Aug
5th

Kembali Dari Bercuti Offline

Nampaknya aku betul-betul lama bercuti, sebenarnya agak sukar untuk aku menulis sejak kembali dari kursus pada tempoh hari. Ini kerana kedua-dua laptop aku iaitu yang personal punya dan office punya kena serangan virus trojan akibat daripada main cucuk-cucuk thumbdrive semasa kursus tempohari. Menyebabkan agak susah untuk aku surfing internet, hampeh betollah :( . Akibat daripada serangan virus itu, Mozilla Firefox aku tak boleh guna. Semalam, baru je setel format laptop personal, laptop office belum lg kerana masih dalam troubleshoot dahulu. Lagipun sayang nak format laptop office kerana perlu setting semula sistem yang ada dalam laptop tersebut beserta dengan data-data yang perlu dibackup.

(more…)

Jul
19th

Offline: 19 – 29 Julai 2010 (Cuti daa…. )

Kalau cuti daripada Online, itu bermakna aku Offline la kan??…

Rasanya X pernah lagi bercuti daripada Dunia Online, sama ada di  Facebook, YM, dunia forum komuniti internet atau blog. Nampaknya aktechpage.com akan bercuti yakni offline sebentar buat pertama kali daripada Dunia Online untuk merehatkan minda sekejap.  Lagipun  owner blog ini juga akan menhadiri satu Kursus  pada 19  – 29 Julai 2010 (11 Hari). Perghhh… 11 hari tu kursus, x pernah lagi kursus selama ini… Apa pun kena hadiri jugak  kerana ianya adalah salah satu syarat untuk pengesahan jawatan. Lagipun bukan selalu, sekali sekala je kan. Kira sambil kursus sambil bercuti dari kerja dan have fun bersama kenalan baru.

(more…)

Jun
30th

Selamat Ulang Tahun ke – 4 aktechpage.com

Hari ni tanggal 30 Jun 2010, genaplah blog aktechpage.com ini berusia 4 tahun. Pada tarikh ini lah aku membeli domain dan hosting dalam 1 pakej untuk membina aktechpage.com Alhamdulillah, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dari segi hosting down, suspend,  di kritik, di provoke dan juga kesilapan sendiri seperti  kemalasan ownernya sendiri yang malas update sepanjang tahun 2008, kemudian kembali online pada tahun 2009 menggunakan platftorm wordpress selepas mula-mula menggunakan platform Joomla.  Apapun aktechpage.com masih lagi online bernyawa sehingga hari ini dan memberi segala informasi secara PERCUMA untuk di kongsi bersama-sama dengan pembaca-pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain yang sentiasa memberi sokongan padu.

(more…)

Apr
10th

Anugerah Terhormat Top Blogger 2010

Mula-mula sekali aku ingin mohon maaf kepada saudara Mancai dari hairilhazlan.com kerana lambat balas anugerah terhormat ini dan juga mengucapkan terima kasih kerana sudi mencalonkan blog aktechpage.com Anugerah Top Blogger 2010. Pada ketika menerima anugerah ini blog tersayang aku ni down akibat masalah hosting. Tetapi akhirnya pada 31 Mac 2010 lalu, aktechpage.com kembali pulih online selepas 6 hari down.Aku pun tak tahu apakah erti anugerah ini sebenarnya, apa pun dah orang bagi, kita terima je lah :) …bukan senang orang nak bagi sesuatu kepada kita free-free je kan..hehehe.

(more…)

Mar
31st

Aktechpage.com Kembali Pulih Online

Files under aktechpage.com | 15 Comments

Alhamdulillah, selepas 6 hari down, hari ini blog aktechpage.com kembali pulih online seperti biasa. Nasib baik ada data backup. Cuma hanya 1 post article sahaja yang hilang iaitu Teori McClelland. Ini kali ke-2 dalam sejarah blog aktechpage.com, blog peribadi aku dan tempat aku mengisi masa lapang menulis dan berkongsi pelbagai informasi telah down selama lebih kurang 6 hari sejak awal pagi 26 Mac 2010. Kali pertama ialah pada hujung tahun 2008 iaitu tahun aku malas nak berblog :P , boleh rujuk post Welcome to new aktechpage.com .Ini kali ke-3 tak silap aku down dalam masa 2 bulan, selalunya down dalam masa 1 hari je. Apabila aku ke laman 24/7 Support Online di laman web rasmi hosting provider untuk cek status akaun aku kenapa masih lagi down, nampaknya masalah yang sama berlaku lagi iaitu maintenance Intel Modular Server Migration akibat masalah RAID di 4 buah server. Proses ini mengambil masa lebih kurang 24 jam, sabor je la. Aku pun tunggulah sehingga proses ini siap. Dalam masa yang sama aku juga turut menghantar support ticket untuk bertanya khabar mengenai akaun hosting aku dan tidak sampai 2 jam support staff diorang balas memberitahu berkenaan masalah yang di hadapi.

(more…)

Sep
19th

Salam Aidilfitri 1430/2009, Maaf Zahir Batin

Esok, 1 Syawal 1430 tiba menandakan semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri 1430/2009. Di kesempatan ini aktechpage.com ingin mengucapkan salam aidilfitri dan mohon maaf zahir & batin kepada pengunjung blog ini jika ada post-post yang menyinggung perasaan secara x sengaja ataupun disengajakan :P yang tidak disedari. Kepada perantauan yang akan pulang ke kampung, jauh ataupun dekat, berhati-hatilah di jalan raya dan hormatilah sesama kereta kerana setiap dalam kereta itu ada nyawa manusia yang tidak ternilai. Kalau hilang, sudah tidak boleh berganti. Biar lambat, asalkan selamat.

ps: Tahun ni tidak pulang ke kampung, sebab kerja dekat kampung….heheheh… :D …Yang Pasti Kampung Ku Pasir Mas akan menjadi Bandar KL untuk 3 hari raya ni sebab semua perantaun pulang ke kampung dan pasti Pasir Mas akan jem gila2, lagipun org Kelate paling banyak perantaun.

Feb
13th

Quote : Learn, Unlearn & Relearn

After my website in version Joomla suspended by hosting server cause by violation of AUP and Term Of Service for 3 Months.  On the 2nd January 2009 I’ve upload a new version of my website/Blog. Hmmm… Let call it blog, cause wordpress is a blogging tool, Joomla more suitable for dynamic website.  This time I choose the most popular blogging tools in the world, WordPress ver 2.7. Last version the quote of my website is “Your 1-Stop Infotainment“. But this time i changed the quote to  “Learn, Unlearn & Relearn“. Where I take it? I know this quote from my ex-sifu during practical in Cosmopoint’s ACCP program for 3 Months on 2005. You can see his project at here-> Red1.org.  So, what is the meaning of this quote. Read the text below:

Interesting article at News.com: “Intelligence in the Internet Age” generated some random thinking for me today.  Well, there’s that quote by Alvin Toffler:

“The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn.

And another, originally by me (way back when, on my personal profile on AOL 2.0, circa-1993):

“When you stop learning, you stop growing.

Of course, since then, I see that this quote has appeared in many cool places, including the Careers Page of El Pollo Loco.  I probably didn’t say it first after all: I just think I did  ;)

As I’ve been raised on, am passionate about and consume technology, I don’t fear it: I embrace it.  Not everyone (outside of my co-workers) has the same delight, however.  When we get excited about a user experience (for better or worse) at Microsoft, we ask ourselves: “what about my mom / dad?”, meaning: “how would they enjoy / cope with this experience”.  This approach is proving to be an effective yardstick when thinking about customer experience. (more…)

Jan
2nd

Welcome To New AktechPage.Com

Files under aktechpage.com | 3 Comments

Setelah hampir 3 bulan aktechpage.com menghadapi masalah hosting. Akhirnya hari ini dapat juga dipulihkan setelah hampir sebulan bertungkus lumus merancang, testing, backup content aktechpage.com yang lama, dan study tentang wordpress, wamp server dan lain-lain yang berkenaan pembangunan blog@website. Jika dulu aktechpage.com dibangunkan dengan Joomla, tapi kali ini aktechpage.com dibangunkan dengan tool blogging yg paling popular di dunia iaitu wordpress 2.7. Ini disebabkan Joomla agak sukar untuk maintenance dan terlalu besar aplikasinya, tetapi Joomla amat sesuai untuk hosting yang mempunyai kapasiti besar dan juga untuk website syarikat korporat atau perniagaan.

Manakala wordpress amat sesuai untuk blogging atau diuruskan oleh seorang individu. Lagipun aku lihat ramai Internet Marketer tempatan menggunakan wordpress sebagai tool blogging diorang. Seperti kata Jutawan Internet Malaysia, Dr. Irfan Khairi, jika tiada produk yang ingin dijual, jual sahaja produk yang telah ada di pasaran, lama-kelamaan akan menjadikan kita kebiasaan dan idea kreatif itu akan datang dengan sendirinya. Oleh itu, mulai tahun baru ini, 2009 aku akan aktif kembali dalam dunia blogging terutama dalam dunia teknologi maklumat dan perniagaan internet (Jana Duit Daripada internet). Insya Allah.