Sudah agak lama aku tidak update blog ini, ini disebabkan aku menghadapi beberapa masalah dr segi kerjaya, peribadi, keluarga dan kewangan. Awal bulan Julai ini mmg banyak betul masalah yang perlu aku hadapi. Mungkin Tuhan ingin menguji sejauh mana ketabahan aku menghadapi ujian-ujian daripadaNya. Aisehhh..jiwang plok doh…
Kali ini aku ingin berkongsi tentang 1 laman web TheQuran.com yang dikatakan bukanlah 1 laman web al-Quran yang asli. Perkara ini aku dapat daripada kiriman email kawanku yang menunjukkan beberapa fakta penipuan oleh TheQuran.com. Aku sudah masuk dan tengok laman tersebut dan memeriksa beberapa perkara dan ternyata laman tersebut diasaskan oleh Paderi Kristian yang bernama Father Zakaria yang sengaja dipublishkan untuk mengelirukan umat Islam melalui internet. Sila rujuk beberapa fakta penipuan berikut:
Fakta Penipuan 1
Sudah dimaklumkan kepada seluruh umat Islam sepanjang zaman oleh Nabi Muhammad SAW bahawa Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang tiada cacat celanya dan paling lengkap. Tetapi di laman web TheQuran.com menyatakan beberapa kesalahan yang terdapat di dalam Kitab Suci ini di bahagian menu Quranic Errors.
Fakta Penipuan 2
Sudah la laman web TheQuran.com ini juga menyatakan bahawa Al-Quran ini ada kesalahan di Quranic Errors, lepas tu siap promote plak kitab Bible dalam Quranic Errors didalam keterangan kesalahan sesuatu ayat Al-Quran itu. Jenis-jenis kesalahan (error) adalah seperti ketidakjelasan (ambiguity), sejarah (Historical) dan lain-lain lagi. Subhanallah.
Fakta Penipuan 3
Yang ni lagi jelas, apabila check IP Address siapakah sebenarnya di sebalik laman web TheQuran.com di laman web NetworkSolution.com/Whois dan AboutUs.org. Beberapa maklumat yang dipaparkan amatlah mengejutkan!!!
Kepada pelawat aktechpage.com, diharap anda semua berhati-hatilah dengan segala maklumat yang terdapat di internet ini. Semoga kita sentiasa diberi Hidayah dan petunjuk dari Allah SWT dalam mengenali antara kebenaran dan kepalsuan.
Akhir sekali, jika anda mempunyai bukti selain daripada ini ataupun membangkang bukti-bukti yang telah ditunjukkan bahawa TheQuran.com ini adalah laman web Al-Quran yang asli sila bagi komen di sini. Semoga kita dapat mencari kebenaran yang sebenar-benarnya.
Related posts:
- Fakta: Suami Boroi Tanda Bahagia??? SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan...














By ziha on Sep 5, 2009 | Reply
Saya selalu bukak laman http://www.searchtruth.com... Read Koran….
[Reply]
By Akmal on Sep 7, 2009 | Reply
Adakah web quran ini boleh dipercayai???
[Reply]
By Mohamad Halim Othman on Feb 18, 2010 | Reply
Salam brothers,sisters,
Sekiranya ada masa jawab fitnah fitnah secara ilmiah.Dia bandingkan text Bible ddgn Quran
seolah olah bible dan gospel yg dah berkecamuk tu boleh dijadikan kayu pengukur.
Sila ambil fakta fakta dari buku Ahmad Deedat, Dr Maurice Baucall dan buku Persatuan Ulama Malaysia -Searching for the Truth.Insya ALLAH
boleh patahkan tuduhan tuduhan jahat.
[Reply]
Akmal Reply:
February 18th, 2010 at 3:05 pm
Thx for comment & pandangan bro
[Reply]
By hamba allah yg lemah on Nov 11, 2010 | Reply
untuk mengelakkan terpedayah dengan dakyah2 laknatullah ini, bacalah kitab al quran @ bacalah tafsir quran @ untuk mendapatkan keterangan yg lebih tepat, rujuk lah dengan mereka yang arif mengenai alquran seperti ustaz.
[Reply]