Sambungan dari Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 1
Sampai je ke tempat seminar, berjumpa lagi beberapa otai IM dan blogger yang lain seperti Mijie, Hasbull Aqil, Abang Nara (X tau pun blog dia BeautifulNara.com antara yg paling top dalam entertainment blog skrg ni masa mula2 jumpa), WanMus.com, Nueman, Boss HujanBatu.com dan lain-lain lagi. Sembang2 kejap sambil berkenalan secara tak rasmi dengan peserta-peserta yang lain. Lagipun bukan selalu aku bangun awal pagi, sebab selalunya lepas subuhla aku tido kerana habis kerja selalunya pada jam 1 atau 2 pagi, sampai rumah pun bukannya terus tido.Selalunya akan layan ASTRO atau surf internet ataupun lepak dengan kawan-kawan sampai subuh.
Tepat jam 8.30 pagi semua masuk bilik seminar, sebelum tu peserta perlu daftar dahulu. Dapatlah sedikit cederahati dan pertama kali jugalah aku bertentang mata dan bertegur sapa dengan brother Nueman yang ibarat bonzer je semasa memberi cederahati sumbangan Wan Mus Technologies kepada aku dan juga peserta lain. Seminar di mulakan dengan ucapan alu-aluan daripada penganjur iaitu saudara Wan Mus, kemudian dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Nueman (selepas jadi bonzer, jadi ustaz la pulak
).
Maka bermulalah seminar blogging apabila saudara bro ijad memulakan talknya yang penuh dengan kata-kata inspirasi dan semangat untuk bloggers yang ingin menjadi blogger kental ini. Bagi aku talknya sangat bersahaja dan sempoi dan tidak terlalu hype. Aku duduk di sebelah Mijie iaitu salah seorang peserta yang paling cemerlang antara semua peserta kerana telah pun pecah telur sebelum masuk seminar lagi. Mamat ni memang dahsyat, mijie adalah Tuan Punya blog MuhammadTarmizi.com. Antara apa yang tidak boleh aku lupakan semasa sessi sebelah pagi ialah semua peserta sebut ramai-ramai dengan kuat macam sekolah rendah dulu-dulu frasa kata iaitu:
Kita selalu LIHAT tapi kita tidak LIHAT ‘BETUL-BETUL
Semuanya sebut ramai-ramai 3 kali, hahahah…. Apapun frasa ini memberi makna mendalam kepada aku. Kerana inilah selalu kesilapan yang aku buat dalam sesuatu perkara. Aku takkan akan memberitahu apa yang Bro Ijad nyatakan dan ajar dalam seminar tersebut. Ini kerana adalah untuk menjaga hak copyright Seminar Smart Blogging. Sape yang nak tahu joinlah Seminar Smart Blogging yang akan datang. Bila?? Hanya bro Rohaizad ini sahaja yang boleh memberi jawapan.
Sepanjang seminar ini peserta telah di jamu makan sebanyak 3 kali iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan petang. Yang paling besh semestinya makan tengah hari iaitu hidangan Nasi Ayam Penyek, pertama kali aku dapat makan benda ini. Tapi sebelum makan tu perut aku membuat onar pulak, terpaksalah aku terkejar-kejar ke tandas dan membuat pelaburan yang perlu. Heheheh… Tetapi sempat juga makan Nasi Ayam Penyek ini walaupun orang last sekali ambik makanan, rasa ayamnya memang sangat sedap, sup pun memang terasa dan yang paling besh ialah sambalnya, keluar juga air mata jantan aku ni semasa makan
. Tetapi aku x sempat nak ambik banyak tempe goreng, antara favourite aku jugak ni.
Selepas waktu makan tengahari dan solat, baru lah Saudara Ijad mendedahkan teknik powernya dalam membuat side income melalui blogging. Nampak mudah tetapi memerlukan masa dan konsistensasi yang tinggi. Hanya blogger yang kental sahaja mampu melakukannya. Bak kata pepatah melayu, Kalo Hendak Seribu Daya, Kalo Tidak Mahu Seribu Dalih. Pada sesi akhir seminar, beberapa bekas peserta senior tampil memberi testimonial membuat side income melalui Blogging ini iaitu Saudara Nueman.com, Shaffik.com, WanMus.com dan RezaMohyin.com.
Akhir sekali kesemua peserta di tauliahkan dengan pemberian sijil penyertaan yang mempunyai Cop UTM tu dan bergambar beramai-ramai. Semasa aku hendak pulang, bro Ijad menghantar aku sendiri ke Terminal Larkin, malam itu juga aku terpaksa balik Kelantan kerana esok petang Isnin dah kena keje.
Kesimpulan dari Seminar Smart Blogging
Pada pandangan aku, potensi blogging sangat tinggi kerana blog/website adalah benda yang paling penting selepas internet. Jika internet tiada blog/website, apa gunanya fungsi internet kan? Lagipun kebanyakan program menjana duit daripada internet mesti kena ada website/blog sebagai salah satu cara promosi yang paling efektif melalui internet. Contohnya Adsense, ClickBank, Comission Junction, Produk Fizikal/Digital, Amazon, Chitika dan lain-lagi semuanya memerlukan website/blog yang boleh menarik traffik tinggi untuk menjana duit daripada program-program pengiklanan internet ini. Semakin traffik tinggi blog semakin besarlah potensi jualan di internet. Tetapi dalam seminar ini bukan sahaja diajar mengenao blog sahaja, tetapi juga ditunjukkan bagaimana cara kerja untuk Internet Advertising di peringkat antarabangsa.
Sebab itulah aku sanggup sertai seminar ini walaupun ianya yang pertama kali aku sertai di luar Kelantan dan juga yang paling jauh. Adakah berbaloi aku pergi ke Seminar Smart Blogging ini? Aku pun x pasti adakah aku mampu untuk menjadi blogger kental sepertimana Bro Ijad dan juga blogger-blogger senior yang lain yang telah terbukti menjana side income daripada blogging. Lagipun antara sebab aku menyertai seminar ini adalah blogging merupakan salah satu hobi yang aku selalu buat di waktu ketika lapang, ye la…kerja pun depan laptop. Kadang-kadang bosan juga apabila perlu kena standby di pejabat tanpa membuat apa-apa (Apabila semua kerja dah setel). Lebih baik menulis sesuatu kerana di sekeliling di tempat kerja aku dikelilingi oleh wartawan yang selalu membuat bising dengan keyboard menulis berita, jadi aku pun nak buat jugalah sibuk-sibuk dengan menekan keyboard. Asyik-asyik tekan mouse je setting server, networking dan sistem, heheheh… Terpengaruh juga lah sikit.
Akhir sekali , harapan aku agar dapat menjadikan hobi blogging ini lebih bermakna dengan membuat side income yang sedikit sebanyak membantu aku dalam bahagian kewangan. Buat masa ini biarlah masa yang menentukan adakah ianya berbaloi ataupun tidak ke Seminar Smart Blogging ini. Aku perlu mencari rentak dahulu dalam bidang ini, kalo dah dapat tunenya nanti, insya allah menjadilah tu. Lagipun sambil berblog boleh juga menambah pengetahuan tentang sesuatu perkara.
ps: Sumber gambar ==> http://www.facebook.com/album.php?aid=21215&id=1834527586
ps2: Credit thx pictures taken by Mr.Shaffik.com
ps3: Kepada peserta lain yang tidak disebut dalam blog post ini, maaf bebanyak aku lupa lah alamat blog korang, jika ada tolong letak kt dalam komen ini disini (Cara kejam suh org komen
)
Related posts:
- Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 1 Seminar Smart Blogging 25 April 2010 UTM Skudai Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menyertai seminar Smart Blogging anjuran Rohaizad Dot...
- Offline: 19 – 29 Julai 2010 (Cuti daa…. ) Kalau cuti daripada Online, itu bermakna aku Offline la kan??… Rasanya X pernah lagi bercuti daripada Dunia Online, sama ada...
- aktechpage.com di rumah baru: KLServer.biz Huh agak lama juga tak buat post ni, ade lah dekat 13 hari (Dekat 2 minggu tu!!!). Terima kasih kepada...
- 7 Sebab Mengapa Aku Suka Blogging Blogging adalah satu aktiviti perhubungan yang begitu efisyen dan menjadi satu alat atau kelengkapan yang menarik,dimana ia digunakan secara meluas...
- Kekangan Masa Blogging & BlogWalking: Januari 2011 Mungkin ramai kawan2 blogger yang selalu singgah di sini dan tidak melihat post-post baru dalam terdekat kini, selalunya aku akan...














By mijie on May 4, 2010 | Reply
bro mana ada dasyatnye…aku insan yang lemah..
aku biasa2 je…
p/s: patutlah terbahak aku pagi tadi…ada orang mengumpat rupanya, ahahha
.-= mijie´s last blog ..Hilang arah dan jati diri =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 4th, 2010 at 1:11 pm
@mijie,
Aaahhh.. aku kira dasyat juga…
Antara peserta seminar…
Tp mgkn lebih dasyat lg kot lps ni
ps: mengumpat kot blog x pe, org yg kena umpat tu bole baca balik…
[Reply]
By mancai on May 4, 2010 | Reply
wah menarik ni… ada masa memang aku nak sertai gak… ilmu mesti kena tuntut walau jauh mana pun… betul tak semestinya dalam ICT tak boleh tahu perkara2 luar kawasan pemikiran…
[Reply]
Akmal Reply:
May 4th, 2010 at 8:08 pm
@mancai,
Join je bro..memang beshhh… ICT ni mmg banyak cabang ilmunya..kadang2 x terkejar kita nak tau kesemuanya…
[Reply]
By zik on May 4, 2010 | Reply
wah macho siot bro (time amik sijil tuh)… nak sign… ngeh2..
.-= zik´s last blog ..Mereka yang sempoi mac&april 2010! =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 4th, 2010 at 8:12 pm
@zik,
Aiseh men, malu pulak aku…
[Reply]
hafizmd Reply:
May 7th, 2010 at 12:35 pm
@zik, aku mmg dah lame dah perasan si jejaka ni..senyum manis jer..hehehe
.-= hafizmd´s last blog ..5 tips di bilik tidur.. =-.
[Reply]
By sangilapi on May 5, 2010 | Reply
weyy…zalim lah ko ni,akmal…bila gambar ramai-ramai tu kasi tau lah nama member-member sebelah ….aku pun nak kenal batch 25 april ni
aku dah kenal mijie,madlut,zz,nara,linn,arifin(sebelah ko dalam dewan seminar,betul ke?)
.-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 5th, 2010 at 4:34 pm
@sangilapi,
Errr…alamak, senior SSB mare aku ler, hehehe…
Ha ah, Tuan Arriffin yg pakai spek tu duk sebelah aku…dia ada blog x??
ZZ tu sape yek??
[Reply]
sangilapi Reply:
May 5th, 2010 at 7:24 pm
@Akmal,
laa…zz tu lah yang aku cakap,muka sama dengan ko(mata aku tengok lah)…http://zuraidizainol.com/.
blog arriffin,aku pun tak tau…hehehe…tunggu dia memperkenalkan diri kat FDB
.-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 6th, 2010 at 7:03 am
@sangilapi,
Ooooo..I see…mana lah eden tau namo pendeknyo ZZ…rupa2nya ZuraidiZainol.com…
[Reply]
Zuraidi Zainol Reply:
May 6th, 2010 at 8:42 pm
@sangilapi, time seminar SB, mmg xde pon org yg panggil aku zz. hehe
Ijad pun panggil Zuraidi / Di. tapi bagi aku, zz pun ok jgk.
[Reply]
By madlut on May 5, 2010 | Reply
haha..ko makan apa sampai perut ko membuat onar? nasib tak terkentut mse seminar..:)
[Reply]
Akmal Reply:
May 5th, 2010 at 4:35 pm
@madlut,
Sebab aku x melabur di pagi hari, selalunya aku perlu melabur dulu setengah jam di pagi hari..
Hari tu bgn lewat dan x sempat melabur…hehehe
[Reply]
By miziology on May 5, 2010 | Reply
byk betul dugaan ko masa nak dtg..
dugaan kejayaan tu hehe
.-= miziology´s last blog ..Books and Magazine for This Month =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 5th, 2010 at 4:36 pm
@miziology,
Tu la pasal…tp ckit je, sekali sekala apa salahnya kan…
kadang2 tiada dugaan x besh juga…
Kejayan yang datang selepas menghadapai byk dugaan rasanya lebih manis lagi…
[Reply]
By reezluv on May 6, 2010 | Reply
wawah..review yang amat dasat sekali..sampai 2 entri..hehe
.-= reezluv´s last blog ..Cara Install Backup Di Hosting Anda =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 6th, 2010 at 7:31 pm
@reezluv,
Heheheh, banyak sgt nak citer bro…
Kalo ikut skrip asal, ada 3 siri..hahahah
[Reply]
By hasbulaqill on May 6, 2010 | Reply
yeah, ini baru cool, dua post siap untuk review
[Reply]
Akmal Reply:
May 7th, 2010 at 10:24 am
@hasbulaqill,
Yup…blogging itu cool…
[Reply]
By zam on May 6, 2010 | Reply
hahaha.. cara kejam plak… cara halus tuh…
[Reply]
Akmal Reply:
May 7th, 2010 at 10:25 am
@zam,
Xpun cara ganah….heheheh
[Reply]
By hafizmd on May 7, 2010 | Reply
bro..mmg ganas ar..2 entri utk ssb..cayalah..
.-= hafizmd´s last blog ..5 tips di bilik tidur.. =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 8th, 2010 at 1:59 am
@hafizmd,
Heheheh…menulis drpd pengalaman & pandangan sendiri mmg banyak..tu smp 2 Entry
[Reply]
By boss on May 15, 2010 | Reply
tahiah kerana join seminar hari tu.. so amacam dah gerak belum..?
.-= boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2) =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 15th, 2010 at 11:16 am
@boss,
Terima Kasih, dah geraklah ckit…
Cuma bulan ni x leh aktif sgt..
Bulan transformasi kerjaya
[Reply]