Malas nak tulis blog, jadi aku copy paste kan 2 dialog yang menarik untuk dibaca bersama dari email yang di forwardkan oleh kawan ku untuk renungan bersama.
Tidak semua perkara yang benar itu logik
Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:
OK: Kenapa kamu wudhuk?
OM: Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut
OK: Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: Ini arahan Tuhanku, aku taat saja
OK: Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali
OM: Kebenaran itu tidak semestinya logik
OK: Apa buktinya?
OM: Jom ikut aku
OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.
OK: Aduh tangan aku sakit…tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah…inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.
OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan….
Tidak semua perkara yang logik itu benar
Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)
OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah…manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah….tdk terasa apa-apa….
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa…
OK: Ah…tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak
OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK
Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM
Hakim: Mengapa kamu lempar tanah kepada OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR
Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.
Sumber: email
ps: Sekadar renungan bersama
No related posts.










By sangilapi on Jun 16, 2010 | Reply
moral of story…kena bijak dalam menjawab persoalan dari mereka yang suka memperendahkan kepercayaan kita atau yang inginkan sebuah kepastian
sangilapi´s last [type] ..tanda di tubuh
[Reply]
Akmal Reply:
June 16th, 2010 at 9:58 pm
@sangilapi,
Yup betul tu…kita perlu memperbanyakkan lagi membaca bahan agama agar dapat menjawab persoalan yg diajukan oleh org lain yg ingin mendalami perihal agama suci kita…
[Reply]
By syahrilhafiz on Jun 16, 2010 | Reply
wow suka ak entry macam ini…
erm betul cakap sangilapi. kena terangkan lebih detail lagi kepada bukan islam ini ttg keindahan islam =)
syahrilhafiz´s last [type] ..Apabila korang mengomel???
[Reply]
Akmal Reply:
June 16th, 2010 at 10:02 pm
@syahrilhafiz,
Terima Kasih, sekali sekala best juga layan dialog sebegini utk renungan bersama antara logika dengan amalan dlm agama kita.
Setiap apa yg Tuhan suruh, ada rahsianya tersendiri.. solat pun ada beribu2 khasiatnya jika di kaji betul2 secara saintifik…
[Reply]
By mijie on Jun 16, 2010 | Reply
yang pasti, ada benda tidak boleh bersandarkan pada logik akal semata2…
mijie´s last [type] ..Google pun demam bola piala dunia 2010 juga
[Reply]
Akmal Reply:
June 16th, 2010 at 10:03 pm
@mijie,
Yup betul tu boh,
Akal logik kita ni sangatlah terbatas….
[Reply]
By ichwana on Jun 16, 2010 | Reply
terima kasih atas informasinya.. Memang cukup abnyak yang tidak bisa dilogikakan..
kunjungi juga website kami http://www.unand.ac.id dan blog saya di ichwana.blogdetik.com
[Reply]
Akmal Reply:
June 16th, 2010 at 10:17 pm
@ichwana,
Sama-sama
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang kecil ni…
Insya Allah, saya akan lawatinya…
Tuan pun selalu2 lah juga lawat blog saya yek…
Makasihh…
[Reply]
By donnyien on Jun 17, 2010 | Reply
Salam ziarah.
Nice post and blog.teruskan…
donnyien´s last [type] ..Jadual Waktu Siaran Perlawanan Piala Dunia 2010 RTM TV 1 & 2
[Reply]
Akmal Reply:
June 17th, 2010 at 8:50 pm
@donnyien,
TQVM
Selalu lah datang melawat yek
[Reply]
By mancai on Jun 17, 2010 | Reply
memang logik akal dan logik fikiran.. terima kasih bro… bukan senang nak dapat artikel minda yang macam nie…
[Reply]
Akmal Reply:
June 17th, 2010 at 8:53 pm
@mancai,
Akal dan logik fikiran kita amatlah terbatas…
Apa yg tuhan suruh itu ada maknanya kerana tuhan mengetahui segala2nya…
Petik drpd email yg kawan bg, post je lah kt sini utk sharing bersama
[Reply]
By Thoha on Jun 17, 2010 | Reply
menarik artikel ni..jangan hanya berfikir secara logik semata-mata..
[Reply]
Akmal Reply:
June 17th, 2010 at 9:00 pm
@Thoha,
Yup, betul tu
[Reply]
By Shaffik on Jun 19, 2010 | Reply
Satu entri yang baik sekali. Membuatkan visitor berfikir sejenak tentang kehidupan sebagai makhluk tuhan. Dan bagaiman untuk merealisasikan logik atau tidak dalam kehidupan.
Shaffik´s last [type] ..Kerja Kosong, Kerja Kosong, Kerja Kosong…
[Reply]
Akmal Reply:
June 20th, 2010 at 4:50 pm
@Shaffik,
Yup…logik adalah sesuatu yg abstrak… susah utk menentukan adakah logik itu betul atau pun tidak(hal2 tertentu)
[Reply]
By lazaac on Jun 20, 2010 | Reply
sometimes logik tu kena pada tempatnya, tapi kadang2 terlalu logik pun tak leh guna…
lazaac´s last [type] ..Proses Mengedit Video Kini Lebih Mudah Dengan “YouTube’s Cloud Based Video Editor”.
[Reply]
Akmal Reply:
June 20th, 2010 at 4:51 pm
@lazaac,
Yup, betul tu…
[Reply]
By azizan4444 on Jun 21, 2010 | Reply
bnyk pengajaran yg boleh d ambil drp dialog kt ats ni..mmg btol kdg2 bnda logik tu tiada benar
azizan4444´s last [type] ..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang
[Reply]
Akmal Reply:
June 21st, 2010 at 11:25 pm
@azizan4444,
Logik yang benar tidak semestinya betul2 logik.
[Reply]
By zik on Jun 23, 2010 | Reply
erm peringatan untuk diriku….
zik´s last [type] ..Jersey untuk dijual
[Reply]
Akmal Reply:
July 3rd, 2010 at 12:15 pm
@zik,
Salaing mengingati ant 1 sama lain… heheheh
[Reply]
By suri on Jul 2, 2010 | Reply
kena bijak goreng baliklah pada fakta yang tepat..batulah dia akan faham spnuhnya..
[Reply]
Akmal Reply:
July 3rd, 2010 at 12:16 pm
@suri,
Yup betul tu… hanya org yg bijak berdebat je boleh goreng dgn baik punya…
[Reply]
By haru on Jul 8, 2010 | Reply
fuh..terbaek cite..pnuh ngan makna
haru´s last [type] ..Bisnes- Kucing Eksotik RM10 00000 seekor-
[Reply]
Akmal Reply:
July 15th, 2010 at 11:21 pm
@haru,
Yup… sangat mendalam maknanya…
[Reply]
By samdaddycool on Jul 15, 2010 | Reply
Sangat menarik dan penuh dengna makna. Disitulah letaknya akal dan ilmu untuk menjawab segala tohmahan dan persoalan.
[Reply]
Akmal Reply:
July 15th, 2010 at 11:22 pm
@samdaddycool,
Hanya org2 yg tertentu sahaja boleh menjawab persoalan sebegini dengan penuh hikmah dan mendalam…
[Reply]