Akhirnya demam World Cup 2010 akan berakhir di awal pagi Isnin esok, bagi yang bekerja pada hari Isnin, bersiap sedialah dengan bantal atau kopi tongkat Ali keesokan harinya di pejabat bagi sesiapa yang bekerja termasuklah aku. Untuk persediaan yang lebih rapi, tido lah awal-awal dan bila bangun nanti sembahyang sunat dulu seperti sembahyang tahajud ke, hajat ke, lepas tu layanlah Final World Cup 2010 ini .
Hari ini, 25 Jun 2010 genaplah setahun kematian Bintang Pop Lagenda Michael Jackson. Kematiannya yang mengejut di saat-saat sedang bersiap sedia untuk konsertc comebacknya yang dikatakan akan mencipta sejarah antara konsert terbesar dan penggunaan teknologi canggih yang terkini betul-betul mengemparkan dunia sehinggakan internet mengalami kesesakan trafik. aktechpage.com juga adalah salah seorang peminatnya terutama semasa zaman remaja belasan tahun dulu. Apa yang membuatkan aktechpage.com minat pada penyanyi lagenda ini adalah gerak tarinya yang unik dan bertenaga, malahan cara menyanyinya juga sangat hebat di samping muzik yang bertenaga. Boleh dikatakan apabila penyanyi ini melakukan persembahan, dia akan melakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan passion sekali. Itulah yang paling dikagumi.
Post entry kali ini yang diambil daripada email untukĀ tafsiran anda… just for release tensionn..!!! dont take serious k…
Khas untuk tatapan kaum hawa dalam mengenali LELAKI
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis…
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
1) Kucing jantan suka dibelai
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke… Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, “makanan” batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
Mula-mula sekali aku ingin mohon maaf kepada saudara Mancai dari hairilhazlan.com kerana lambat balas anugerah terhormat ini dan juga mengucapkan terima kasih kerana sudi mencalonkan blog aktechpage.comAnugerah Top Blogger 2010. Pada ketika menerima anugerah ini blog tersayang aku ni down akibat masalah hosting. Tetapi akhirnya pada 31 Mac 2010 lalu, aktechpage.com kembali pulih online selepas 6 hari down.Aku pun tak tahu apakah erti anugerah ini sebenarnya, apa pun dah orang bagi, kita terima je lah …bukan senang orang nak bagi sesuatu kepada kita free-free je kan..hehehe.
Memandangkan kebelakangan ini agak sibuk sikit dengan kerja-kerja teknikal di pejabat. Jadi idea untuk post entry di blog ini agak kekeringan sedikit. Adakah berkaitan dengan musim kemarau yang sedang melanda menyebabkan otak aku juga kekeringan idea? Takdelah . Cuma otak aku ini tengah kusut sedikit dengan masalah-masalah teknikal di pejabat yanbg perlu diperbaiki akibat beberapa peralatan server yang perlu diganti dan dikemaskini kepada teknologi yang baru. Jadi kadang-kadang tu otak ku sedikit ‘tersumbat’ sebab banyak sangat informasi baru yang di pelajari. Itulah dunia ICT, sentiasa perlu update knowledge dan teknologi tidak kira cabang ICT yang mana satu anda ceburi, sesungguhnya dunia ICT itu sangat luas. Semakin di pelajari di rasakan semakin seronok dan juga pening-pening lalat .
1 drama pendek tanpa dialog yang pertama kali aku tonton, memang beshh tapi jiwang sedikit. Sedikit detail pasal video ini yang di dapati dalam YouTube adalah seperti di bawah:
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.