
Agaknya akulah yang paling lewat post berkenaan tajuk di atas berbanding dengan blogger2 lain yang telah pun post di blog masing2. Walaubagaimanapun aku sangat gembira kerana berjaya juga menghadiri perjumpaan IM & Blogger Kelantan bagi kali ke-2 yang di anjurkan oleh Saudara Adly aka Labanon pada 29 November 2009 lalu, Hari Raya ke-3 Aidiladha bertempat di D’Klasik Cafe, Kubang Kerian bermula pada jam 10.00pg hingga 1 ptg. Nasib baiklah aku 2/3 minggu kebelakangan ini kembali aktif dalam WangCyber.com (WC), dapat juga mengetahui perihal perjumpaan ini.
Perjumpaan IM & Blogger Kelantan Kali pertama di adakan adalah pada 7 Julai 2007 bertempat di A&W, KB Mall juga rasanya di anjurkan oleh Saudara Labanon tetapi beliau tidak dapat hadir kerana kena tahan oleh cikgu Warden semasa ingin lompat pagar sekolah kot (Ye ke???
). Perjumpaan kali ke-2 di Noodle Station. KB Mall pada tahun 2008 plak tidak ketahuan oleh aku plak. Pada perjumpaan kali ini, aku tiba agak lewat sedikit iaitu jam 10.30pg, bila masuk je cafe aku dah ternampak Saudara Abu Hanis yg berkopiah dgn baju merah (Seperti mana yg telah diberitahu dalam WC) dan juga Saudara Ringgit Hit yang pernah aku jumpa 2 tahun yang lalu dan juga Otai IM Saudara Alang serta yang lain2 yang tidak berapa ku kenali.

Antara yang menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini ialah Ringgit Hit, Alang, Abu Hanis, Kalam Harta, Zhafran & Labanon (Team FlareBiz), Abooain, Fazdlihani (Penulis Buku Internet Marketing dengan Facebook, Myspace dan Twitter), Cikgu Zahran (photographer x rasmi), Seran, Nuruddeen710 dan lain-lain yang tak sempat berkenalan. Ketika pejumpaan ini banyak jugaklah yang di sembangkan, ada juga rahsia-rahsia tertentu yang telah di dedahkan (Sikit je..). Bila dah jumpa 1 geng yang sekepala, memang meriah sembang, 2 jam setengah tu rasa sekejap je. Cuma akibat meja yang panjang, x dapat aku berborak dengan semua IM & Blogger yang hadir, cuma sebahagian je. Pada jam 1 ptg tu terpaksa menarik diri kerana perlu ke majlis kenduri kahwin di Pengkalan Chepa, lagipun dah janji dgn kawan dr KL.
Apa yang paling mengkagumkan aku ialah saudara Ringgit Hit, masa mula2 jumpa pada Perjumpaan kali pertama 2 tahun lalu. Dulu dia NoBody, tetapi sekarang dah SomeBody. Boleh di katakan salah seorang pakar adsense dah sekarang. Tak percaya?? Cuba tanya salah seorang anak muridnya iaitu saudara Abu Hanis.Dulu xde produk, skrg dah ada produk iaitu F2R. Dulu xde private forum sendiri, skrg dah ada forum private F2R untuk pembeli2 F2R termasuk aku. Ramai dah yang berjaya dalam Adsense dengan menggunakan produk F2R, cuma aku je yang belum lagi sebab slow sikit kerana sedang bergelut dengan masa antara kerjaya dan juga pembelajaran dalam IM & Blogging.

Begitu juga dengan Saudara Abooain, dah jadi salah seorang yang somebody dan IM yang pakar dalam produk PLR, RR dan MRR. Tahniah di ucapkan. Aku juga yang masih belum berjaya, x pelah…yang penting jangan putus asa dan sentiasa belajar setiap ilmu dengan tenang serta sentiasa bersyukur dengan rezeki yang di beri olehNya. Ada masa sampailah nanti, Insya Allah
.
Akhir sekali, aku sangat gembira kerana dapat bertemu dengan semua IM & Blogger Kelantan termasuk Saudara Alang & Cikgu Zahran yang bukan ori Kelantan, tetapi berbini org Kelantan. Kira termasuklah tu. Harap2 selepas ini dapat berjumpa lagi sama ada secara formal ataupun tidak formal. Dibawah ini saya sertakan beberapa link blog yang menceritakan pasal perjumpaan dan juga link di forum WC oleh IM yang telah menghadirkan diri.
Forum WC => Wajah-Wajah IM Kelate Yang Menggegar Dunia Cyber
MajalahIM (Team FlareBiz) => Hari Raya & Perjumpaan IM Kelantan
Alang => Alang di Kelantan
Abooain => Perjumpaan IM Kelantan Kali Ke-3
Rasanya yang ni je kot, kalo tertinggal tolong bgtau yek, boleh masuk dalam list di atas.
ps: Terima Kasih kepada Cikgu Zahran di atas ihsan gambar-gambar yang di beri dan di ambil semasa perjumpaan.
Related posts:
- Kawan Blogger Tadi, masa aku masuk kerja dan seperti biasa on laptop ku dan juga YM sekali, aku dapat mesej drpd biz partner aku Syed Ikhwan memberitahu gambar aku dalam blog adiknya. Aku pun pergilah blog adiknya iaitu Syed Mohd Badril hisyam yang juga kerja dibawah satu bumbung syarikat dengan aku tetapi berlainan lokasi. Rupa-rupanya gambar aku [...]...
- Konvoi Kembara Toyota Avanza Jelajah Kelantan Menyeronokkan !!! Itulah yang dapat diluahkan sepanjang Kembara Jelajah Kelantan anjuran Kelab Toyota Avanza (www.tavac.net) versi Utara dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan dan rakan media Manis FM dan Sinar Harian edisi Kelantan sejauh lebih 200Km yang bermula jam 8 pagi hingga 7 malam pada hari Sabtu, 6 Jun 2009 lalu. [...]...
- Video: Kembara Jelajah Kelantan 2009Video Konvoi Kembara Toyota Avanza Jelajah Kelantan ini adalah hasil suntingan daripada ahli Kelab Toyota Avanza (www.tavac.net) yang ada di YouTube hasil upload daripada username azamDr. Ade jugak terselit muka aku yang tersengih dalam video ini walaupun sipi2 aje. Janji glamour you… . Video ini sangat menarik dengan gabungan visual dan gambar serta audio [...]...
- Selamat Tahun Baru 2010 Tahun baru menjelma lagi, seperti biasa setiap tahun baru pasti seseorang itu akan ada azam tahun baru dan juga cuba merenung kembali apakah azam tahun 2009 sudah tercapai atau tidak? Sebenarnya aku nak tulis azam tahun baru pada 18 Dis 2009 yang lalu sempena tahun baru Islam Maal Hijrah 1431, tetapi hari tu aku terpaksa [...]...
- Al-Fatihah Untuk BadruzamaniPada pukul 2 pagi tadi, aku dapat YM drpd salah seorang rakan internet aku memberitahu bahawa salah seorang Internet Marketer tempatan iaitu Saudara Badruzamani telah meninggal dunia ke Rahmatullah pada hari Sabtu lepas, 14 Feb 2009 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jenazah arwah selamat dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam. Aku tidak pernah berjumpa [...]...





By dAzz
on Dec 4, 2009 | Reply
lain kali nok keno test join skali ni.
dAzz´s last blog ..Anda Ingin Permohonan Pembiayaan Modal Perniagaan Anda Lulus?
[Reply]
Akmal
Reply:
December 6th, 2009 at 1:59 am
Join je…lagi ramai lagi bagus
[Reply]