Apr
3rd

NiagaKit: Sistem e-Dagang Terhangat Buatan Malaysia

Files under Review, Software | Posted by Akmal

Sistem e-Dagang merupakan salah satu teknologi internet yang berkembang pesat seiring dengan dunia tanpa sempadan  di persekitaran kita. Sistem e-Dagang yang juga dikenali sebagai sistem e-Commerce dalam Bahasa Inggeris adalah sistem laman web jual beli di internet yang melakukan penyebaran, pembelian, penjualan dan pemasaran melalui saluran internet. Sekarang ni terdapat pelbagai jenis sistem e-commerce di pasaran internet semasa sama ada yang percuma ataupun berbayar. Setiap sistem e-commerce ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Malaysia juga mempunyai beberapa sistem e-commerce tersendiri ciptaan rakyat tempatan dan salah satunya ialah Sistem e-Dagang NiagaKit.

Apa itu NiagaKit?

Niagakit ataupun dikenali sebagai Sistem Kedai Online Niagakit adalah satu sistem e-commerce yang dibangunkan oleh sekumpulan anak muda tempatanbernama FlareBiz Network yang di anggotai oleh beberapa orang anak muda tempatan yang melibatkan diri dengan aktif di dalam dunia pemasaran internet Malaysia. Tujuan utama Niagakit dibangunkan adalah untuk membantu usahawan tempatan yang berminat dalam memasarkan produk jualan secara online di internet sama ada untuk pasaran antarabangsa dan juga tempatan.

Kenapa Anda Perlu Guna NiagaKit untuk perniagaan internet?

1. Dari Usahawan Internet kepada Usahawan Internet

Sistem ini direka oleh sekumpulan usahawan internet yang sudah berada agak lama aktif di pasaran internet Malaysia iaitu FlareBiz Network untuk pasaran bakal usahawan internet tempatan dan juga yang telah menjadi usahawan internet tempatan.  Jadi sudah semestinya kumpulan usahawan internet ini tahu apakah segala keperluan seorang usahawan lain yang ingin memasarkan sesuatu produk fizikal di pasaran internet Malaysia dan juga antarabangsa. Dengan memberi khidmat menyediakan sistem NiagaKit ini akan memudahkan seorang usahawan yang ingin memasarkan produk jualan internet tanpa perlu memikirkan apa kah yang perlu dilakukan. Segalanya telah tersedia ada di dalam sistem NiagaKit ini.

2. Mudah dan Mesra Pengguna

Bagi seorang usahawan yang tidak begitu mempunyai pengetahuan ICT dan tidak pernah menggunakan apa-apa sistem e-Dagang sebelum ini dan ingin menjadi usahawan internet dengan memasarkan apa-apa produk jualan di internet, sistem NiagaKit adalah salah satu sistem e-Dagang yang sangat mudah dan mesra pengguna. Sama ada untuk pengguna Admin dan juga untuk bakal pembeli di NiagaKit.

Dari segi pengguna Admin yakni pembeli sistem NiagaKit ini, anda akan dapati sangat mudah untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan sistem ini selepas  mendapat tunjuk ajar daripada pasukan bantuan sistem NiagaKit walaupun anda tidak pernah menggunakan mana-mana sistem e-Dagang sebelum ini. Segala tetapan (setting) seperti Pengurusan Produk, Laporan Belian, Pengurusan Pelanggan, Pengurusan Tema dan Tetapan Umum (Seperti dalam gambarajah di bawah) sudah sedia ada untuk ditetapkan oleh anda sendiri dengan mudah.

Sistem Kawalan Admin

Segala tetapan dalam sistem ini sangat mudah diuruskan terutama di bahagian sistem kawalan Admin. Sangat-sangat mudah walaupun anda langsung tidak pernah menggunakan sistem kawalan sistem e-dagang sebelum ini. Sekali anda belajar daripada pasukan bantuan sokongan NiagaKit, pasti anda akan dapat menggunakannya sendiri dalam melakukan tetapan sebuah sistem e-Dagang anda sendiri dengan NiagaKit.

4. Bantuan Sokongan Terbaik

Dalam mengunakan sesebuah sistem , apa yang paling penting sekali adalah bantuan sokongan yang diberi oleh pembekal sistem kepada pembeli sistem adalah sangat penting untuk memastikan sesuatu kerja berjalan lancar. Bagi sistem NiagaKit ini, anda  tidak perlu risau jikalau menghadapi masalah semasa menggunakan sistem NiagaKit. Anda boleh menghubungi pasukan bantuan sokongan NiagaKit sama ada secara langsung atau tidak langsung setiap masa.

3. Pembangunan Sistem Berterusan

Anda tidak perlu risau adakah sistem NiagaKit ini hanya boleh digunakan dalam satu tempoh tertentu sahaja. Pihak pembekal sistem NiagaKit iaitu FlareBiz Network akan terus menerus membangunkan sistem ini mengikut teknologi semasa dan juga permintaan pelanggan agar sistem e-Dagang ini relevan sepanjang zaman :) . Sistem ini akan sentiasa dibangunkan dan diperbaiki jika ada kelemahan  seiring dengan permintaan pelanggan dan juga teknologi semasa. Jadi anda tidak perlu risau adakah sistem ini hanya boleh digunakan dalam tempoh masa tertentu sahaja. Sistem ini boleh digunakan sampai bila-bila.

5. Sesuai untuk Pasaran Tempatan dan Antarabangsa.

Sistem NiagaKit bukan sahaja boleh digunakan untuk pasaran internet di Malaysia sahaja, tetapi juga untuk pasaran seluruh dunia dengan adanya sistem dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Anda boleh tetapkan sama ada sistem ini untuk pasaran tempatan ataupun antarabangsa. Mudah bukan??

Selain daripada 5 perkara di atas, sistem NiagaKit juga mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dibawah:


Anda masih tidak yakin lagi dengan Sistem Kedai Online NiagaKit, apa kata anda cuba melawat beberapa laman web yang sudah menggunakan sistem NiagaKit seperti senarai ini:

1. www.ubishoppe.com – Kartunis Ubi
2. www.galeribatik.com (Pakaian)
3. www.asiapacificproduct.com (Barangan rumah) – contoh pasaran antarabangsa
4. www.nasmabiz.com (Aksesori & Jam)
5. www.3gxmodem.com (Gadget & Elektronik)

Dan lawatilah laman web lain di sini ==> Senarai Web Yang Menggunakan NiagaKit

Masih tidak yakin lagi?

Tak pe, apa kata anda cuba sendiri demo sistem NiagaKit ini. Maklumat adalah seperti dibawah:

link demo : http://demoniagakit.com/admin

username: admin

password: demoniagakit

Cuba anda godek-godek sistem e-Dagang buatan Malaysia ini sendiri.

Kelemahan Sistem NiagaKit

Setiap perkara di dunia ini tiada yang sempurna, begitu juga dengan sistem NiagaKit ini.  Antara beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki ialah:

1. Template NiagaKit yang terhad dan tidak boleh diubahsuai.
2. Hanya 3 page sahaja yang boleh dipaparkan iaitu Home, About dan Contact Us.

Kesimpulan

Sistem Kedai Online NiagaKit adalah salah satu sistem e-Dagang yang patut anda gunakan dalam memasarkan produk jualan melalui internet kerana ianya sangat mudah digunakan dan harga yang berpatutan iaitu RM999.00 sahaja serta sesuai untuk pasaran  tempatan dan juga antarabangsa.

Ingin mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan Sistem NiagaKit ini, anda boleh la ke laman web rasmi www.niagakit.com

ps: Walaupun tidak sempat menyertai pertandingan Review NiagaKit yang telah tamat pada 29 Mac yang lalu, publish jugaklah draft yang suku siap ini untuk menyokong usahawan internet tempatan :) . 3/4 lagi sudah hilang, xde rezeki daaa…..

ps2: Ini adalah Draft yang ke-2, yang terbaik punya dah hangus…

Related posts:

  1. MyFriends2u.com: Laman Sosial Menarik Buatan Malaysia Adakah kita rakyat Malaysia mempunyai laman sosial sendiri seperti FaceBook ? Jawapannya ialah YA. Kita ada iaitu MyFriends2u.Com yang dibangunkan...
  2. isuhangat.net: Adakah Yang Terhangat?? Kali ini 1 lagi blog aku ingin review, iaitu blog isuhangat.net: Yang Hangat Sememangnya Disini. Adakah blog ini benar-benar hangat...
  3. Malaysia Internet Summit 2010: Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia Pertama Buat julung-julung kalinya  Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia yang terbesar akan diadakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Putra...
  4. www.m3mag.com.my: Hub Majalah Malaysia Digital Online Adakah mustahil untuk mendapatkan keluaran majalah tempatan seperti Majalah PC, Maskulin, Mingguan Wanita atau lain-lain jika anda berada di luar...


6 Responses to “NiagaKit: Sistem e-Dagang Terhangat Buatan Malaysia”

  1. By Safuan Sipenglipurlara on Apr 5, 2010 | Reply

    Nice review bro

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Safuan Sipenglipurlara,

    TQVM bro :)

    [Reply]

  2. By mancai on Apr 7, 2010 | Reply

    wah ringkas dan padat… aku pun tengah mengumpul duit ni nak guna la rasanya…

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mancai,
    Tq, nak jual apa bro?? :)

    [Reply]

  3. By Kumar on Apr 15, 2010 | Reply

    Saya memang mempunyai stor online tetapi masih baru…harapan saya adalh untuk menjana pendapatan pasif. Macam mankah nak dapatkan produk-produk untuk dipromosi?
    .-= Kumar´s last blog ..5 Ways To Earn Extra Money From Home – Online Business Ideas Blog =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Kumar,

    Banyak caranya..
    Boleh nyatakan salah 1 contoh2 produk yang En.Kumar nak promosikan?

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge