Rasanya belum terlambat lagi untuk AP mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pelawat blog ini. Semoga tahun baru ini memberi keceriaan dan kebahagiaan kepada kita semua walaupun dikatakan tahun 2012 adalah tahun kiamat dunia!!??? Bole percaya ke ?? Bagi AP ia ibarat seperti khabar angin Y2K sewaktu dunia memasuki millenium baru 2000 yang dikatakan sistem komputer akan menghadapi kecelaruan. Tapi tak de apa-apa pun, biasa je. Bagi AP tahun 2012 yang dikatakan adalah tahun kiamat adalah ibarat gossip dunia sahaja. AP sangat-sangat berharap agar tahun baru ini AP tidak lagi menghadapi kesibukan yang amat sibuk dalam kerjaya AP sepanjang 6 tahun bekerjaya dalam bidang teknologi maklumat.
Sepanjang tahun 2011 adalah tahun yang paling AP tidak akan lupakan. Ini kerana banyak pengalaman dan pengajaran AP dapat dalam melaksanakan projek ICT pertama kerajaan. Tidak sangka sekali projek ini sangatlah susah untuk dilaksanakan kerana pelbagai bentuk halangan yang AP perlu hadapi sendiri tanpa dilatih oleh pihak atasan. AP hanyalah orang tengah sahaja dalam projek ini tetapi jikalau ada salah silap, AP akan sangat mudah untuk dipersalahkan. Antara halangan tersebut ialah kekurangan pakar dan sokongan daripada syarikat vendor, kekurangan kerjasama dari kakitangan pejabat, ketiadaan unit ICT, ketiadaan prosedur pelaksanaan ICT yang spesifik di pejabat, ketiadaan budaya ICT di tempat kerja, politik pejabat yang sangat kuat, kekurangan pengetahuan dan kepakaran AP dalam memahami aliran sistem kewangan (Mana la AP tahu cara kerja kewangan) dan lain-lain lagi. Namun begitu, banyak AP dapat pelajari daripada masalah tersebut terutama dari segi pengurusan projek kerajaan.
AP sangat berharap agar tahun ini tidak lagi tertekan dengan kerja dan karenah ragam manusia dalam melaksanakan projek ICT ini. Lagipun rasanya sistem komputer kewangan ini telah beroperasi, cuma perlu menyemak adalah betul atau tidak dari sehi hasil keputusan kewangannya.
AP: Kerja swasta dengan kerja kerajaan memang jauh bezanya, terutama dalam Kerajaan Tempatan.
Related posts:
- Selamat Tinggal 2011: Tahun Kerjaya AP Paling Sibuk Tahun 2011 sudah lama berlalu, berlalunya 2011 betul-betul dapat AP menarik nafas lega selepas berhempas pulas selama setahun untuk menjayakan...
- Selamat Tahun Baru 2011 Sekali lagi kita menyambut tahun baru 2011, setahun berlalu 2010 sudah berlalu. Malam tahun baru aku takde pergi sambut mana-mana....
- Selamat Tahun Baru 2010 Tahun baru menjelma lagi, seperti biasa setiap tahun baru pasti seseorang itu akan ada azam tahun baru dan juga cuba...
- Selamat Ulang Tahun ke – 5 AkTechPage.Com Alhamdulillah, pada 30 Jun 2011 lalu. AktechPage.Com telah mencapai usia 5 tahun online di dunia blog Malaysia. Tetapi sayangnya masa...
- Selamat Ulang Tahun ke – 4 aktechpage.com Hari ni tanggal 30 Jun 2010, genaplah blog aktechpage.com ini berusia 4 tahun. Pada tarikh ini lah aku membeli domain...










By tehr on Feb 5, 2012 | Reply
Selamat tahun baru dan selamat bertugas
Aku bab politik dalam pejabat tu yg aku malas sagat nak ambil tahu
Memang sangat pening kepala
[Reply]
Akmal Reply:
February 5th, 2012 at 11:18 pm
@tehr,
Senang citer…x yah pikir politik pejabat ni… wat derkkk jee laa…
Senang hati dan relakss…
[Reply]