May
17th

Pixelpost: CMS Photoblog

Files under Internet, Software | Posted by Akmal

Selain drpd blog biasa seperti wordpress, blogspot.com, joomla dan lain-lain, blog khas untuk memaparkan gambar-gambar sahaja juga ada yang dipanggil PhotoBlog. Salah satu platform PhotoBlog,  CMS platform yang percuma ialah Pixelpost. PixelPost lebih kurang sama seperti WordPress juga tetapi yang membezakan PixelPost ialah ianya lebih fokus kepada berbentuk Photoblog. Jika anda seorang yang suka menyimpan gambar dan memaparkan gambar kepada umum, anda bolehlah menggunakan PixelPost sebagai platform Photoblog di internet. PixelPost amat sesuai untuk seseorang yang mempunyai kerjaya dalam fotografi atau grafik memaparkan hasil kerja di internet.

Antara ciri-ciri PixelPost ialah:

  1. Kawalan Penuh
    Jika anda ingin menggunakan photoblog yang memberikan anda kawalan sepenuhnya ke atas gambar-gambar yang dipaparkan, Pixelpost adalah pilihan tepat untuk anda. Anda boleh memuat turun template secara percuma dan juga anda dapat membuat paparan sebenar anda sendiri dengan mudah. Pendek kata, dengan menggunakan PixelPost anda akan kawal sepenuhnya PhotoBlog kepunyaan anda mengikut citarasa anda sendiri.
  2. Cepat & Mudah
    Anda boleh posting foto baru anda dari mana-mana saja dan bila-bila masa saja. Anda dengan mudah boleh mengubah template dan tweak hanya dengan satu klik sahaja. Anda tidak memerlukan masa yang banyak untuk mempelajari bagaimana cara untuk  konfigurasikan kod atau skrip apabila anda menggunakan Pixelpost, kerana anda hanya perlu  mengendalikan semuanya dari Panel Kawalan PixelPost sahaja. Just main klik-klik sahaja sepetimana WordPress.
  3. Pengurusan Komen
    Mudah mendapat maklum balas melalui komen pada foto yang anda postkan adalah merupakan salah satu perkara penting dalam sesuatu PhotoBlog.  Komen di Pixelpost mempunyai perlindungan spam yang dibina secara langsung masuk dan jika ada spam terlepas, anda dengan mudah boleh flag di panel kawalan admin. Malahan Pixelpost akan menghantar e-mel apabila anda menerima setiap komen baru di gambar-gambar yang ada pada PhotoBlog anda.
  4. Paparan Gambar Menyeluruh
    PixelPost menampilkan kesemua foto-foto anda dalam pandangan thumbnail yang mudah. Ia secara automatik akan mengubah saiz dan mencipta preview thumbnail untuk menunjukkan semua foto anda. Apa yang harus anda lakukan hanyalah mengupload gambar sahaja dan PhotoBlog sudah siap!
  5. Keterangan Gambar Lengkap
    Adakah anda ingin berkongsi lebih daripada sekadar gambar-gambar foto sahaja? Pixelpost juga membolehkan anda untuk menulis teks deskripsi di posting gambar anda untuk membolehkan pelawat mengetahui lebih lanjut tentang makna sesuatu gambar. Pixelpost juga boleh membaca data EXIF dari foto yang diambil dengan kamera digital.
  6. Extend Plugin & Template
    PixelPost mempunyai banyak extend plugin untuk menambahkan fungsi-fungsi PhotoBlog anda mengikut kesukaan anda. Malahan template percuma juga banyak disediakan. Kesemua ini memudahkan anda mengkonfogurasi sendiri PhotoBlog anda mengikut kehendak anda sendiri.

Kesimpulannya, PixelPost adalah satu platform CMS yang percuma dan sangat mudah di konfigurasi untuk PhotoBlog anda. Ianya seperti WordPress tetapi khas untuk penggunaan memaparkan gambar-gambar atau foto-foto sahaja. Untuk keterangan lanjut dan download secara percuma, lawatilah laman rasmi iaitu www.pixelpost.org

Related posts:

  1. 5 Top Emel Percuma Online Bayangkan hidup tanpa emel, lebih-lebih lagi emel percuma. Dalam 10 tahun dulu, hanya emel percuma seperti Hotmail dan Yahoo! memberikan...
  2. Khidmat Yahoo! Geocities & Yahoo 360 Akan Ditamatkan Jika anda menggunakan perkhidmatan Yahoo! Geocities sebagai tempat blogging dan  penyimpanan data-data maya seperti fail, gambar, dokumen dan lagu. Lebih...


13 Responses to “Pixelpost: CMS Photoblog”

  1. By mancai on May 17, 2010 | Reply

    wah bro menarik ni… dah ader guna ke? leh wat flickr sendiri gayanya ni…

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mancai,

    belum guna lg.. sbb xde kamera DSLR lagi…kalo ada baru besh buat photoblog sbg 1 lg hobi…

    [Reply]

    mancai Reply:

    @Akmal, aku pun mau sambar rasanya DSLR ni…

    [Reply]

  2. By madlut on May 18, 2010 | Reply

    hehe..aku pun belum ada dslr…best rasanya klu dapat sambar 1..haha

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @madlut,

    Mmg nak sambar pun 1…DSLR…huhuhu..beshh woo
    Tp kena kumpul duitla dulu

    [Reply]

  3. By mijie on May 19, 2010 | Reply

    sy pun mempunyai keinginan yg sama, tak sabar nak sambar dslr ni
    .-= mijie´s last blog ..Duit Hasil Blogging =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mijie,

    Nampaknya orang yg “gila” teknologi mmg begini…samalah kita…

    Kalo ada duit lebih mmg sambar 1 bijik DSLR :D

    [Reply]

  4. By Shaffik on May 22, 2010 | Reply

    Bro ade limit ker upload gambar ke sini?
    .-= Shaffik´s last blog ..Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging? =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Shaffik,

    Xde limit langsung…ianya mcm wordpress jugak, tp versi PhotoBlog punya..

    Amat sesuai utk ko tunjukkan hasil2 gambar ko yg snap sbg part time wedding photographer…cubalah…

    [Reply]

  5. By zik on May 22, 2010 | Reply

    owh macam WP.. tapi dia lebih kepada photo lah ek bro???
    .-= zik´s last blog ..Adab berzikir =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zik,

    Yup…fokus lebih kepada Photo…

    [Reply]

  6. By sangilapi on May 23, 2010 | Reply

    yang paling best ia semudah wp,main klik-klik je :) …betul-betul menarik ni.
    .-= sangilapi´s last blog ..cita-cita dan cinta =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Yup, betul tu…main klik2 je…heheheh

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge