
Huh….hampir 1 minggu aku x update blog ini. Ini kerana seminggu ni aku betul2 sibuk dengan kerja-kerja pembaikan server yang mengalami kerosakan hardware iaitu hard disk SCSI rosak. Banyak juga data-data yang perlu diselamatkan sehingga aku terpaksa mintak dgn boss ICT hantar beberapa orang engineer ICT turun ke Kelantan. Sebelum itu selama seminggu aku seorang diri cuba membaiki dan backup data-data yang perlu diselamatkan tetapi tidak berhasil kerana server yang rosak ini tiada documentacion configuration yang dilakukan oleh ICT dahulu. Jadi nak tak nak perlu memanggil orang yang lebih pakar dalam bidang ini.
Selepas gagal membaiki dan juga mendapatkan data-data terutama data akaun yang sangat penting itu. HQ menghantar 3 orang ICT turun ke Kelantan, 2 orang pakar server dan seorang pakar network. Bermula hari selasa (21 Julai 2009) hingga Jumaat (24 Julai 2009) kami berempat bertungkus lumus siang dan malam cuba membaiki server dan data. Akhirnya data yang paling penting iaitu data akaun dapat diselamatkan selepas mengambil masa yang sangat lama untuk backup, tetapi terdapat juga data yang tidak dapat diselamatkan kerana kerosakan hard disk, dan Partition OS yang rosak. Sepanjang operasi membaiki server, kitorang ICT Dept bekerja secara luarbiasa, apabila betul2 letih dan otak betul2 jem, barulah kami keluar makan, balik mandi dan tido. Ade satu masa kitorang kerja 36 Jam tanpa henti.
Akhirnya, pada Jumaat malam segalanya selesai dan tinggal 20% sahaja lagi yang perlu diselesaikan oleh aku sendiri. Apepun, banyak perkara yang dapat aku pelajari drpd pakar2 server dan networking ini dan pertama kali aku dapat merasai betapa bestnya bekerja dalam 1 pasukan yang sama Jabatan, Jabatan ICT. Walaupun bekerja dalam keadaan tertekan, kita orang boleh lagi buat lawak-lawak bodoh dan bermain games. Baru kutahu setiap sorang ada games masing2 yang dimainkan especially ketika menunggu data backup samaada games online dan juga offline. Aku pun dah join salah satu games online yang akan melawan geng2 ICT lain secara online.
PS : Banyak jugak lah bisness part time yang terlepas mgg lepas…nak wat camne….xde rezki… Julai 2009 yang penuh dugaan dan cabaran…
Related posts:
- Kisah Forumers Tua Yang TerlampauAku sebenarnya malas nak tulis pasal post entry kali ini, tetapi disebabkan oleh seorang forumers tua terlampau yang masih berdendam dengan aku sehingga menulis pasal aku di blognya yang tak boleh nak bagi komen sebab menggunakan blogspot, lepas tu pulak letak di signature salah 1 forum lagi. Ikutkan hati sebenarnya malas nak balas balik kerana [...]...
- Kemalasan Melanda Diri ku Dah dekat 12 hari aku tidak post baru di blog aku ni. Agak lama jugalah, nampaknya seperti mana tajuk post aku kali ni sememangnya sindrom malas sedang melanda aku sekarang ni. Malas dari segi kerja sama ada yang wajib atau yang tak wajib. huhuhuhu…. Sindrom kemalasan yang melanda aku sekarang ni mungkin disebabkan oleh beberapa [...]...
- Video: Kembara Jelajah Kelantan 2009Video Konvoi Kembara Toyota Avanza Jelajah Kelantan ini adalah hasil suntingan daripada ahli Kelab Toyota Avanza (www.tavac.net) yang ada di YouTube hasil upload daripada username azamDr. Ade jugak terselit muka aku yang tersengih dalam video ini walaupun sipi2 aje. Janji glamour you… . Video ini sangat menarik dengan gabungan visual dan gambar serta audio [...]...
- Alhamdulillah….Menang Lagi!!! Selepas memenangi Pertandingan Review Pakej DVD Raja Grafik Malaya Vol 1 pada bulan Julai 2009 yang lalu dengan memenangi hadiah bonus iaitu 1 unit percuma Produk Pakej DVD Raja Grafik Malaya dan 1 slot iklan selama 3 bulan di blog Balootisme.com yang di anjurkan oleh Balootisme.com. Pada sambutan tahun baru 2010 sekali lagi aku dihadiahkan [...]...
- ICT Team Building@Agrotek Garden Resort Dalam akhir 2 minggu ini aku agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja pejabat terutamanya masalah server, house keeping data dan membantu menyelesaikan masalah-masalah ICT yang dihadapi oleh rakan sekerja di pejabat (Sibuk sokmo). Walaubagaimanapun aku sempat menghadiri team building yang dianjurkan oleh majikan aku untuk kali ke-2. Sebelum ini team building di adakan di Genting View [...]...





By sharimi
on Jul 27, 2009 | Reply
besarnya server sinar harian……….
[Reply]
By Akmal
on Jul 30, 2009 | Reply
Size Rack Server 33U
[Reply]
By Syed Muhammad
on Jul 30, 2009 | Reply
Alhamdulillah.
Cadangan saya, gunalah RAID-5 supaya data selamat di kemudian hari.
Thumbs up!
Syed Muhammad´s last blog ..Updating Gigabyte GV-R485OC-1GH BIOS
[Reply]
By Akmal
on Aug 1, 2009 | Reply
Bro Syed…
Server tu dah guna RAID-5, tp partition OS salah satu drive mmg corupt…semua data2 dalam tu dah tak dapat diselamatkan…
Jadikan pengajaran utk masa depan…
[Reply]