Tahun 2011 sudah lama berlalu, berlalunya 2011 betul-betul dapat AP menarik nafas lega selepas berhempas pulas selama setahun untuk menjayakan projek ICT kerajaan pertama aku sejak menjadi Pegawai Teknologi Maklumat. Tidak AP sangka sama sekali projek ini menghadapi pelbagai halangan dan kesukaran dari segi sokongan vendor, karenah pengguna, kekurangan fasiliti, politik pejabat dan kekurangan pengetahuan AP sendiri dari segi perakaunan. Namun begitu tahun 2011 AP betul-betul fokus kepada teknikal dan mempelajari sistem kewangan ini dari segi teknikal komputer dan pengetahuan pengurusan kewangan sesebuah organisasi PBT.
Prinsip AP dalam kerjaya adalah “Kerja Adalah Ibadah“. Ini kerana melalui sumbangan kerja kita di pejabat, kerja yang kita lakukan dapat memberi manfaat kepada orang lain yang menggunakannya, contohnya sistem kewangan ini. Sedikit sebanyak dapat membantu kaitangan pejabat tersebut memudahkan menyimpan rekod dan tidak perlu lagi mengira secara manual. Semuanya akan di kira secara automatik menggunakan komputer. AP hanya perlu memeriksa adakah betul atau tidak sistem kewangan tersebut sebagaimana dikehendaki oleh perakaunan.
Jadi berlalu sudah tahun 2011, tahun yang paling sibuk kerjaya AP sepanjang 6 tahun pengalaman kerja dalam bidang ICT sejak 2005.
AP: Tahun 2011 banyak mempelajari pengurusan kewangan dan akauntan
Related posts:
- Selamat Tahun Baru 2012: Moga Tahun Beri Keceriaan Kepada AP Rasanya belum terlambat lagi untuk AP mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pelawat blog ini. Semoga tahun baru ini...
- Selamat Tahun Baru 2011 Sekali lagi kita menyambut tahun baru 2011, setahun berlalu 2010 sudah berlalu. Malam tahun baru aku takde pergi sambut mana-mana....
- Selamat Ulang Tahun ke – 5 AkTechPage.Com Alhamdulillah, pada 30 Jun 2011 lalu. AktechPage.Com telah mencapai usia 5 tahun online di dunia blog Malaysia. Tetapi sayangnya masa...
- Selamat Tinggal SINAR HARIAN Akhirnya setelah berkhidmat selama lebih kurang 3 tahun setengah di Sinar Harian Kelantan dan Terengganu dan menjadi antara staff yang...
- 5 Blog Paling Kerap Di Lawati 2011 Demi menyahut sapaan daripada rakan blogger iaitu Saudara Mancai dari HairilHazlan.Com yang telah menyenaraikan AP dalam 5 Blog Paling Kerap...









