Anda masih lagi mencari jodoh? Tetapi tiada masa untuk bersosial dan kadangkala amat sibuk dengan kerja menyebabkan sehingga kini masih lagi mencari-cari teman untuk berumah tangga. Malahan anda juga selalu gagal dalam percintaan kerana belum berjumpa lagi yang serasi. Kali ini aku ingin memperkenalkan 1 portal online yang memudahkan anda untuk mecari jodoh secara maya iaitu melalui www.MyJodoh.net: Portal Mencari Jodoh di Malaysia. Tujuan utama portal ini diadakan adalah untuk mereka yang sedang mencari pasangan hidup. Sesuai untuk yang bujang, janda dan duda yang merasakan mereka bersedia dari segi kewangan, mental, fizikal, ilmu dan sebagainya.
Aku tidak pasti bilakah MyJodoh.net ini diwujudkan sama ada tahun 2002 atau 2004, ini kerana di header portal ini menyatakan tagline yang berbunyi “Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin & Muslimat di Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia Semenjak Tahun 2002“. Manakala di halaman Tentang MyJodoh menyatakan sejak tahun 2004, ramai yang telah berjaya bertemu jodoh melalui portal ini. MyJodoh.net ini dikendalikan oleh Dynamic Digital Design (PG 0062574-K) dan juga Saudara Azrul Alwi adalah admin portal ini.
Pendaftaran untuk menjadi ahli dalam portal ini adalah percuma tetapi anda hanya boleh melihat 100 profil pengguna sahaja dengan maklumat-maklumat yang tertentu sahaja. Jika anda benar-benar serius ingin mencari jodoh melalui MyJodoh.net, terdapat beberapa pakej yang ditawarkan yang membolehkan anda melihat maklumat pengguna lain secara lebih detail dengan bayaran minimum RM50 untuk 6 bulan dan RM90 untuk setahun. Untuk maklumat lanjut tentang perbezaan pakej yang di tawarkan di MyJodoh.net ini sila ke laman Maklumat Pembayaran.
Sejak tahun tahun 2003, perihal portal MyJodoh.net ini telah mendapat banyak liputan oleh beberapa media cetak di Malaysia di mana anda boleh lihat beberapa keratan akhbar dan majalah di laman Tentang MyJodoh.
ps: Selamat mencari jodoh








By Abooain on Oct 4, 2009 | Reply
Bos, kalu hok ado doh bulih cari lagi ko sini…

Abooain´s last blog ..MMS II : Koleksi Video Resell Right Dilancarkan!
[Reply]
Akmal Reply:
October 4th, 2009 at 3:45 pm
Semua boleh, bujang, dah kawin, duda, janda,
ni salah 1 ayat promosi diorang
“Poligami tidak diharamkan oleh Islam, namun sila bersikap jujur, kerana ramai di sini yang sudi dengan poligami.”
Demo ade can tu… heheheh
[Reply]
By sharimi on Oct 4, 2009 | Reply
kemal aku pun nak cari jodoh jugak……..hehehehe
sharimi´s last blog ..JOM LAYAN LAGU
[Reply]
Akmal Reply:
October 4th, 2009 at 3:46 pm
Try je…belum cuba belum tau…tidak salah pun mencuba…ape yg penting?? USAHA!!!
[Reply]
By abdfatah on Oct 4, 2009 | Reply
oh my jodoh. nak try cari jodoh jugak laa… ada affiliate tak?
[Reply]
Akmal Reply:
October 4th, 2009 at 3:46 pm
Maaf, xde affilate la portal ni…kalu ade affiliate kan bagus…bole tambah side income…
[Reply]
By lady pink on May 15, 2010 | Reply
salam…
i nk tolong membe i mencari jodoh dr kelantan xkisah kalo duda..sbb umurnya 35…ustazah…mencari lelaki dari kelantan…harap dpt bantu saya…inform jika ade…..
[Reply]
By azlan on May 20, 2010 | Reply
Saya mencari seorg wanita cun dan elok pada sikapnye utk di jadikan isteri bukan galz frend,sy mencari wanita lemah lembut hormat org tua dan tak kisah jika sy meninggalinye utk 4 buln kerana saya belayar selama 4 bulan ..die bekerja dan tidak memilih siape saje calon suaminye dan sy memilih utk adik saya ..t ksah
[Reply]
By lin on May 20, 2010 | Reply
i mencari jodoh utk kawan i sbb die tak tahu nk ngorat ppuan bolekah anda mencari wanita utk d jadikan isteri tidak memilih calon suami
kwn i bekerja di sektor swasta
[Reply]
By rumie on Jun 9, 2010 | Reply
mencari jodoh untuk diri sendiri, duda atau bujang umur 35 ke 45 tahun, kerja tetap… yang penting jujur n setia
[Reply]
Akmal Reply:
June 10th, 2010 at 8:02 am
@rumie,
Cuba anda register di MyJodoh.net
[Reply]
By rumie on Jun 9, 2010 | Reply
nak cuba la ni paling tak pun dapat cari kenalan serama yang boleh.. nak ubat rasa sunyi…
[Reply]
Akmal Reply:
June 10th, 2010 at 7:57 am
@rumie,
Cuba jgn x cuba
[Reply]
By NORZAIN HUMIAN on Jun 11, 2010 | Reply
Mencari jodoh
[Reply]
By abbysuraya on Jun 12, 2010 | Reply
saya berumur 28thn,ade anak lelaki umur 8thn,ingin mncari calon suamiuntuk dunia serta akhirat yg berumur 40-55thn duda@single,
[Reply]
By kecewa on Aug 4, 2010 | Reply
kenapa saya dah byr tetapi masih tak aktif..dan maklum balas pun xdapat
[Reply]
By sangilapi on Aug 6, 2010 | Reply
mal,ko ni ejen cari jodoh ke?

sangilapi“s last blog ..suara nai
[Reply]
Akmal Reply:
August 6th, 2010 at 12:27 pm
@sangilapi,
Entahlah… aku pun x tau nape..
Buat 1 post entry ni byk keyword yg berkenaan “jodoh” termasuk dlm 1st page google blog aku ni…
[Reply]