Apr
22nd

(MyStory) Kembali Fokus & Konsisten

Files under Personal | Posted by Akmal

Aku mula mengenali dunia perniagaan internet pada tahun 2005 melalui buku tulisan jutawan internet Dr. Irfan Khairi iaitu Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar.  Aku mula belajar perlahan-lahan mengenai perniagaan internet melalui buku tersebut. Kemudian aku menyertai seminar pertama mengenai perniagaan internet yang di anjurkan oleh saudara Osman Affan pada tahun 2006 iaitu seminar 3 in 1. Masa seminar tu dapat jugak jumpa Dr. Irfan Khairi secara live. Daripada situlah aku mendalami lebih sedikit mengenai dunia perniagaan internet dan juga mula mengenali forum komuniti terhangat berkenaan perniagaan internet iaitu wangcyber.com . Sebelum itu aku aktif berforum di forum Jiwang.org untuk suka-suka. Aku mula mengenali apakah itu perniagaan internet yang sebenarnya melalui forum wangcyber.com . Pada tahun 2006-2007 agak aktif jugaklah pada masa itu, sebab tengah bersemangat beb :) .

Alhamdulillah, daripada forum komuniti inilah aku mengenali apa itu Google Adsense.  Pada tahun 2006 juga aku mula bekerja di sebuah syarikat akhbar yang baru bertapak di Semenanjung Malaysia. Pada permulaan agak sukar untuk aku menyesuaikan masa kerja dengan masa mempelajari perniagaan internet. Walaupun begitu, aku telah membeli salah satu produk yang terhangat pada masa itu untuk menarik trafik ke Website yang mempunyai Iklan Adsense iaitu Video Marketing.  Akhirnya aku dapat juga menerima 3 kali bayaran cek Adsense antara akhir tahun 2006 hingga awal tahun 2007. Masa tu memang bersemangat buat Internet Marketing (IM).  Tetapi kemudian fokus aku mula lari apabila aku perlu memberi perhatian serius kepada kerjaya selepas diberi tanggungjawab menguruskan operasi ICT seorang diri di Kelantan dan Terengganu apabila terdapat sedikit perubahan di syarikat aku bekerja bagi mengembangkan lagi pasaran akhbar ke seluruh Malaysia.

Pada tahun 2008 aku mula mengabaikan perniagaan internet marketing, blog dan tidak lagi aktif langsung di forum komuniti wangcyber.com . Aku mula tumpukan kepada kerja-kerja di pejabat yang agak memeningkan kepala kerana perlu meguruskan segala operasi ICT daripada bawah End User Support sehinggalah Top Management (X de lah sampai jadik cam boss yek, masih lagi kuli yg perlu bertindak mengikut arahan :P ). Amat letih tetapi amat mengembirakan kerana mendapat beberapa kawan yang sporting dan telah dianggap seperti adik beradik sendiri di kalangan wartawan dan juga staff lain. Kira tahun 2008 adalah tahun aku bergembira dan bersukaria tanpa memikirkan masa depan. Pada tahun ini jugalah aku terjumpa satu bisnes networking yang agak menarik dari segi plan marketing dan bonus. Aku mula mengkaji bisness networking ini selama 3 bulan dan pada masa yang sama aku dapat email daripada hosting provider blog personal aku ini yang sudak lama tidak update telah kena suspend. Aisehh kena setting baliklah blog aku ni, nak tingalkan terus sayang pulak dekat nama domain ni. Jadi Aku mula setting balik ilmu blog dan juga perihal internet marketing sambil-sambil aktif semula di forum-forum komuniti internet.

Akhirnya pada tahun 2009 aku kembali aktif semua blogging dengan menggunakan platform  WordPress dan juga menyertai satu Networking business ataupun lebih dikenali kepada Franchise Business. Tujuan mula-mula sertai business tersebut adalah semestinya ingin menjana wang ringgit tetapi aku lebih utamakan kepada mempelajari ilmu networking dan juga untuk memahirkan diri dalam kehidupan bersosial. Tetapi sayang hanya 3 bulan sahaja aku bertahan di bawah seorang upline aku dan kemudian bertukar kepada upline kedua yang mempunyai sebuah kedai runcit rasmi syarikat Franchise tersebut di Kota Bharu. Pada tahun 2009 juga aku mula aktif kembali menulis entry di blog dan juga sedikit demi sedikit aktif di dalam forum komuniti. Dan yang paling best ialah aku dapat cek adsense kali ke 4 yang jumlah tertinggi pernah aku dapat.

Ku sangka hujan hingga ke petang tetapi rupa-rupanya panas di tengahari, pada pertengahan tahun 2009, bisness franchise yang aku sertai telahpun di bekukan oleh Bank Negara pada ketika aku tengah tertekan akibat salah satu server utama di tempat kerja rosak hard disk pertama kalinya dalam sejarah penubuhan cawangan syarikat di Kelantan ini. Lagipun pada pertengahan tahun lepas juga aku menghadapi beberapa masalah kerjaya.  Lagipun bisness Franchais ini telah pun membuat beberapa syarat baru yang lebih ketat sejak awal tahun 2009 lepas lagi. Malahan daripada salah satu pebincangan di forum komuniti menyatakan bahawa bisness franchise ini adalah bisness head hunting.  Akhirnya pada akhir tahun lepas aku menjual kesemua point aku untuk mendapatkan balik modal. Alhamdulillah boleh jual jugak, cuma rugi lah sedikit dalam 5 ratus (hohohoho :( ).

Pada akhir tahun 2009 juga aku dapat hadiri gathering IM anjuran beberapa ahli WangCyber.com dan berjumpa beberapa orang IM yang lama dan baru seperti Alang, Azam F2R, Team Flarebiz Network, Hasbull Aqil dan lain-lain lagi. Perjumpaan ini telah menyemarakkan kembali semangat aku untuk membuat side income di internet, tetapi aku berazam bermula semula sebagai hobi dahulu dan tidak akan begitu mementingkan duit sangat. kerana dalam kehidupan ini, wang bukanlah segala-galanya, yang lebih penting adalah kebahagiaan. (Jiwang la plok doh… )

Dan pada tahun ini 2010, aku berazam untuk kembali fokus dan konsisten kembali dalam bidang IM ini secara sambilan dahulu. Mempelajari seberapa banyak ilmu-ilmu yang ada di internet dan berguru dengan beberapa otai IM.  . Walaupun adsense masih lagi merupakan sumber pendapatan utama internet aku setakat ini, tetapi sedikit je la, tidak begitu memberangsangkan dan adsense pulak semakin hari semakin ketat rules dan TOSNya. Jadi aku perlu memilih salah satu bidang untuk fokus antara Adsense, Affiliate Marketing, Blogging, Jualan Produk fizikal/digital di internet dan lain-lain lagi. Perlu pilih salah satu bidang dan beri fokus mungkin dalam masa setahun hingga dapat hasil yang bagus dan konsisten.

Akhirnya aku telah memilih untuk fokus dalam salah satu bidang yang telah dinyatakan sebelum ini. Walauapapun, harap2 berjaya lah hendaknya fokus aku di tahun 2010 ini. Aku tau perjalanan dalam membuat side income di internet bukan senang kalau tiada fokus dan konsisten, banyak dugaannya. Kadang2 timbul juga rasa iri hati apabila melihat orang lain sudah berjaya mendapat banyak side income melalui internet. Memandangkan aku tiada komitmen berkeluarga lagi, jadi adalah lebih baik memberi fokus dan konsisten secara perlahan-lahan. Harap-harap berjaya hendaknya… Ameennn….

ps: Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik drpd tidak melakukan apa-apa, walaupun adakalanya yang diusahakan itu gagal.

Related posts:

  1. Forum Komuniti MajalahIM.com Selepas berjaya menghasilkan 13 edisi MajalahIM.com yang banyak memberi informasi tentang perniagaan internet kepada newbie dan juga oldbie. Kali ini...
  2. Kembali Dari Bercuti Offline Nampaknya aku betul-betul lama bercuti, sebenarnya agak sukar untuk aku menulis sejak kembali dari kursus pada tempoh hari. Ini kerana...
  3. 25 Forum Komuniti Internet Berkualiti di Malaysia Forum komuniti adalah salah satu penggunaan internet yang semakin popular selain daripada rangkaian sosial. Forum komuniti adalah tempat di mana...


12 Responses to “(MyStory) Kembali Fokus & Konsisten”

  1. By catzer on Apr 22, 2010 | Reply

    focus bro jgn tak focus..nak pastikan focus betul2 just buat 1-2 benda dlm tempoh 3-6 bulan dari skang. Godaan yg lain sila abaikan yerk
    .-= catzer´s last blog ..Pengubat Jiwa Kacau =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @catzer,

    TQVM Miss Catzer…I really appreciates it.
    Akan ku fokus dan konsisten :)

    [Reply]

  2. By Thoha on Apr 22, 2010 | Reply

    bro ni kira org lama gak ar dalam IM ni..
    semoga terus sukses ye..
    kalau ada gapo2 blh bg tunjuk ajar sikit2..hehe

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Thoha,

    Orang lama yg gagal… :(

    [Reply]

  3. By mancai on Apr 23, 2010 | Reply

    huhuhu… wang cyber tu aku pun layan gak… memang otai2 IM ramah tamah… teguran semuanya membantu… yang penting jgn lari fokus… kekalkan kualiti atau tambahkan lagi… gud luck bro…

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mancai,

    Yup, kekal fokus dan konsisten.
    TQVM bro

    [Reply]

  4. By zik on Apr 24, 2010 | Reply

    warhh kental semangat bro nie… teruskan usaha bro…. nak belajar gakla pasal mengenai affiliate.. macam ne nak develop ……
    .-= zik´s last blog ..Minggu final exam! =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zik,

    Errr..affiliate aku x reti sgt. Adsense bole la ckit2…
    Kental ke aku ni?? huhuhu…
    Harap2 tahun mendatang ni kentallah kan :)

    [Reply]

  5. By Shaffik on Apr 24, 2010 | Reply

    Jangan putsu semangat bro. Bila macam-macam sudah di harungi, kita lebih tahu apa yang sudah berlaku dan tidak akan mengulangi semula. Fokus itu penting, dan kosisten itu di susuli kemudian. Itulah yang aku buat sekarang. Best baca pengalaman ko. Keep it up. Jangan putus semangat
    .-= Shaffik´s last blog ..Error Semasa Mengupload / Memuat Naik Imej. =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Shaffik,

    TQVM bro, yup…Insya Allah, lepas ni mmg nak maintain fokus & konsisten dalam 1 bidang je dulu, blogging :)

    [Reply]

  6. By sangilapi on May 1, 2010 | Reply

    selepas menghadiri ssb tentu lebih tersenyum kan ? :) banyak yang boleh dibuat dalam satu niche blog.
    .-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Yup, memang dah tersenyum, tetapi perjalanan masih lg jauh..Banyak cabaran yg menanti..moga senantiasa kekal fokus & konsisten.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge