Nov
14th

ICT Team Building@Agrotek Garden Resort

Files under Personal | Posted by Akmal

ICT_Team_build_01

Dalam akhir 2 minggu ini aku agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja pejabat terutamanya masalah server, house keeping data dan membantu  menyelesaikan masalah-masalah ICT yang dihadapi oleh rakan sekerja di pejabat (Sibuk sokmo). Walaubagaimanapun aku sempat menghadiri team building yang dianjurkan oleh majikan aku untuk kali ke-2. Sebelum ini team building di adakan di Genting View Resort, Genting Higland, tetapi kali ini hanya Jabatan ICT sahaja yang terlibat dan di adakan di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat pada 6 Nov 2009 hingga 8 Nov 2009. Aku bertolak ke sana pada malam 5 Nov 2009 dengan menaiki Bas Ekspress.

Team Building kali ini agak berlainan sedikit kerana ia di adakan khas untuk Jabatan ICT sahaja, malahan ramai jugak staff baru yang tidak begitu aku kenali kerana ramai jugak staff yang lama berhenti. Perasaan hari pertama kursus agak berdebar-debar dan ketahuan sedikit kerana aku ingin berjumpa beberapa staff baru seperti Chief Technical, technical staff, admin ICT staff dan lain-lain lagi. Jadi hari pertama aku agak kekok sedikit la. Lagipun selama ini sebagai wakil ICT di Kelantan & Terengganu yang bekerja seorang diri tetapi jika ada masalah-masalah ICT kritikal barulah aku akan inform kpd otai2 ICT Engineer di HQ, Shah Alam untuk membantu menyelesaikan masalah ICT.

ICT_Team_build_02

Tetapi pada hari ke-2 dan ke-3 aku sudah boleh dikatakan agak serasi dan mula masuk dengan geng2 ICT di HQ yang sememangnya gila2, havoc dan suka bergurau senda.  Aku bergelak sakan je bila bersama dengan diorang ni. Chief Technical dan beberapa staff technical yang selama ini aku kenali melalui telefon dan communicator sangatlah friendly dan sering merendah diri serta hormat menghormati antara satu sama lain. Pendek kata hubungan di dalam jabatan ICT ini sangat rapat seperti adik beradik. Jabatan ICT ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Team Technical Support (Aku punya team dan yg paling ramai, semuanya lelaki), Team ICT Sinar Harian (aku jugak), Team MIS, Team OCC dan akhir sekali Team Admin ICT (Kira macam HR utk ICT Dept la).

Antara aktiviti2 yang dijalankan sepanjang kursus Team Building ini ialah ICT Amazing Race (penat beb), Karaoke, BBQ, pertukaran hadiah antara satu sama lain, menonton perlawanan Final Piala Malaysia Kelantan vs Negeri Sembilan bersama2 (Ketua Jabatan sokong N9 daa), bermain indoor games bersama2, mempelajari teknik meningkatkan produktiviti, efektif & kualiti kerja dalam sesebuah organisasi yang besar, ceramah HR, membuat bendera Dept dan banyak lagi. Kursus Team Building ini di kawal selia oleh Unit Latihan & Implementasi (ULI) yang berada di bawah Jabatan Sumber Manusia majikan aku. Ketika kursus ini berlangsung, semua staff dalam ICT Dept sama sahaja tidak kira boss atau ketua unit, kesemuanya sama taraf sahaja dalam menjayakan Team Building ICT yang julung-julung kali di adakan untuk Jabatan ICT, ia ibarat seperti Family Day.

ICT_Team_build_03

Akhir sekali aku berharap agar Team Building atau Family Day seperti ini dapat diadakan setiap tahun untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain memandangkan ada 2 org ICT yang tidak bekerja sekali iaitu aku yang diberi tanggungjawab menjaga ICT Kelantan & Terengganu dan yang terbaru ICT Penang yang menjaga Perak & edisi Utara. Tidak lama lagi ICT Johor akan masuk pulak, nampaknya keluarga ICT semakin membesar seiring dengan pembesaran syarikat tempat aku kerja.

Last sekali, tagline ICT Dept “We Help, We Support, We Solve

ICT_Team_build_04

ICT_Team_build_05

ps :  aku hanya menceritakan serba ringkas sahaja … :-)

Related posts:

  1. Kursus Team Building@Genting HighlandPada 9-11 Mei 2008, buat pertama kalinya aku telah menghadiri kursus yg dianjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja iaitu Kursus Team Building Session di Genting View Resort, dekat2 dgn Genting Higlands. Sejuklah jugak(Pagi dengan malam je). Aku merupakan peserta terakhir yg dipanggil menyertai kursus tersebut. Kira Adhoc juga lah, hari rabu dapat call drpd big [...]...
  2. Kemalasan Melanda Diri ku Dah dekat 12 hari aku tidak post baru di blog aku ni. Agak lama jugalah, nampaknya seperti mana tajuk post aku kali ni sememangnya sindrom malas sedang melanda aku sekarang ni. Malas dari segi kerja sama ada yang wajib atau yang tak wajib. huhuhuhu…. Sindrom kemalasan yang melanda aku sekarang ni mungkin disebabkan oleh beberapa [...]...
  3. Kursus ESQ Level 2 MCB @ Sheraton Hotel & TowerSelepas 8 bulan menghadiri Kursus ESQ Basic Training pada 3-5 April 2009 yang lalu di Flamingo Hotel, Ampang. Aku sekali lg dipanggil oleh pihak pentadbiran majikan untuk pergi ke kursus peringkat ke-2 pulak  pada 19-20 Dis 2009 yang lalu bertempat di Sheraton Hotel & Tower di Subang Jaya. Nama kursus kali ini adalah Kursus ESQ [...]...
  4. Kursus ESQ@Flamingo Hotel, AmpangSeperti biasa, setahun sekali syarikat tempat aku kerja ni akan menghantar staff ke kursus motivasi untuk meningkatkan produktivi dan motivasi pekerja. Tahun lepas aku berkursus di Genting Highland bersama-sama bebudak ICT Department dan juga staff dr jabatan lain. Kursus itu mmg best dan pengalamnnya telah pun aku tulis dalam blog yg bertajuk Kursus Team Building@Genting [...]...
  5. 1 Minggu Yang Meletihkan Huh….hampir 1 minggu aku x update blog ini. Ini kerana seminggu ni aku betul2 sibuk dengan kerja-kerja pembaikan server yang mengalami kerosakan hardware iaitu hard disk SCSI rosak. Banyak juga data-data yang perlu diselamatkan sehingga aku terpaksa mintak dgn boss ICT hantar beberapa orang engineer ICT turun ke Kelantan. Sebelum itu selama seminggu aku seorang [...]...

Post a Comment

CommentLuv Enabled