Nov
5th

Semangat Membara The Red Warriors

Files under Kelantan, Special | Posted by Akmal

Selepas 39 Tahun menunggu untuk ke Final Piala Malaysia, akhirnya pada 7 November 2009 ini pasukan bola sepak negeri kelantan atau lebih dikenali dengan gelaran “The Red Warriors” berjaya juga melangkah ke Final dan berpeluang untuk merangkul buat pertama kalinya Piala Malaysia jika dapat mengalahkan seteru utama iaitu pasukan Negeri Sembilan. Pertemuan ini bagaikan buku bertemu ruas. Walaupun dari segi rekod pertemuan banyak memihak kepada Negeri Sembilan sebelum ini tetapi aku yakin, pertemuan di Bukit Jalil ini The Red Warriors pasti tidak akan mudah mengalah dan akan berjuang habis-habisan untuk mencatatkan nama sebagai salah satu pasukan bola sepak di Malaysia yang merangkul Piala Malaysia yang berprestij ini.

Hari ini kepada semua warga Kelantan, harap anda semua dapat membeli Sinar Harian edisi Kelantan kerana komen aku di kawasan Pasir Mas muka surat K8 sebagai salah seorang penyokong setia The Red Warriors keluar hari ini…heheheheh….glamour gitu….(perasan seyhhhh :P )…

Pertandingan ini merupakan satu sejarah kepada Kelantan kerana ia buat pertama kalinya dapat beraksi di Final Piala Malaysia selepas 39 tahun menunggu peluang tersebut. Apa yang kami harapkan sudah tentulah kemenangan!!

Tapi sayang, aku tidak dapat ke Bukit Jalil bersama rakan-rakan lain kerana terpaksa mengikuti kursus Team Building di Agrotek Resort, Hulu Langat dari 6 Nov 2009 hingga 8 Nov 2009 anjuran daripada majikan aku. huhuhhu.. :( . Malam ni dah bertolak dengan menaiki bas ke Shah Alam, harap2 aku dapat menonton perlawanan melalui Siaran Langsung di kaca TV. Tapi tengok kepada jadual kursus, sangat padat juga lah, harap2 dapat menonton.

Related posts:

  1. Gambar: Peminat Bola Sepak Kelantan Merusuh Salam, sudah agak lama aku tidak update blog ini sejak masuk bulan April 2009. Ini disebabkan aku terpaksa ke Kuala...
  2. Piala Malaysia 2010: Kelantan vs N. Sembilan@FAM Pada malam ini, 30 Oktober 2010 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, tepat jam 8.45 malam. Sekali lagi Skuad Bola...
  3. Kelantan 4 Penang 1 Semalam, buat kali ke-2 dalam hidup aku masuk ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV tengok bola Liga Super Kelantan lawan...
  4. MALAYSIA Juara Piala AFF Suzuki 2010, Tersungkurnya KEEGOAN INDONESIA Huh… SYABAS pasukan bola sepak Malaysia terutamanya kepada Jurulatih K. Rajagopal, pemenang kasut emas Mohd Safee Mohd Sali, penjaga gol...
  5. Akhirnya…. KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010 Akhirnya setelah menghadapi kegagalan pada cubaan pertama tahun lepas, akhirnya semalam Kelantan berjaya juga merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan...


3 Responses to “Semangat Membara The Red Warriors”

  1. By seforr on Nov 16, 2009 | Reply

    semangat la sangat..hik3

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Apa yg penting??? Semangat lahh…biarpun kalah, janji semangat ada

    [Reply]

  2. By sya on Sep 14, 2011 | Reply

    apek kuatkan semangat k

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge