dan port I/O penuh untuk penyambungan yang diperlukan.
Dikuasakan dengan processor Intel Centrino yang menggunakan Intel Core 2 Solo ULV dan Intel GS45+ICH9M Chipset, komputer riba ini juga mampu menawarkan tempoh bateri lebih lama. Selain itu, anda boleh dapati lima alternatif kuasa untuk penjimatan tenaga, interface terminal digital HDMI dengan 5GB broadband, penyambungan wireless IEEE 802.16e, WiFi 802.11b/g/n serta keupayaan Bluetooth.
Spesifikasi:
- Processor Intel Core 2 Solo ULV/Set Cip Intel GS45+ICH9M-SFF
- 2.5″ 250/320/500GB SATA
- Memori DDR2 667/800MHz/1xDDR2 SO-DIMM/2GB
- 2x Speaker/1.3MP webcam
- LAN 10/100/1000GB/Bluetooth V2.0/MIc/RJ45/D-Sub
- Bateri 4/8 Sel
- Saiz 224x330x60mm/1.3KG
- Harga RM3,399 (Pasaran semasa)
Related posts:
- Lenovo IdeaPad Y650: Era Laptop Nipis Salah satu laptop yang hangat di pasaran terkini ialah Lenovo IdeaPad Y650. Laptop ini menampilkan kerangka yang nipis dan ringan...
- Intel Core i7 di Malaysia Rasanya masih belum terlambat untuk menceritakan tentang pelancaran pemproses Intel yang baru di Malaysia. Walaupun dilancarkan pada November 2008 lalu,...
- Acer 3180T: Ringan dan Tipis Acer merupakan antara pengeluar laptop utama di Malaysia dan telah menghasilkan beberapa laptop yang berkualiti dan berkuasa serta memenuhi pelbagai...
- eBook LY-EB01: Netbook Termurah di Dunia??? Ya, ini adalah netbook yang yermurah di dunia dengan harga yang sangat mengejutkan iaitu hanya USD$98 ataupun dalam mata wang...
- ASUS F6: Laptop Berbau Wangi Banyak idea juga ASUS ni dan salah satunya ialah menampilkan notebook dengan wangian. Bukan sekadar gimik kerana setiap rekaan notebook...









