Post entry kali ini yang diambil daripada email untuk tafsiran anda… just for release tensionn..!!! dont take serious k… ![]()
Khas untuk tatapan kaum hawa dalam mengenali LELAKI
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis…
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
1) Kucing jantan suka dibelai
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke… Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, “makanan” batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah “kurung” lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan…. Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, “miow, miow mari sini”, (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia.
(pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalu nya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis tak nak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)
** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE…….. …. Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga…
Luu pikirr laa sendiri…heheheh… ”Meowwwww….- ”..
ps: sekadar hiburan
Related posts:
- Kucing2Terbiar.Blogspot.com: Kisah Kucing Yang Terbiar Selalu review blog yang berilmiah je kadang kala membosankan jugak kan? OK lah, kali ini aku ingin review berkenaan blog...
- 30 Perkara Perempuan Lelaki Tidak Tahu Dahsyat sungguh pompuan ni…banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca. 1....
- Pemandu Wanita vs Pemandu Lelaki Perbandingan antara pemandu wanita dan pemandu lelaki sering menjadi pertikaian kedua-dua gender ini apabila dibincangkan. Ada yang mengatakan wanita adalah...
- KakiMotong.Blogspot.com: Kisah Seekor Kucing Istimewa Yang Bernama HERO Sebagaimana dijanjikan sebelum ini dalam post Kucing2Terbiar.Blogspot.com: Kisah Kucing Yang Terbiar. Kali ini aktechpage.com membuat 1 lagi review berkenaan blog...
- Makan Dengan Tangan Itu Sunnah Ikuti cerita dibwah ini.. rehat2kan minda sambil melayari internet; Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri...










By zik on May 28, 2010 | Reply
wah syoknya kucing tuh tidor atas lappy…hehe.. wah macam banyak jer persamaan ngan kucing jantan nie..hehe
.-= zik´s last blog ..Jangan berhutang dengan Along! =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 28th, 2010 at 9:22 pm
@zik,
Aku suka betul gambar anak kucing ni tido atas laptop…sgt cute…hahahah
Alaaa….sama jantan kan, mesti lah sama…
[Reply]
By sangilapi on May 29, 2010 | Reply
sekadar berkongsi,dulu aku ada kucing jantan berwarna hitam memang garang…tapi dia ni suka culik anak-anak kucing jiran bawak balik rumah
*anak kucing yang masih menyusu*
.-= sangilapi´s last blog ..rezeki semakin murah =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 30th, 2010 at 3:27 am
@sangilapi,
Uikkk… suka budak2 kot…walaupun garang, tp dlm hati ada taman…
Jgn dimakan sudah anak2 kucing yg kecik lg tu..
[Reply]
hafizmd Reply:
June 2nd, 2010 at 4:01 pm
@sangilapi, aku rase, ni sesuai untuk lelaki2 dari lombok..hohoh
.-= hafizmd´s last blog ..Malaysia ke Piala Dunia Afrika Selatan! =-.
[Reply]
Akmal Reply:
June 2nd, 2010 at 5:36 pm
@hafizmd,
Aku pelik betollah, kenapa lah pompuan Malaysia ni boleh jatuh cinta dgn lelaki lombok…
Apa yg istimewanya lelaki lombok ini??
[Reply]
By madlut on May 29, 2010 | Reply
hahaha…kucing ada yang playboy x??
[Reply]
Akmal Reply:
May 30th, 2010 at 3:28 am
@madlut,
Hmmmmm ada kot
[Reply]
hafizmd Reply:
June 2nd, 2010 at 4:01 pm
@madlut, aku rase ade..sbb biase sgt tgk..sekajap yg putih, sekejap yg kelabu..semua dihentamnye..
.-= hafizmd´s last blog ..Malaysia ke Piala Dunia Afrika Selatan! =-.
[Reply]
By miziology on May 31, 2010 | Reply
‘Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina”
ni yg paling bahaya ni haha
.-= miziology´s last blog ..Movie Sunday – Robin Hood =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 31st, 2010 at 11:32 pm
@miziology,
Hahahah, betul tu.. ini lah antara andaian yg sangat merbahaya…
[Reply]
By mijie on May 31, 2010 | Reply
hahaha yang last sekali tu “kucing jantan tidak setia pada seekor kucing betina”
mungkin ada kebenarannya
.-= mijie´s last blog ..Perhatian untuk semua pembaca blog ini =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 31st, 2010 at 11:32 pm
@mijie,
Untuk kucing sahaja…tp manusia pun ada jugak kan…
[Reply]
By mancai on May 31, 2010 | Reply
menarik2 pas ni pasal kucing betina ngan perempuan pulak bro…
[Reply]
Akmal Reply:
May 31st, 2010 at 11:33 pm
@mancai,
Jus untuk bacaan hiburan ringan sahaja
[Reply]
By balqis on Jun 1, 2010 | Reply
saye suke kucing. erk, tetibe je
.-= balqis´s last blog ..perfectly happy =-.
[Reply]
Akmal Reply:
June 1st, 2010 at 2:38 pm
@balqis,
Heheehh… saya pun suka kucing jgak…
[Reply]
hafizmd Reply:
June 2nd, 2010 at 4:03 pm
@Akmal, cantiklah bro..same2 suke kucing..dah boleh matching point no 5..heehhe..
.-= hafizmd´s last blog ..Malaysia ke Piala Dunia Afrika Selatan! =-.
[Reply]
Akmal Reply:
June 2nd, 2010 at 5:35 pm
@hafizmd,
errrr……
[Reply]
By Hafidz on Jun 2, 2010 | Reply
Salam kenalan.
Lagi satu persamaan tentang kucing jantan & lelaki.
“Kucing Jantan ni lebih cute berbanding Kucing Betina”
Maksudnya lebih kurang sama lah kan? huhu =P
.-= Hafidz´s last blog ..Happy =-.
[Reply]
Akmal Reply:
June 2nd, 2010 at 5:35 pm
@Hafidz,
Salam perkenalan dr saya juga
Hmmmm x tau lah betul ke tak yg kucing jantan lebih cute drpd kucing betina…
Tgk atas jenis jugak kot…
Apa2 pun kucing yg cute mmg sangat comel..hehehe
[Reply]
By nazra on Jun 16, 2010 | Reply
haha..ye ke..ada yg kebetulan ja tu
[Reply]
Akmal Reply:
June 16th, 2010 at 10:20 pm
@nazra,
Heheheh…ye la… sama2 jantan kan…
Mestilah ada yg kebetulan tu…
[Reply]
By RozaniGhani on Jun 23, 2010 | Reply
malangnya aku dapat kucing betina dekat 10 ekor. penuh satu rumah dengan kucing. cukup 2-3 bulan, keluar lagi 4 ekor yang baru.
RozaniGhani´s last [type] ..Selamat Tinggal Swift Themes
[Reply]
Akmal Reply:
June 23rd, 2010 at 2:24 pm
@RozaniGhani,
Huh, senang2 ko kasi je kucing betina tu…
Bukan nak aniayai binatang, tetapi menghalang masalah kucing tu subur sangat.
[Reply]