Apr
29th

Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 1

Files under Perniagaan Internet, Review | Posted by Akmal


Seminar Smart Blogging 25 April 2010 UTM Skudai

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menyertai seminar Smart Blogging anjuran Rohaizad Dot Com dengan kerjasama Wan Mus Technologies Enterprise ini pada 25 April 2010 lalu bertempat di CICT, UTM Skudai, Johor Bahru. Ini adalah seminar kali ke-2 yang aku sertai berkenaan dunia perniagaan internet selepas kali pertama menyertai seminar Perniagaan Internet 3-in-1 anjuran saudara Osman Bin Affan pada September tahun 2006 yang lalu. Agak lama juga aku tidak menyertai seminar seperti ini, hampir 4 tahun juga.  Jadi sekali sekala apa salahnya menyertai seminar Smart Blogging pada kali ini walaupun jauh tempatnya nun hujung di selatan semenanjung dan bayarannya agak mahal sedikit (x lah mahal sangat, lebih kurang sama je dengan harga2 seminar yang lain) sambil-sambil berjalan makan angin mengenali tempat orang dan juga dapat berkenalan dengan kawan baru yang semestinya blogger tegar.

Tujuan Menyertai Seminar Blogging

Sebenarnya memang sudah agak lama juga aku ingin mempelajari tentang dunia blogging ini kerana antara salah satu sebabnya ialah sudah lama tersemat impian di hati kecilku untuk menjadi Pro Blogger. Kalo di barat, Pro Blogger ini di ibaratkan seperti artis ataupun wartawan dan salah satu kerjaya yang profesional  (Ye ke? ). Lagipun blogging ini adalah salah satu hobi aku di masa lapang dan juga tempat aku memberi pendapat, berkongsi informasi, mendapat rakan blogger yang lainluahan perasaan dan pelbagai lagi. Sebab itulah blog aktechpage.com ini masih berkekalan hampir 4 tahun walaupun  pernah kena suspend, lama tidak update, tiada trafik, takde yang sudi komen dan macam-macam lagi lah.

Akhirnya tanggal 25 April 2010 lalu, dapat juga mempelajari dengan salah seorang pro blogger di Malaysia, iaitu saudara Rohaizad Dot Com. Jadi alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Walaupun jauh kena travel ke seminar dan juga menghadapi pelbagai rintangan. Pergi je la. Asalkan dapat ilmu blogging, berjaya atau tidak terpulang atas usaha sendiri selepas seminar blogging ini. Tetapi aku percaya dengan support yang diberi melalui private forum dan bro Rohaizad Dot Com (Bro Ijad)yang mesra alam, Insya Allah boleh berjaya jika kekal fokus dan konsisten.

Pedulikan kata orang lain, ikut suka aku lah nak menyertai seminar ini walaupun kena bayar mahal dan jauh perjalanannya serta mengambil masa yang lama untuk mendapat pulangan modal dan tidak menjanjikan menjadi jutawan. Itu duit aku punya dan daya usaha aku sendiri, bukannya menyusahkan orang lain pun. Alamak… teremosi la pulak :P .

Pengalaman Perjalanan Bas KB – JB

Apa yang mungkin tidak boleh aku lupakan semasa pergi ke seminar blogging ialah kemungkinan rintangan yang terpaksa dihadapi sepanjang perjalanan ke JB dari KB, aku telah menaiki 4 bas untuk sampai ke JB. Bas yang pertama rosak air cond, sepanjang perjalanan dari KB hingga ke Dungun mcm seperti duduk dalam ketuhar je, hangat semacam je. Jadi tunggu la sekejap sambil makan dan solat di salah sebuah kedai makan tepi jalan di Dungun sementara tunggu bas ke-2 dari K. Trg – Kuantan patah balik datang ambik. Pada jam 2 petang bas yang ke-2 pun datang dan terus bertolak ke Kuantan. Tetapi bas yang ke-2 ini rosak pula gearnya di Kuala Rompin, Pahang selepas berhenti sekejap mengisi minyak sekejap pada jam 8.00 malam lebih kurang. Bas ke-2 ni mati betul2 di tengah jalan tengah-tengah pekan Kuala Rompin tersebut, jadi semua penumpang lelaki terpaksa ramai2 turun tolak bas parking ke tepi jalan dan tunggu pulak bas ke-3 dari Kuantan (Penumpang Bas dari KB hanya 9 orang sahaja, 7 orang adalah lelaki).

Maka tunggulah sekejap bas ke-3 datang ambik dari Kuantan. Nasib baik setengah jam je tunggu, maka aku dan penumpang yang lain pun naiklah bas ini hingga ke Mersing. Kerana bas ke-3 ini akan meneruskan destinasi sebenarnya ke KL. Jadi naik la pulak bas yang ke-4 yang akan membawa aku ke JB dan akhirnya sampai jugak di Terminal Larkin, JB pada jam 11.30 malam. Terus call Bro Ijad untuk datang ambik, 10 minit kemudian dia sampai, pertama kali jumpa faca-to-face dengan owner Rohaizad Dot Com ni, orangnya sangat mesra alam (Mula2 tu takut jugak sbb jumpa pro blogger Malaysia katakan, kira macam jumpa artis la jugak :P ).

Terus bro Ijad hantar aku ke hotel penginapan Royal Rose Cottage Hotel di Taman-U berhadapan dengan pintu masuk UTM Skudai kalo X silap.  Semasa dalam kereta pun dah dapat talk percuma drpd bro Ijad mengenai dunia blogging ni. Walaupun letih tp besh la pulak dengar Bro Ijad ni berceloteh secara personal face-to-face dengannya, rasa macam kenal lama pulok. Sampai je hotel, dapat kunci  masuk je bilik hotel, exercise kaki jap sbb krem duduk lama sangat dalam bas.  Lepas tu terus mandi  dan terus tido :P . Masa nak tido pun Bro Ijad call bagitau kemudahan yang ada sekitar hotel penginapan seperti Cyber Cafe, Kedai Runcit & Kedai Makan, sungguh caringkan???

Bro Ijad pun ada menceritakan 2 kali kisah aku naik bas ini di blognya yang famous tu, Rohaizad Dot Com. Tajuk post entry tu ialah Laporan Ringkas Seminar Smart Blogging 25 April 2010 di UTM Skudai dan Rehat Yang Panjang…Tetiba mencanak pulak trafik blog aktechpage.com aku ni sebab dapat sedut sedikit jus trafik dari Rohaizad Dot Com. TQVM bro kerana memfofularkan aku, heheheh….

Hari Seminar Blogging

Gambar beramai di lobi hotel

Bangun agak lewat sedikit kerana katil hotel best sangat, bila dah siap2, keluar je bilik hotel dan pergi ke lobi hotel sepertimana yang dijanjikan jam 8 pagi berkumpul beramai-ramai sebelum bergerak ke tempat kursus. Dapatlah jumpa beberapa otai blogger dan juga IM yang kali pertama aku jumpa seperti Alan Tan, LinComel.com, Shaffik.com, ZuraidiZainol.com, DrInspirasi.com, AbangNara.com, MadLut.com, Tuan Ariffin dan Saudara Eli (Apa ek blog dua orang ni??). Semuanya masih lagi malu-malu bertegur sapa. Aku pergi ke tempat kursus dengan menaiki kereta shaffik.com, orangnya comel molek.

Akan Bersambung :)

Akan Datang, Part 2!!!

“Kalau anda sanggup datang ke sini pada hari ini, maka saya yakin anda juga boleh datang sekali lagi ke sini untuk menceritakan kejayaan anda pada peserta baru di next Seminar Smart Blogging nanti… amacam, ada berani?!!”, kata Bro Ijad.

Bro Ijad tengah membedal Nasi Ayam Penyek tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya

Kawan dan Sifu Baru, Bro Ijad

ps: Sumber Gambar ==> http://www.facebook.com/album.php?aid=21215&id=1834527586&page=7

ps2: Credit Thx to PhotoGrapher Seminar, Mr. Shaffik.com

Related posts:

  1. Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 2 Yang mana 1 kah aku?? Sambungan dari Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 1 Sampai je ke tempat...


24 Responses to “Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 1”

  1. By sangilapi on Apr 29, 2010 | Reply

    entah kenape bila aku tengok ko(avata ko) dengan zuraidi macam orang yang sama :) …keliru aku.

    memang mencabar sungguh perjalanan ko ke jb(harap jangan serik) :)
    .-= sangilapi´s last blog ..inner power dan color therapy =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Ye ke?? x perasan la pulok..hmmmm….mgkn saudara Zuraidi ada kena mengena dgn salasilah keturunan aku kot..hehehe
    Pasal perjalanan tu no prob, small matter je. Bukan selalu naik bas banyak2 dlm 1 hari kan.
    Perjalanan blogging rasanya lagi mencabar..hohoho

    [Reply]

    madlut Reply:

    @Akmal,
    hikmah daripada peristiwa bas rosak, cerita tersebut telah menjadikan trafik ko baik..klu bas x rosak..x jadi cmtu..hehe..berbaloi-baloi kan??..haha

    [Reply]

    madlut Reply:

    @madlut,
    pembetulan “trafik ko naik”…bukan “baik”..:)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @madlut,

    Ha ah, salah 1 hikmahnya..heheheh

    [Reply]

    Zuraidi Zainol Reply:

    @Akmal, hehe..sama ke. Mungkin ‘misai’ kita je yg sama.. boleh buat group “Blogger Bermisai” cool :-P
    .-= Zuraidi Zainol´s last blog ..My April Badge =-.

    [Reply]

  2. By zik on Apr 30, 2010 | Reply

    abang nara ada sekali tuh…wahlau
    .-= zik´s last blog ..Amukkan Belalang Juta: Mutasi, kemarahan kepada manusia atau lumrah alam? =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zik,

    Tu la pasal, baru ku tau siapa lah mamat hensem ni…rupa2nya ant blogger yg dah otai tu….

    [Reply]

  3. By joegrimjow on May 1, 2010 | Reply

    pernah tanye rohaizad ni buat personal coaching tak
    die xbuat plak
    huhu

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @joegrimjow,

    Kalo x silap dia ada buat, tp dalam berbentuk group yg kecil, dalam 3-4 org je..
    Try kontek dia…
    Tp ko kena turun JB la, itu syarat utamanya..

    [Reply]

    sangilapi Reply:

    @joegrimjow, fynnjamal pun dah join ssb ni(selalu nampak lu komen kat blog fynn)
    .-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Apa ek alamat blog fynn?? dgr kabar orgnya sangat manis… :P

    [Reply]

    sangilapi Reply:

    @Akmal,

    http://puisitepijalan.blogspot.com/

    *apasal commentluv ni masih keluar entry yang lama ?*
    .-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.

    [Reply]

  4. By hasbulaqill on May 1, 2010 | Reply

    anggap pengalaman bas rosak tu sebagai pengajaran :D trannasional memang teruk. serius.hehe. apapun, moga seminar ini membuahkan hasil sedikit demi sedikit. blogging itu cool ;)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @hasbulaqill,

    Lepas ni kalo turun JB, mmg x beli dah bas Transnasional…dah la bas selalu rosak, dia punya driver pun x beradab langsung…

    Insya Allah, kalo kekal usaha fokus dan konsisten ada lah hasil tu…

    [Reply]

  5. By hafizmd on May 3, 2010 | Reply

    salam bro..aku dah agak dah..dah agak dah..
    .-= hafizmd´s last blog ..Oh! engkau yang mengasyikkan.. =-.

    [Reply]

  6. By hafizmd on May 3, 2010 | Reply

    hhehe..tertekan enter plak..hahaha..dah agak dah mesti bro akan join seminar ni..moge berjaye utk merasai dolar pertame hasil dari SB ni..insyaAllah..

    pergh..yg paling aku tak tahan tuh, 7 orang jer tolak bas tuh..mmg tough ar..perut mesti berketak-ketak ni..:D

    p/s – same2 kite usaha..yeahhhaaa
    .-= hafizmd´s last blog ..Oh! engkau yang mengasyikkan.. =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @hafizmd,

    Heheheh…mesti punya…forum pun dh lama register cuma x approve je…thx for the wish..mohon tunjuk ajar drpd bro dalam FDB nanti.

    Nasib baiklah masa dalam bas, aku tgh menjalani diet kempiskan perut..hahahah

    [Reply]

  7. By Dila.13 on May 3, 2010 | Reply

    Wahh… meriah jugak seminar tu.. insyaAllah bila ada lagi seminar smart blogging ini dianjurkan, saya akan join. mahu belajar berblogging dengan betul!!
    .-= Dila.13´s last blog ..WotD: Lexophile =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Dila.13,

    Memang sangat meriah bro, bro ijad pun mmg very mesra alam…ini adalah antara seminar yg paling sempoi pernah aku sertai…

    Join je bl ada next seminar smart blogging…berbaloi-baloi….

    Lagipun bro mempunyai potensi yg besar krn expert dalam penulisan english ni kan…

    [Reply]

  8. By azizan4444 on May 4, 2010 | Reply

    setakat ni blom pernah join seminar cmni..rase nk mncuba jgk..bnyk ilmu yg boleh dplajari..hehehe

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @azizan4444,

    Memang best bro, dapat ilmu baru, dapat kawan baru, dapat pengalaman baru, dapat makan benda baru dan macam2 lagi…

    Sekali sekala apa salahnya kan… :)

    [Reply]

  9. By miziology on May 5, 2010 | Reply

    pergh lepas ni boleh la bikin panas hehe.
    Tahniah bro sbb join SB

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. May 4, 2010: Seminar Blogging 25 April 2010 – Part 2 | aktechpage.com

Post a Comment

CommentLuv badge