Sep
6th

Nikon CoolPix L100

Files under Technology | Posted by Akmal

Nikon menampilkan kamera digital dengan resolusi tinggi 10 Megapiksel iaitu Nikon CoolPix L100. Kamera digital ini dilengkapi dengan pemproses Nikon EXPEED, lensa Nikkor dengan 15x zoom optikal dan berkeupayaan merakam sudut lebar 28mm kepada super telefoto 420mm. Anda juga akan tertarik dengan mod sukannya yang merakam berterusan 13 bingkai sesaat, sementara fungsi amaran kerdipan mata memberitahu anda sekiranya mata subjek terpejam dan belum bersedia (perghhhh… canggih tu :P ). Ciri lain untuk kamera seakan SLR ini ialah pembetul infra-red, D-Lighing untuk peningkatan imej dalam kamera, 15 mod latar, movie dengan bunyi, zoom aktif, 44MB memori terbina yang boleh dibesarkan dengan kad SD atau SHDC dan lain-lain.

Spesifikasi

  • 10MP / 1 / 2.33″ CCD / 3648×2736(10MP) Maksimum / 640×480 Minimum
  • LCD 3″ 230k TFT
  • ISO 80-3200
  • Memori 44MB/ SD/ SDHC
  • Penstabil imej Optikal 4 cara (Pembetul Infra-Red, D-Lighting, Pengesan Wajah, Rakaman Mod Sukan)
  • Sistem Portait Pintar
  • Pemproses Imej EXPEED
  • Lensa Nikkor/ 15x zoom/ Makro 1cm
  • Bateri AA Alkaline/ AA Lithium
  • Warna Hitam
  • Saiz 72.2×109.7×78.1mm
  • 355g
  • Harga RM1,088.00 (pasaran semasa)

ps: Bilalah agaknya aku dapat rembat kamera lagu ni….huhuhu….


2 Responses to “Nikon CoolPix L100”

  1. By syukran on Sep 11, 2009 | Reply

    salam…

    nice camera bro..Nikon tu beb..sy pun meleleh tgk
    syukran´s last blog ..Apa Kelebihan Lain Proton Wira Aeroback? (idea kreatif) My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. By Akmal on Sep 16, 2009 | Reply

    @syukran
    Wassalam….
    heheheh…aku pun menitik je air liur ni…kalo aku jutawan….dah lama rembat dah ni…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled