Salam Merdeka 2010!!!
Alhamdulillah, syukur kepada ilahi tahun ini kita sekali lagi menyambut kemerdekaan dalam keadaan aman makmur di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Tahun ini adalah tahun yang ke-53 Malaysia menyambut kemerdekaan. Tema bagi sambutan kemerdekaan tahun ini ialah 1Malaysia, Menjana Transformasi. Semoga kita semua rakyat Malaysia dapat bersatu padu dan terus menerus menjana kemajuan dari semasa ke semasa dalam keadaan harmoni sentiasa. Bukan senang nak cari negara aman seperti di Malaysia yang mana 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dapat hidup dengan penuh aman damai, bebas melakukan aktiviti keagamaan dan adab masing-masing tanpa sekatan serta bergaul mesra antara 1 sama lain. Negara lain yang hanya sebangsa tapi berbeza agama pun ada juga peperangan, contohnya India & Sri Lanka.
Walaupun sejak kebelakangan ini keadaan politik semasa yang selalu je panas dengan isu-isu tertentu. Diharap perkara ini tidak melampaui batas dan hingga boleh menjejaskan kerharmonian negara. Semoga dengan adanya dua pakatan parti yang berbeza dan sama kuat ini akan memberi faedah kepada rakyat, bagus juga ada 2 pakatan parti yang berbeza pendapat kerana ia akan memberi saingan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, cuma di harap janganlah melampaui batas undang-undang dan perlembagaan yang telah sedia ada.
Akhir sekali, bersyukurlah kita kerana berada di negara yang penuh aman damai, bebas dan makmur kerana setiap yang berlaku, ada positif di dalam negatifnya.
ps: walaupun pada kali ini aku tidak menunjukkan sangat semangat patriotik Malaysia melalui blog ini, ini tidak bermakna aku tidak bersemangat patriotik, lagipun banyak koding dan design yang perlu dilakukan, hanya kekangan keadaan dan masa sahaja, lagipun tidak semestinya kita hanya perlu patriotik di bulan Merdeka sahaja…sepanjang tahun pun boleh juga kan.
Related posts:
- Salam Merdeka 2009 Alhamdulillah, hari ini 31 Ogos 2009 kita rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-52 di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini....
- Salam Aidilfitri 2011/ 1432H, Maaf Zahir Batin & Salam Merdeka ke-54 Esok Hari Raya Aidilfitri menjelma lagi, syukur ke hadrat ilahi kerana kita sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun...
- Salam Ramadhan 1431H/2010 Sempena bulan Ramadhan yang sudah bermula hari ini, di sini pihak aktechpage.com ingin mengucapkan Salam Ramadhan 2010/1431H & Selamat Berpuasakepada...
- Salam Aidilfitri 2010/ 1431H, Maaf Zahir Batin Hari ini Hari Raya Aidilfitri lagi, syukur ke hadrat ilahi kerana kita sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun...
- Salam Aidiladha 2010/ 1431H Hari ini, 10 Zulhijjah 1431H bersamaan dengan 17 November 2010. Seluruh umat Islam di Malaysia merayakan Hari Raya Aidiladha /...










By syahrilhafiz on Aug 31, 2010 | Reply
salam merdeka bro….=)
syahrilhafiz´s last [type] ..Sindrom Seorang Blogger
[Reply]
Akmal Reply:
September 1st, 2010 at 4:09 am
@syahrilhafiz,
Salam MERDEKA kembali bro
[Reply]
By zezebel on Sep 1, 2010 | Reply
Tak lambat lagi kot.
Salam merdeka ke 53 tahun juga.
PS: blog ni di detect ada malware untuk gengblogger.com guna google chrome.
zezebel´s last [type] ..WW- What do my hand need
[Reply]
Akmal Reply:
September 1st, 2010 at 8:17 am
@zezebel,
Salam Merdeka
Oh ye ke… ada Malware..thx for info..
[Reply]
By etomyam on Sep 1, 2010 | Reply
sejujurnya agak terkeliru dengan suasana semasa, di tengah2 k’jaan sibuk mencanang 1malaysia, banyak pula idea2 dan cetusan perkauman muncul huhuhu
etomyam´s last [type] ..Anugerah Top Blogger Merdeka Award 2010
[Reply]
Akmal Reply:
September 1st, 2010 at 11:43 pm
@etomyam,
Tu la pasal…malahan yang mencetuskan isu & perkauman tu pula diperbesar2kan dan dipolitikkan untuk kepentingan politik pihak tertentu… ditambah pulak dengan pengkritik yg hanya tau mengkritik sahaja bagaikan batu api.
[Reply]
By zik on Sep 1, 2010 | Reply
tak tahu apa pulak …macam2 berlaku ketika bulan puasa nie bro… ish2… apepun selamat menyambut kemerdekaan bro
zik´s last [type] ..Namewee bikin panas!!
[Reply]
Akmal Reply:
September 1st, 2010 at 11:44 pm
@zik,
Semoga keharmonian, keamanan dan kemakmuran ini dapat dikekalkan.
Lebih baik kita menumpukan usaha untuk memajukan negara daripada hanya tau mengkritik sembrono sahaja. Kritikan itu boleh ttp biarlah secara ikhlas…
[Reply]
By mancai on Sep 7, 2010 | Reply
salam merdeka…
[Reply]
Akmal Reply:
September 8th, 2010 at 8:29 am
@mancai,
Salam Merdeka kembali…
[Reply]