Tahukah anda apa itu ‘memecah dara‘? Bagi anak muda yang belum berkahwin, isu ‘dara’ seolah-olah merupakan satu misteri.
Tidak ramai orang yang suka membincangkannya dan kalau anda bertanya pun orang yang telah berpengalaman mungkin akan menjawab sambil berjenaka: ‘Itu pun mahu ditanya? Senang ba itu. Sudah cocok nikahlah. Sudah nikah cucuklah..’.
Sebenarnya dalam artikel ini isu ‘memecah dara‘ adalah jauh lebih penting dari apa yang selalu mahu ditanya kepada mereka yang telah berpengalaman. Kini misteri ‘memecah dara‘ sudahpun terungkai. Selepas ini ramai anak muda akan membincangkan perihal ‘memecah dara‘ yang penuh teknik, penuh ilham lagi berwawasan. Bagi perempuan yang belum bernikah pula, jagalah kehormatan anda dan peliharalah mahkota kesucian anda…….
‘Memecah dara’ yang saya maksudkan di sini ialah menjadi perintis dan peneroka(Jangan mare …
). Untuk berjaya, seorang insan itu perlu memecahkan ruyung barulah dapat sagunya. Dia perlu jadi orang yang pertama. Sebelum itu belum ada yang pernah mengkaji melainkan dia. Sebelum itu belum ada yang pernah menyelidik melainkan dia. Sebelum itu belum ada yang pernah melakukannya melainkan dia.
Sikap ini amat penting dipupuk dan dibaja di kalangan orang Timur, terutamanya orang Melayu. Kita tidak mahu orang kita hanya maju dari segi menggunakan teknologi tapi maju dari segi mencipta teknologi baru. Inilah yang masih kurang. Yang membimbangkan kita ialah begitu ramai anak-anak muda leka dibuai oleh berbagai teknologi baru ciptaan orang lain. Masa mereka terlalu banyak dihabiskan untuk menggunakan teknologi bukan menghasilkan teknologi. Terlalu banyak masa digunakan untuk menghabiskan wang, bukan untuk mendapatkan wang.
Apakah teknik terbaik untuk ‘memecah dara‘? Gunakan kemudahan internet untuk meneliti apakah yang belum ada tapi diperlukan oleh ramai orang. Orang yang memilih jalan mudah biasanya akan menjawab: ‘Semua dah ada, tak ada apa lagi yang patut dicipta, kita gunakanlah saja apa yang ada, buat apa pening kepala….’. Memanglah. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kalau anda sanggup bersusah-payah pada masa sekarang, anda akan menjadi hebat di masa hadapan. Bila solat, mohonlah ke hadrat Allah agar anda diberikan ilham-ilham untuk membolehkan anda mencipta berbagai perkara baru yang bermanfaat. Itulah teknik terpenting ‘memecah dara‘.
Saya harap anda gembira membaca artikel ringkas ini. Saya pilih tajuk Teknik Memecah Dara agar ramai orang akan baca artikel ini. Ia mempunyai hikmah yang jauh lebih penting dari memecah dara mengikut pengertian konvensional. Pesanan untuk anda dan diri saya sendiri: ‘Pecahkan Dara‘ yang ini dulu. Mudah-mudahan kita semua akan berjaya dan menjadi bangsa dan umat Islam yang hebat.
ps : What’re you thinking?? , jom kita pakat2 memecah dara semua …
No related posts.










By miss chah on Nov 1, 2009 | Reply
haha nakal le abg kema nie…kemah tajuk dia
.-= miss chah´s last blog ..Ibu bapa harus BERTERUS TERANG =-.
[Reply]
Akmal Reply:
November 2nd, 2009 at 11:11 pm
Heheheh…nakal manje jek…
TQ….Tajuk kemah baru ramai yg baca…
[Reply]
By Ubat Kuat on Nov 22, 2009 | Reply
Haha!!! Macam cara orang tarik perhatian orang. Mesti banyak terkena umpan PECAH DARA niiii. ekekekek
[Reply]
Akmal Reply:
November 22nd, 2009 at 10:44 pm
Heheheh….artikel ini sesuai utk saudara yg menjual ubat kuat tu…heheheh
[Reply]
By tok cik on Nov 26, 2009 | Reply
tahniah,
yang jelas pecah kelapa dara
.-= tok cik´s last blog ..majlis =-.
[Reply]
Akmal Reply:
November 27th, 2009 at 4:06 am
TQ Tok Cik
[Reply]
By Syed Akmal on Dec 2, 2009 | Reply
power la cara ko mulakan artikel bro. terbaik! hehe.
[Reply]
Akmal Reply:
December 2nd, 2009 at 8:15 pm
Hehehe…TQ…actually ni aku cedok je artikel ni, not 100% from me
[Reply]
By sharimi on Dec 8, 2009 | Reply
suspen…….
.-= sharimi´s last blog ..TRAGEDI DI KB MALL 6 DIS 2009 =-.
[Reply]
Akmal Reply:
December 9th, 2009 at 7:19 pm
[Reply]