Sesetengah orang mungkin dah tahu cara menggunakan Google Maps secara optimum. Walaupun dah tahu, aku tetap nak post entry pasal Google Map ini hanya untuk orang yang belum tahu lagi. Di sini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman penggunaan Google Map sejak bertugas sementara waktu di Kuala Lumpur (KL) ini. Sejak aku mula bertugas di KL boleh dikatakan setiap hari aku membuka Google Map untuk tahu jalan yang mana 1 perlu dilalui untuk pergi dan pulang dari pejabat. Pejabat aku pulak ni memang betul-betul berada di tengah kota metropolitan KL. Lagipun aku memang buta pasal tempat-tempat di sekitar KL kerana tidak tahu di manakah terletaknya Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang, Cheras dan lain-lain tempat.
Bagi aku, hanya 2 sahaja fungsi utama Google Map ini yang boleh kita manipulasikan iaitu:
- Mengetahui sesuatu lokasi berada di mana.
Pergi ke laman Google Maps Malaysia yang beralamat URL di http://maps.google.com.my/ . Sepertimana Search Enjin, anda hanya perlu menaip nama tempat apakah di ruangan ‘search map‘ untuk mengetahui dimanakah lokasi tempat yang ingion dicari. - Mengetahui jarak antara lokasi A hingga ke lokasi B.
Fungsi ini adalah yang paling menarik sekali dan paling penting bagi aku sejak berada di KL. Anda boleh mengetahui jalan apakah yang perlu dilalui dan berapakah anggaran jarak kilometer dari lokasi A hingga ke Lokasi B. Nama fungsi ini di Google Map ialah ‘Get Direction‘.
Contohnya:
Katakan lokasi A anda adalah rumah anda, contohnya rumah aku di Desa Serdang. Kemudian lokasi B ialah pejabat aku di Pusat Bandar Damansara. Letak je ruangan teks A Desa Serdang manakala ruangan teks B Pusat Bandar Damansara.
kemudian klik Get Direction.
Jika nama yang di cari tidak di jumpai, Google Map akan memberi beberapa cadangan nama tempat yang berdekatan dengan apa yang kita taip di ruangan teks lokasi A dan lokasi B. - Print Out Jalan-Jalan yang dicadangkan oleh ‘Get Direction’ Google Map untuk rujukan anda dalam bentuk gambar ataupun teks untuk digunakan keika dalam perjalanan
.

Itulah 2 fungsi utama Google Map yang aku selalu guna, sebenarnya banyak fungsi-fungsinya yang lain seperti anda dapat lihat peta melalui gambar satelit ataupun 3D dengan menggunakan Google Earth. Pada pandangan peribadi aku, Ketepatan perjalanan yang dicadangkan oleh Google Maps melalui fungsi Get Direction boleh diikuti dalam 60% sahaja. Anda masih lagi perlu bergantung kepada Papan Tanda Jalan ataupun GPS. Bagi seorang perantauan atau yang suka berjalan, Google Map adalah adalah sesuatu yang sangat berguna untuk dijadikan sebagai rujukan dalam merancang sesuatu perjalanan selain daripada peta dan GPS
.
ps: 2 minggu pertama di KL, setiap hari bukak Google Maps dan study jalan2
Related posts:
- Kehebatan Google Chrome Google Chrome merupakan pelayar internet terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat Google Inc menggunkan teknologi Webkit dan juga V8 Javascript Engine...












By mancai on Jul 15, 2010 | Reply
ya betul tu memang berguna, aku pun biasa guna google maps buat claim perjalanan…
[Reply]
Akmal Reply:
July 15th, 2010 at 11:26 pm
@mancai,
Jabatan Aku pun dah mula pakai Google Maps juga utk kira claim perjalanan..huhuhu…
[Reply]
By suri on Jul 15, 2010 | Reply
suri jarang guna hehe..tapi mmg ada jugalah bodek google maps ni nak2 klu nak g tempat yg kita tak pernah pge hehhee..
bukan apa tkut sesat jln jer..hihi..
[Reply]
Akmal Reply:
July 16th, 2010 at 6:27 am
@suri,
Kalo bg org perantauan atau duk KL. godek2 Google Maps adalah 1 kemestian
[Reply]
By shaharil on Jul 17, 2010 | Reply
Jarang benar nak guna google map ni. Last sekali masa nak pergi uum. hehehe
shaharil´s last [type] ..SEO Site Tools- Extention untuk Google Chrome
[Reply]
Akmal Reply:
July 17th, 2010 at 8:47 pm
@shaharil,
Bukan selalu beb, guna apabila kita nak travel di tempat yg baru je…hahahaha
Lps 3-4 bulan kt tmpt baru, jarang la guna..
Tp aku tanya member aku yg dok dekat 2 tahun kt KL ni, masih lg guna utk tempat2 yg tertentu shj…
[Reply]
By zik on Jul 17, 2010 | Reply
wah bestnya bro… nak cuba lah…
zik´s last [type] ..Cara untuk membersihkan papan kekunci keyboard
[Reply]
Akmal Reply:
July 18th, 2010 at 3:25 pm
@zik,
Coba jgn x coba…
sangat sesuai untuk traveller dan seseorang yang berpindah di tempat baru…
[Reply]
By diraja22 on Jul 18, 2010 | Reply
mmg membantu bro..
[Reply]
Akmal Reply:
July 19th, 2010 at 12:47 am
@diraja22,
Sangat membantu untuk org yg amat memerlukan..
[Reply]
By ain fathihah on Jul 19, 2010 | Reply
terima kasih. membantu cari tempat yang tak pernah pergi. hehe
ain fathihah´s last [type] ..masalah itu mendewasakan- bukan
[Reply]
By sangilapi on Jul 20, 2010 | Reply
tak pernah guna sebab aku guna pengangkutan awam
sangilapi´s last [type] ..kegigihan itu perlu
[Reply]
By suri on Jul 21, 2010 | Reply
alahai..
suri pun rindu akan suasan kl gak..rindu masa keje kat sana hehehhee..skrg tidak lagi huhuhu….
rindu pada susana LTR..hehehe masjid jamek
btw slmat berkursusu bro
take care jgn lupa snap pic kat blog tau
[Reply]