Sep
16th

Selamat Hari Malaysia 2010

Files under Special | Posted by Akmal

Hari ini 16 September tahun 2010, buat kali pertama kita menyambut Hari Malaysia seluruh negara sejak Merdeka dan ia merupakan cuti umum pertama kalinya pada tahun ini. Semoga sambutan Hari Malaysia ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dan hubungan silaturrahim antara kita di Malaysia ini.

Apa itu Hari Malaysia?

Dibawah ini adalah petikan daripada Wikipedia mengenai Hari Malaysia.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

ps: Bulan Ogos dan September ni banyak betul hari peristiwa, bermula dengan Ramadhan, Merdeka, Musim balik kampung, Hari Raya, Pemasyhuran Sultan Kelantan dan Hari Malaysia…

Related posts:

  1. Video: Kompilasi Malaysia AFF Suzuki 2010, Sound Track Lagu Beshhh Hari ni hari Jumaat cuti so saje duk rumah merehatkan otak selepas 5 hari menggunakan otak sepenuhnya dalam menjalankan projek...
  2. Selamat Tahun Baru 2010 Tahun baru menjelma lagi, seperti biasa setiap tahun baru pasti seseorang itu akan ada azam tahun baru dan juga cuba...
  3. Malaysia Internet Summit 2010: Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia Pertama Buat julung-julung kalinya  Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia yang terbesar akan diadakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Putra...
  4. Akhirnya…. KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010 Akhirnya setelah menghadapi kegagalan pada cubaan pertama tahun lepas, akhirnya semalam Kelantan berjaya juga merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan...
  5. 1Malaysia F1 Team: Pasukan F1 Malaysia 2010 Selepas kejayaan penglibatan syarikat petroleum negara Petronas dalam sukan permotoran antarabangsa Formula One (F1) selama 14 tahun sejak menjadi penaja...


14 Responses to “Selamat Hari Malaysia 2010”

  1. By zik on Sep 16, 2010 | Reply

    selamat hari malaysia… :-)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zik,

    Tq2 … :)

    [Reply]

  2. By suri on Sep 16, 2010 | Reply

    indahnya Malaysiaku yang tercinta..semoga aman permai selalu..

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @suri,

    amin… semoga sentiasa aman permai selalu…

    [Reply]

  3. By madlut on Sep 17, 2010 | Reply

    salam mal,
    lama tak dengar cerita..
    selamat hari malaysia!!;)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @madlut,

    Waalaikumussalam…
    Lama x dgr citer??? ado sokmo citer kawe kt blog ni..
    Demo jah jarang2 mari lawati :D

    [Reply]

  4. By sunglasses on Sep 17, 2010 | Reply

    selamat hari Malaysia semoga perpaduan lebih kukuh dan Malaysia maju seiring negara maju lain

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sunglasses,

    Insya Allah… aminn..

    [Reply]

  5. By azizan4444 on Sep 18, 2010 | Reply

    selamat hari raya dan salam malaysia bro..semoga keamanan yg kite kecapi sekarang terus berkekalan..

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @azizan4444,

    Selamat Hari Rayoo jgk utk bro..

    [Reply]

  6. By suri on Sep 19, 2010 | Reply

    salam sahabat..
    selamat haru raya..
    selamat hari satu Malaysia.. rindu pula nak ke kl semula heeee

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @suri,

    wassalam…
    Uiksss… rindu KL dah… dah bosan duk kg la tu… :D
    Bukan haru raya, Hari Raya lahh…heheh

    [Reply]

  7. By khairolghani on Sep 19, 2010 | Reply

    selamat hari raya dan selamat hari malaysia..sekarang ni semua malumat di hujung jari..taip je kat google,keluar la macam2

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @khairolghani,

    Yeahhhh… betul tu… semua maklumat hanya di hujung jari anda…. Zaman Internet kan loni…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge