Tahun baru menjelma lagi, seperti biasa setiap tahun baru pasti seseorang itu akan ada azam tahun baru dan juga cuba merenung kembali apakah azam tahun 2009 sudah tercapai atau tidak? Sebenarnya aku nak tulis azam tahun baru pada 18 Dis 2009 yang lalu sempena tahun baru Islam Maal Hijrah 1431, tetapi hari tu aku terpaksa drive dr awal pagi hingga ke petang kerana berkursus di KL. Jadi tundalah ke hari ini je. Kali ini aku hanya ingin menyentuh perihal azam penglibatan aku dalam dunia online sahaja terutama blogging.
Pencapaian Sepanjang 2009
Alhamdulillah, sepanjang tahun 2009 aku dapat update blog aku ini secara konsisten selepas tahun 2008 tidak begitu sangat konsisten kerana kemalasan yang melanda diri dan juga kesibukan karier di sebuah syarikat akhbar swasta bumiputera dimana diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal ICT di Kelantan & Terengganu. Tahun 2009 juga adalah tahun pertama menggunakan wordpress sbg platform blogging selepas menggunakan Joomla. Pertukaran platform ini terpaksa di lakukan atas sebab-sebab yang tertentu dan antaranya ialah Joomla tidak begitu sesuai untuk dijadikan sbg blog personal dan banyak sangat plugin-plugin. Walaupun blog ini tidak begitu ramai komen, tetapi drpd feedback member2 aku yang aku kenali di dunia offline kebanyakan drpd mereka lebih suka menjadi silent reader di sini. Xpelah, asalkan aku dapat berkongsi sedikit ilmu di medium blog ini kerana ilmu yang disebarkan adalah amalan yang berpanjangan. Bukan senang seseorang itu nak berkongsi ilmu walaupun ilmu aku tidaklah sehebat ilmu2 orang lain. Yang penting sharing is caring.
Pada pertengahan tahun 2009 juga aku sudah mula aktif kembali dalam beberapa forum komuniti internet yang ada di Malaysia dengan menggunakan nickname yang baru iaitu sepertimana nama domain blog ini. Dulu menggunakan nickname yang xde nilai komersil langsung dan kebudak-budakan, insya Alllah dengan nickname yang baru ni, aku akan cuba aktif kembali dalam beberapa forum komuniti internet yang terpilih berdasarkan interest aku. Ini kerana dunia internet semakin hari semakin maju, jadi inilah peluang menambah kenalan baru ataupun meluaskan networking kerana lagi ramai kawan lagi bagus kerana dengan berkawan, kita dapat menambah pelbagai ilmu kerana setiap insan itu mempunyai pengetahuan dan kepakaran tersendiri. Tetapi berkawan di internet itu biarlah ikhlas yang ingin mengenali kita.
Apakah azam untuk tahun 2010?
Dibawah ini aku senaraikan 7 Azam Tahun baru untuk dunia online sahaja. Azam peribadi biarlah simpan di dalam hati sahaja, tidak semua boleh dedahkan semua sangat. Sometimes privacy is important.
- Update blog secara konsisten dengan post-post yang lebih menarik.
- Aktif dalam beberapa forum komuniti internet yang terpilih.
- Jadikan blogging sbg hobi, mengisi masa lapang, medium kenalan baru, mengasah skill penulisan dan bukannya utk mencari duit di internet semata-mata (Dapat duit adalah bonus).
- Aktif memberi komen di blog-blog lain especially blog yang beshh dan kenalan.
- Menyertai seberapa banyak apa-apa pertandingan yang di anjurkan oleh blogger lain.
- Mengasah skill dalam penulisan post-post Review seberapa banyak yang mungkin.
- Fokus dalam beberapa bidang internet marketing spt Adsense & CJ/ClickBank sahaja (Bergantung kpd keadaan semasa).
Itu sahajalah azam tahun baru 2010 untuk dunia online aku. Harap2 tercapai
.
ps: Best semalam countdown tahun baru 2010 sambil mendengar fuhyoo FM Dot Com, Syabas blogger2 dan IM yg menjadi DJ pada malam tahun baru 2010.







By hasbulaqill on Jan 2, 2010 | Reply
satu lagi nk tmbh
kene tukar jugak theme ni
tukar daya penarikan
[Reply]
Akmal Reply:
January 2nd, 2010 at 10:41 pm
Uk sementara waktu ni, belum ada rasa lg nk tukar theme, sbb rasanya theme ini masih lg elok digunakan.
Anyway, thnx for comments
[Reply]
By Thoha on Jan 2, 2010 | Reply
Salam bro…
semoga tahun 2010 membawa lebih byk kejayaan dalam kehidupan kita semua..
Thoha´s last blog ..Sikap yang positif adalah kunci kejayaan
[Reply]
By Akmal on Jan 2, 2010 | Reply
Thanks bro Thoha…
Insya Allah… ameennnn
[Reply]