Pada zaman serba serbi menggunakan gadjet digital kini, mempunyai Al-Quran digital yang sentiasa disisi menjadi satu kelebihan. Dimana jua anda berada anda boleh mendengar bacaan aya-ayat suci Al-Quran, membaca tafsir menerusi terjemahan dalam 20 bahasa dan di ingatkan dengan waktu solat yang akan mengalunkan azan secara automatik apabila masuknya waktu solat yang ditetapkan.
Inilah antara ciri dan tarikan utama MyIman, telefon bimbit dengan 2 kad SIM aktif daripada MyIman Technologies Sdn Bhd. Disebalik rekaannya yang ringkas, MyIman dilengkapi Al-Quran digital 30 juzuk berserta bacaan oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi dan paparan teks berwarna Rasm Uthmani untuk mengiringi bacaan yang mana ia telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.
MyIman turut memuatkan 11 kitab hadith Matan Arab, terjemahan Sahih Muslim (Indonesia), terjemahan Al-Bayan (Bahasa Melayu) dan terjemahan Riyadhus-Solihin untuk bahasa Inggeris dan Cina. Terdapat juga tafsir Al-Jalalain dalam bahasa Arab, Inggeris dan Indonesia dalam telefon bimbit ini selain anda boleh tetapkan waktu solat, azan serta mencari arah kiblat dimana sahaja kita berada. Semua fungsi-fungsi ini berada dalam satu peranti mudah alih iaitu MyIman.
Selain ciri Islamik yang membuatkan MyIman sebuah telefon bimbit unik, dari segi teknologi pula MyIman mempunyai teknologi rangkaian Dual Band GSM 900 dan DCS1800 dimana anda boleh memuatkan dua kad SIM aktif dalam satu masa dan menerima panggilan atau pesanan ringkas daripada kedua-dua kad SIM tersebut. MyIman juga boleh didapati dalam model D818 yang mempunyai teknologi skrin sentuh 2.2 inci TFT LCD 262k warna. Ia memberikan anda pilihan akses menerusi kekunci atau penggunaan stilus yang turut di bahagian sisi.
Spesifikasi MyIman:
- GSM 850/ GSM 900 / DCS 1800 / DCS 1900
- Kamera 1.3 Megapiksel dengan fungsi perakam video.
- MP3 dan MP4
- Tuner radio FM
- sambungan rangkaian GPRS serta internet
- kad T-Flash sehingga 2 GB
- Bluetooth
Harga MyIman juga sangat menarik dan berpatutan, anda boleh membelinya hanya dengan harga RM390 sahaja untuk mendapatkan telefon bimbit ini yang penuh dengan ciri-ciri islamik berguna dalam satu peranti.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman rasmi syarikat pembuat telefon bimbit islamik ini iaitu www.myiman.net .
Related posts:
- BlackBerry PlayBook: Sebuah Tablet PC, Bukan Telefon Bimbit Research In Motion(RIM) telah memperlihatkan Tablet PC pertama mereka, BlackBerry PlayBook, kepada umum terutamanya golongan profesional yang inginkan peranti pada...
- QuranExplorer.com: Pembacaan Al-Quran & Terjemahan Online Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, aktechpage.com ingin review satu laman web islamik iaitu QuranExplorer.com: Quran Recitation and Translation Online...
- HTC Touch HD: Telefon Sentuhan Eksklusif Hari Jumaat lepas 8 May 2009, aku jumpa penaja bisness Ceramic (Peja) aku dgn geng2nya di pejabat tempat aku kerja....
- Panduan TV untuk Telefon Pintar dari ASTRO Bagi memberikan kemudahan dan kesenangan kepada pelanggan ASTRO, ASTRO melancarkan panduan TV ASTRO untuk telefon pintar yang membolehkan pengguna melihat...











By sangilapi on May 12, 2010 | Reply
mesti pilih!…mesti beli bila ada duit lebih
.-= sangilapi´s last blog ..rezeki tambahan =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 13th, 2010 at 9:24 am
@sangilapi,
Heheheh..beli dgn duit hasil dr blogging…heheehh
[Reply]
By hafizmd on May 13, 2010 | Reply
mmg cantik juge bro..dah lame tak merase hp baru..boleh stat kumpul duit ni..hihi
.-= hafizmd´s last blog ..Malam yang sungguh bahagia!! =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 13th, 2010 at 7:42 pm
@hafizmd,
1 hp yg amat berguna utk seorang Islam…
[Reply]
By mijie on May 13, 2010 | Reply
harganya ok, boleh beli
[Reply]
Akmal Reply:
May 13th, 2010 at 7:42 pm
@mijie,
Yup, harganya mmg berpatutan.
[Reply]
By Thoha on May 14, 2010 | Reply
satu teknologi telefon yang baik dalam memajukan umat islam..
[Reply]
Akmal Reply:
May 15th, 2010 at 11:12 am
@Thoha,
Yup, 1 teknologi yg baik utk Islam.
[Reply]
By zik on May 14, 2010 | Reply
insyallah kalau ada duit lebih nak jugak beli handphone yang macam nie..
.-= zik´s last blog ..Jenis-jenis zikir. =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 15th, 2010 at 11:13 am
@zik,
Beli jgn x beli
[Reply]
By mancai on May 15, 2010 | Reply
slot sim card ader berapa erk? kalau dua menarik tu…
[Reply]
Akmal Reply:
May 15th, 2010 at 11:15 am
@mancai,
Ada 2 slot utk SIM Kad…ada di terangkan dalam post di atas..
[Reply]
By shaharil on May 16, 2010 | Reply
Memang terbaik dari ladang. Bagus untuk yang mementingkan ciri-ciri islamik.hohoho
Warna putih lebih lawa berbanding warna hitam bagi akulah.
[Reply]
Akmal Reply:
May 17th, 2010 at 1:15 am
@shaharil,
Yup, memamg tebaik dr ladang tu… Made In Malaysia punya.
[Reply]
By rembo on May 21, 2010 | Reply
myiman bagus
[Reply]
By kabak on May 22, 2010 | Reply
wah bagus la bro ciri2 phone nih..
islamik lagi!
[Reply]
Akmal Reply:
May 23rd, 2010 at 12:40 am
@kabak,
Yup, salah 1 hp mempunyai ciri islamik.
[Reply]
By i.m.me on Sep 5, 2011 | Reply
myiman best tp,
lebih baik klu ade java player dan kamera lebih baik mutunya. 2Mp pn ok.
[Reply]