Perbandingan antara pemandu wanita dan pemandu lelaki sering menjadi pertikaian kedua-dua gender ini apabila dibincangkan. Ada yang mengatakan wanita adalah pemandu yang lebih baik berbanding lelaki. Ada juga yang tidak bersetuju. Melalui kajian, pemandu lelaki lebih cenderung untuk memandu laju dan sering mengalami kemalangan jika dibandingkan pemandu wanita. Namun wujud juga tanggapan wanita merupakan pemandu yang amat teruk sekali melalui cara pemanduan yang amat perlahan. Kononya kerana terlampau berhati-hati namun boleh mengakibatkan kemalangan di pihak orang lain pula!
Berikut senarai beberapa perbezaan antara wanita dan lelaki di Malaysia melalui kelaziman seorang pemandu.
Pemandu Wanita
- Dikatakan terlalu berhati-hati.
- Lembap dan memandu dengan terlalu perlahan.
- Terlalu mengikut peraturan.
- ‘Buta’ tentang kereta, tahu pakai sahaja!
- Tak pandai menjaga kenderaan sebab itu senang rosak.
- Gemar menghias kereta dan kadangkala keterlaluan.
- Gemar meletakkan segala benda dalam kereta. Contohnya kasut yang berpasang-pasang!
- Nama sahaja perempuan, namun dalam kereta bersepah-sepah!
Pemandu Lelaki
- Kurang Sabar.
- Suka membunyikan hon jika tak puas hati dengan sesuatu situasi.
- Panas baran ketika memandu.
- Tidak suka mengikut peraturan. Kadangkala tali pinggang keledar pun tak suka pakai!
- Sentiasa melabelkan pemandu wanita lembap dan menyusahkan sedangkan kadang kala yang terjadi adalah berpunca daripada kaum sejenis mereka juga!
- Menganggap kereta umpama “isteri” dan sanggup berhabisan.
- Akan menjaga kereta sebaik mungkin.
Jadi, apa pendapat anda tentang isu pemandu wanita vs pemandu lelaki ini???
Related posts:
- Barisan Pemandu 1Malaysia F1 Team@Lotus F1 Racing 2010 Akhirnya segala teka-teki siapakah pemandu-pemandu untuk pasukan 1Malaysia F1 Team (1MF1T) atau akan dikenali di dalam Kalendar F1 2010 sebagai...
- Berhati-Hati Di Jalan Raya, Selamat Balik Kampung!!! Keadaan jalan-jalan di kelantan masih lagi seperti biasa sejak hari ahad hingga kelmarin, jalan agak lenggang di waktu pagi sebab...
- 30 Perkara Perempuan Lelaki Tidak Tahu Dahsyat sungguh pompuan ni…banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca. 1....
- Pencapaian Luar Biasa Oleh Seorang Wanita Muda Takde idea menulis, jadi aku baca kosmo online kelmarin ade artikel menarik perihal kejayaan seorang wanita muda dalam perniagaan internet....
- Persamaan Sikap Antara Lelaki Dengan Kucing Post entry kali ini yang diambil daripada email untukĀ tafsiran anda… just for release tensionn..!!! dont take serious k… Khas...










By miss chah on Mar 19, 2009 | Reply
salam…x semua wanita buta ttg kerata.. dan ppuan pun xsuka pakai tali pinggang gak cthnya mcm sy hahaha
[Reply]
By Akmal on Mar 20, 2009 | Reply
hmmmmm..setiap gender ade pro n kontra masing2…hanya tuhan yg sempurna shj…
[Reply]
By ally_yara on May 22, 2011 | Reply
nice info.. nk share leh x?
[Reply]
Akmal Reply:
May 22nd, 2011 at 11:21 pm
@ally_yara,
Sila lah share… xde hal
[Reply]