
KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.
“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.
“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.
(more…)
Posted by Akmal |
6 Comments »

Bayangkan hidup tanpa emel, lebih-lebih lagi emel percuma. Dalam 10 tahun dulu, hanya emel percuma seperti Hotmail dan Yahoo! memberikan perkhidmatan emel yang ringkas dan storan yang kecil. Sekarang ni muncul pula GMail dan Lycos yang menyediakan sistem emel yang lebih menarik dan selamat. Berikut adalah 5 emel percuma yang boleh anda gunakan.
1. GMail – mail.google.com/
GMail adalah pendahulu terulung dalam arena emel berasaskan web . Ia selamat, mudah digunakan di mana sahaja. GMail adalah di antara perkhidmatan percuma yang menggunakan perlindungan anti-phishing paling kuat. Ia juga satu-satu perkhidmatan menyediakan ciri capaian pelbagai pengguna untuk dokumen dan lebar helaian. Ia mempunyai banyak kegunaan sehingga kita tidak mahu berhenti menggunakannya.
2. Windows Live – www.hotmail.com/
Windows Live muncul daripada kematangan Hotmail. Ia menyediakan perkhidmatan emel yang hebat dengan penapisan spam dan mel sampah. Ia juga digabung dengan Windows Live Messenger.
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »

JPA telah menyediakan satu aplikasi online untuk penjawat awam mengira pencen, ganjaran dan GCR di Portal pencen. Jadi kepada sesiapa nak pencen tu atau ada ayah/ibu anda nak pencen boleh la cuba mengira di sini ==> http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html
Portal pencen ini juga menyediakan pelbagai informasi berkenaan persaraan penjawat awam. Antara maklumat yang boleh di dapati ialah pengiraan anggaran seperti link di atas, mengetahui status anda sebagai pesara atau bakal pesara, aplikasi mengenai maklumat persaraan anda dan lain-lain lagi. Pendek kata semuanya ada di sini.
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »
ICT adalah topik AP suka bila melayari internet, jadi apabila online sahaja. mula AP mestila buka FaceBook dulu, heheheheh. Nak wat camne, FB kan laman sosial utama. Lepas tu barulah AP melayari blog-blog favourtite AP. Kali ini AP ingin berkongsi dengan pembaca blog 5 Blog ICT yang AP selalu singgah untuk mengetahui perkembangan dunia ICT sekitar kita. 5 pilihan blog ICT apa ialah:
1. Amanz.My

Tak perlu dipertikaikan lagi blog ni, , memang selalu dikemaskini dengan berita-berita ICT terkini tempatan. 5 bintang utk blog ini
.
2. SumberTerbuka.Net

Memandangkan AP kerja dalam kerajaan sekarang, dan kebanyakan agensi kerajaan lebih terarah kepada penggunaan Sumber Terbuka berbanding sumber berlesen. Jadi sekali sekala AP kena lah singgah kat blog yang memaparkan berita perihal teknologi sumber terbuka ni seperti linux dan lain-lain. Ap masih lagi dalam proses pembelajaran tentang perihal ini.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Kali ini AP berkongsi satu laman web yang mengumpul koleksi ucapan, temuramah dan artikel salah seorang pemimpin negara kita, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 Malaysia. Anda akan dapat mebaca hampir kesemua koleksi ucapan, temuramah dan artikel mengenai Dr. Mahathir di laman web Mahathir.Com , kesemua koleksi artikel & temuramah ini ditulis dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Jadi jika anda ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang salah seorang pemimpin agung Malaysia ini, boleh la ke laman web Mahathir.Com .
AP: Kagum dengan perubahan yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir kepada Malaysia sekarang.
Posted by Akmal |
5 Comments »

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, AP ingin memperkenalkan 2 laman web yang sangat berguna untuk anda gunakan sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu SahurBerbuka.Com dan TimeToBuka.Com . Kedua-dua laman web ini memaparkan waktu berbuka dan imsak mengikut lokasi. Ianya boleh di gunakan dalam peranti mobil seperti telefon pintar. Antara 2 laman web ini, AP hanya menggunakan web SahurBerbuka.Com sahaja kerana TimeToBuka.Com tidak dapat memaparkan waktu, asyik Getting Location aje
.
(more…)
Posted by Akmal |
6 Comments »

Penggunaan whiteboard online pada zaman serba pantas ini memang bertepatan pada masanya. Selain meningkatkan kreativiti, ia juga mampu menjanan produktiviti dengan memudahkan urusan kerja seperti perbincangan, pemerahan idea, visual, perkongsian fail serta banyak lagi.
Bayangkan semua kerja-kerja ini boleh dilakukan pada sekeping kanvas kosong (atau dalam hal ini sebuah skrin putih komputer). Anda memulakan sebuah idea secara spontan, melukis atau melakarkanya di talian, dan kemudian di sambung pula oleh rakan anda, semua dalam masa sebenar meskipun anda dan rakan berada di lokasi berbeza. Semua ini boleh dilakukan di DabbleBoard.Com .
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Janji perlu dikotakan, sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini dalam post Penghargaan Kepada Top 3 Pengkomen 2010. Kali ini giliran pengkomen yang ke-3 tertinggi pada tahun 2010 iaitu ZikriHusaini.Com pula untuk di review.
Dengan tagline Kemesraan Yang Berkekalan, menjadikan owner blog ini seorang yang begitu mesra dalam komuniti blogger di Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika nama beliau banyak muncul di kebanyakan blog-blog Malaysia kerana beliau seorang yang mesra dan suka blogwalking (Tak macam AP yang selalu je sibuk dengan kerja-kerja di pejabat :p ). Jika dibaca perihal pemunya blog ZikriHusaini.Com di page About, beliau adalah seorang yang berasal dari Muar, Johor. Sudahpun berkerjaya di tahun 2011 kini tapi rahsia la pulak.
(more…)
Posted by Akmal |
17 Comments »

Kemudahan teknologi hari semakin memudahkan kehidupan manusia di seluruh dunia, hari ke hari ada sahaja pembaharuan yang dilakukan di internet demi memudahkan gaya kehidupan seharian kita. Kalau dulu tanpa internet, untuk membeli sesuatu kita perlu keluar rumah dan menhadapi kesesakan jalan raya. Tapi kini tidak lagi dengan adanya teknologi internet. Kita boleh membeli secara online dan produk yang kita beli akan sampai ke rumah kita melalui pos. Salah satu produk yang dah lama menggunakan gaya pembelian ini ialah pembelian produk buku. Kali ini AP ingin review salah satu laman web jual buku secara online iaitu BookCafe.Com.My: Kedai Buku Online PTS .
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »

Adakah anda sedang mencari bahan rujukan seperti kertas kerja? tesis? tutorial? atau apa-apa dokumen rujukan. Anda boleh cuba mencari di DocStoc.Com. DocStoc.Com adalah sebuah laman web yang menyediakan platform kepada pengguna internet seluruh dunia untuk berkongsi segala jenis dokumen secara online. Di sini anda boleh mencari bermacam-macam jenis dokumen seperti kewangan, pendidikan, perniagaan, undang-undang, teknikal dan lain-lain lagi. DocStoc.Com ibarat seperti Google, enjin carian tetapi khas untuk dokumen sahaja.
(more…)
Posted by Akmal |
20 Comments »