Agaknya akulah yang paling lewat post berkenaan tajuk di atas berbanding dengan blogger2 lain yang telah pun post di blog masing2. Walaubagaimanapun aku sangat gembira kerana berjaya juga menghadiri perjumpaan IM & Blogger Kelantan bagi kali ke-2 yang di anjurkan oleh Saudara Adly aka Labanon pada 29 November 2009 lalu, Hari Raya ke-3 Aidiladha bertempat di D’Klasik Cafe, Kubang Kerian bermula pada jam 10.00pg hingga 1 ptg. Nasib baiklah aku 2/3 minggu kebelakangan ini kembali aktif dalam WangCyber.com (WC), dapat juga mengetahui perihal perjumpaan ini.
Perjumpaan IM & Blogger Kelantan Kali pertama di adakan adalah pada 7 Julai 2007 bertempat di A&W, KB Mall juga rasanya di anjurkan oleh Saudara Labanon tetapi beliau tidak dapat hadir kerana kena tahan oleh cikgu Warden semasa ingin lompat pagar sekolah kot (Ye ke???
). Perjumpaan kali ke-2 di Noodle Station. KB Mall pada tahun 2008 plak tidak ketahuan oleh aku plak. Pada perjumpaan kali ini, aku tiba agak lewat sedikit iaitu jam 10.30pg, bila masuk je cafe aku dah ternampak Saudara Abu Hanis yg berkopiah dgn baju merah (Seperti mana yg telah diberitahu dalam WC) dan juga Saudara Ringgit Hit yang pernah aku jumpa 2 tahun yang lalu dan juga Otai IM Saudara Alang serta yang lain2 yang tidak berapa ku kenali.
Antara yang menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini ialah Ringgit Hit, Alang, Abu Hanis, Kalam Harta, Zhafran & Labanon (Team FlareBiz), Abooain, Fazdlihani (Penulis Buku Internet Marketing dengan Facebook, Myspace dan Twitter), Cikgu Zahran (photographer x rasmi), Seran, Nuruddeen710 dan lain-lain yang tak sempat berkenalan. Ketika pejumpaan ini banyak jugaklah yang di sembangkan, ada juga rahsia-rahsia tertentu yang telah di dedahkan (Sikit je..). Bila dah jumpa 1 geng yang sekepala, memang meriah sembang, 2 jam setengah tu rasa sekejap je. Cuma akibat meja yang panjang, x dapat aku berborak dengan semua IM & Blogger yang hadir, cuma sebahagian je. Pada jam 1 ptg tu terpaksa menarik diri kerana perlu ke majlis kenduri kahwin di Pengkalan Chepa, lagipun dah janji dgn kawan dr KL.
Apa yang paling mengkagumkan aku ialah saudara Ringgit Hit, masa mula2 jumpa pada Perjumpaan kali pertama 2 tahun lalu. Dulu dia NoBody, tetapi sekarang dah SomeBody. Boleh di katakan salah seorang pakar adsense dah sekarang. Tak percaya?? Cuba tanya salah seorang anak muridnya iaitu saudara Abu Hanis.Dulu xde produk, skrg dah ada produk iaitu F2R. Dulu xde private forum sendiri, skrg dah ada forum private F2R untuk pembeli2 F2R termasuk aku. Ramai dah yang berjaya dalam Adsense dengan menggunakan produk F2R, cuma aku je yang belum lagi sebab slow sikit kerana sedang bergelut dengan masa antara kerjaya dan juga pembelajaran dalam IM & Blogging.
Begitu juga dengan Saudara Abooain, dah jadi salah seorang yang somebody dan IM yang pakar dalam produk PLR, RR dan MRR. Tahniah di ucapkan. Aku juga yang masih belum berjaya, x pelah…yang penting jangan putus asa dan sentiasa belajar setiap ilmu dengan tenang serta sentiasa bersyukur dengan rezeki yang di beri olehNya. Ada masa sampailah nanti, Insya Allah
.
Akhir sekali, aku sangat gembira kerana dapat bertemu dengan semua IM & Blogger Kelantan termasuk Saudara Alang & Cikgu Zahran yang bukan ori Kelantan, tetapi berbini org Kelantan. Kira termasuklah tu. Harap2 selepas ini dapat berjumpa lagi sama ada secara formal ataupun tidak formal. Dibawah ini saya sertakan beberapa link blog yang menceritakan pasal perjumpaan dan juga link di forum WC oleh IM yang telah menghadirkan diri.
Forum WC => Wajah-Wajah IM Kelate Yang Menggegar Dunia Cyber
MajalahIM (Team FlareBiz) => Hari Raya & Perjumpaan IM Kelantan
Alang => Alang di Kelantan
Abooain => Perjumpaan IM Kelantan Kali Ke-3
Rasanya yang ni je kot, kalo tertinggal tolong bgtau yek, boleh masuk dalam list di atas.
ps: Terima Kasih kepada Cikgu Zahran di atas ihsan gambar-gambar yang di beri dan di ambil semasa perjumpaan.









By dAzz on Dec 4, 2009 | Reply
lain kali nok keno test join skali ni.
dAzz´s last blog ..Anda Ingin Permohonan Pembiayaan Modal Perniagaan Anda Lulus?
[Reply]
Akmal Reply:
December 6th, 2009 at 1:59 am
Join je…lagi ramai lagi bagus
[Reply]