Aug
31st

Salam Merdeka 2009

Files under Special | Posted by Akmal

Alhamdulillah, hari ini 31 Ogos 2009 kita rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-52 di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita menyambut kemerdekaan kali ini dengan membuat perkara kebaikan seperti sembahyang hajat/kesyukuran dan bersama2 membaca Yassin mendoakan negara tercinta ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur dari segala aspek. Tetapi dari hari ke hari, politik negara semakin panas dengan isu-isu panas, aku bukan lah penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang. Aku hanya menyokong yang mana benar sahaja.

Ape pun, layan kan video YouTube diatas yang bertajuk 10 Tahun Sebelum Merdeka part 1, kesemua ade 4 part. Yang lain tu korang cari la sendiri kat YouTube :) .

Aku juga sangat bersyukur kerana akhirnya stimix aku telah kembali pulih seperti biasa selepas down selama hampir 1 bulan. Selepas membuat 2 report kepada TMnut dan bagi komen pedas2 punya kat kontraktor yang datang baiki secara sambil lewa stimix kat rumah aku. Rupa2nya kabel luar kat tiang punca problem. Huh…susah betullah TMNut ni nak baiki, diorang selalu suspek user problem. Sorry lah, ICT ni memang bidang kerja aku, aku tau lah yg mana betul dan yang mana salah. Cisss…

ps: Bersyukurlah dgn apa yang ada…


5 Responses to “Salam Merdeka 2009”

  1. By baloot on Aug 31, 2009 | Reply

    ha, apa lagi yang ditunggu. boleh la ber-blog dengan kencangnya. huhu..

    salam kemerdekaan jugak dari baloot.

    p/s: bulan puasa ni keje shif mcm dulu jugak ke bos?
    baloot´s last blog ..10 Plugin Untuk Jadikan Blog WordPress Sebagai Portfolio Websites My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. By Akmal on Sep 1, 2009 | Reply

    Heheheh…alhamdulillah…stimix kembali berfungsi…baru lah terasa sinar kebahagian..heheheh

    Bulan pose ni keje shif sama, x berubah, cuma waktu kerja tu dipendekkan sedikit la…Buko poso sore lah kt ofis kalo hari bekerja…

    [Reply]

  3. By abdfatah on Sep 1, 2009 | Reply

    konduktor tu nak kelentong ko ke? hehehe…

    salam merdeka laa untuk semua..

    gelap gelita kan tanpa streamyx biarpun sekejap… sebulan macam setahun daaa… hahahaha.
    abdfatah´s last blog ..Selamat Hari Merdeka Ke 52 My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. By luthtextile on Sep 1, 2009 | Reply

    best! sejarah

    [Reply]

  5. By Akmal on Sep 6, 2009 | Reply

    Abd Fatah: Kontraktor laa… bukan konduktor :)
    luthtextile : Sejarah mmg best, byk benda yg kita x tahu sebenarnya…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled