Mar
9th

Salaat Time: Perisian Waktu Solat Terkini

Files under Software | Posted by Akmal


Solat adalah tiang agama dan tanpa tiang itu nilai-nilai agama dalam diri seseorang itu akan hilang atau runtuh. Dengan itu salah satu cara untuk mengingatkan kita sebagai seorang Muslim tentang waktu solat terutama semasa kita sibuk bekerja di pejabat atau sedang berhadapan dengan komputer adalah melalui perisian PERCUMA  Salaat Time.

Salaat Time adalah perisian berunsur Islam yang mempunyai pelbagai fungsi dan fungsi utama semestinya  memberitahu waktu solat  dan juga boleh menentukan arah kiblat di mana sahaja kedudukan anda di dunia. Untuk download perisian percuma ini, anda bolehlah ke www.salaattime.com untuk download. Setelah ia di download dan di install pada komputer anda, ia akan berfungsi apabila ikon kaabah tertera di bahagian sudut kanan bawah di taskbar. Apabila tiba waktu solat, azan akan kedengaran menerusi speaker komputer anda. Selain itu,  software ini juga menyediakan kalendar Hijrah dan Masihi untuk memudahkan rujukan.



Perisian ini bersaiz kira-kira 12MB sahaja.  Perisian ini didapati sangat mudah digunakan dan sesuai untuk sebarang OS Windows. Ia menunjukkan waktu solat yang hampir tepat berdasarkan jam di komputer anda.  Selain azan, ia juga menyediakan bacaan ayat suci Al-Quran baik yang terpilih. Tidak susah untuk pertama kali menggunakanya, perisian ini juga ada disediakan dalam bahasa Melayu. Apa yang penting, anda rajin-rajinlah explore dahulu perisian ini. Ada banyak lagi fungsi-fungsi lain yang tidak diterangkan disini seperti mencetak waku solat, keselamatan, doa dan lain-lain.

Akhir sekali, diharap pengunaan teknologi perisian ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. :)


Percuma Download Perisian ==> Salaat Time

ps: Perisian Salaat Time boleh dijadikan sebagai reminder anda di kala berada di hadapan komputer

Related posts:

  1. PrimoPDF: Perisian Converter PDF Percuma No. 1 Kebanyakan dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik. Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar...
  2. World Clock Time Zone Anda ada kawan di Mesir? Jordan? London? Ingin chatting dengannya melalui YM/MSN/Skype.  Semestinya anda ingin tahu waktu bilakah anda boleh...
  3. 1st Time Candat Sotong@Tengah Laut Pada hari khamis malam 16 April lalu, buat pertama kalinya dalam hidup aku pergi mencandat sotong di tengah Lautan. Aku...
  4. SahurBerbuka.Info & TimeToBuka.Com : 2 laman web memaparkan waktu berbuka & Imsak Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, AP ingin memperkenalkan 2 laman web yang sangat berguna untuk anda gunakan sepanjang bulan...
  5. WitnessGaza.com & LifeLine4Gaza.org: Informasi Terkini Konvoi keamanan Freedom Flotilla Ke Palestin Seperti yang dimaklumkan bahawa sekarang ini satu konvoi bantuan kemanusian iaitu Konvoi Bantuan Antarabangsa Flotilla sedang dalam perjalanan ke Palestin...


6 Responses to “Salaat Time: Perisian Waktu Solat Terkini”

  1. By mancai on Mar 10, 2010 | Reply

    memang terbaik perisian ni… lama dah aku gunakan….
    .-= mancai´s last blog ..Gunakan kebijaksanaan nak jadi kaya =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Aku baru guna…sbb baru jumpa :) , jd share lah kat sini.

    [Reply]

  2. By zik on Mar 11, 2010 | Reply

    Alhamdulillah.. bagus nie…. :-)
    .-= zik´s last blog ..Industri Animation di Negara kita =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Yang baik kita amik, yg x baik jangan kita ambik :)

    [Reply]

  3. By Thoha on Mar 20, 2010 | Reply

    terima kasih atas perkongsian ni ye..
    dh try download n nk try guna nanti,,
    .-= Thoha´s last blog ..Langkah-langkah Dan Motivasi Menghadapi Peperiksaan =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Thoha,

    Sama2 bro. Perkara yg baik kita kongsi2kan…X gitu.. :D

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge