May
19th

Cara Tunaikan Adsense Melalui Western Union

Files under Internet Money, Tips | 4 Comments

Salam eBiz semua,

Memandangkan aku tak pandai mcm mana nak tunaikan adsense melalui Western Union yang terbukti lebih cepat dan efektif berbanding cara aku tunaikan adsense sekarang iaitu melalui Deposit Cek di bank2 tempatan (Selalunya CIMB Bank) yang mengambil masa lama sehingga 5-6 minggu baru masuk akaun. Aku terjumpa 1 artikel di blog Saudara Munawar, salah seorang penggiat Adsense yang aktif. Terima kasih juga kepada Saudara Lanchini kerana perkenalkan saya kepada salah seorang penggiat adsense yang berjaya ini.

Dibawah ini adalah beberapa langkah tunaikan adsense melalui Western Union yang dipetik drpd artikel bertajuk Cara Tunaikan Pendapatan Adsense Melalui Western Union.

Langkah#1: Login ke Akaun Google Adsense

Langkah#2: Klik “My Account”

Langkah#3: Klik “Payment History”

Langkah#4: Klik “Payment issued – details” (anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah)

(more…)

May
10th

Forum Komuniti MajalahIM.com

Selepas berjaya menghasilkan 13 edisi MajalahIM.com yang banyak memberi informasi tentang perniagaan internet kepada newbie dan juga oldbie. Kali ini Team FlareBiz yang terdiri drpd 2 orang anak muda jati kelantan (labanon dan zhafran)  melangkah maju setapak lagi dalam ebiz dengan mengadakan forum komunti MajalahIM. Forum ini mula online pada 23 April 2009, aku ketahui pun melalui email subscription.

Di forum ini anda dapat mendalami ilmu perniagaan internet dengan lebih mendalam lagi. Anda akan dapat  mengenali,bertanya, berkongsi idea malahan mencari JV partner dengan ahli-ahli yang lain yang mempunyai minat yang sama, iaitu mempelajari cara-cara mencari duit di internet. Bagi sesiapa yang bercita-cita menjadi moderator forum bolehla mula aktif dalam forum ini kerana forum ini dalam proses mencari moderator. (more…)

Apr
26th

Cek Adsense Ke – 4: USD551.61

Files under Internet Money | 10 Comments

Akhirnya setelah 1 bulan menunggu kedatangan cek adsense aku kali ke-4,ahirnya pada 23 April lepas, aku dapat jugak cek yang bernilai USD551.61, heheheh…..Alhamdulillah. Syukur. Kalau dalam RM nilainya lebih kurang berapa ekk? Berdasarkan laman XE, bila di tukar ke RM dan selepas tolak charge servis pertukaran di bank CIMB mungkin nilainya dalam RM1900++ :) . Tetapi sekarang nilai klik di asense semakin ciput. Kalau dulu setiap hari aku akan dapat USD1-2, tetapi sekarang USD1-2 utk seminggu. Tidak seperti pada tahun 2007, semasa aku mula2 mengenali adsense, 1 hari dapat USD4-5. Nampaknya nilai per klik adsense susut dengan drastik sekali.

(more…)

Mar
31st

Jawab Soalan Dapat Duit


Anda pasti pernah dapat soalan survey di internet, social networking, email, tempat kerja, tempat belajar dan juga tempat lain. Di internet terdapat satu web komuniti dimana anda perlu daftar dan menjawab soalan-soalan tertentu dengan bayaran tertentu iaitu YouthSays.com (Malaysia’s Largest Youth Opinion Community). Web komuniti ini disokong oleh syarikat-syarikat korporat yang besar seperti Maxis, TM, Astro, Kementerian Belia & Sukan, Celcom dan lain-lain lagi.  Setiap pendapat dan survey yang anda jawab melalui web komuniti ini akan dibayar dengan jumlah elaun tertentu, cukup RM50 cek akan dihantar ke rumah anda. (more…)

Mar
17th

MajalahIM.com: Sumber Inspirasi Perniagaan Internet Malaysia

Anda masih mencari sumber rujukan bagaimana untuk mempelajari selok-belok perniagaan internet? Masih tidak tahu bagaimana mulakan perniagaan internet? Siapakah yang telah berjaya dalam perniagaan internet? Apa itu IM? Apa itu Internet Marketer? Semua soalan-soalan ini pernah bermain difikiran aku satu ketika dahulu. Sekarang anda tidak perlu lagi susah-susah menggunakan pak cik Google atau Mak cik Yahoo ataupun adik MSN Search Live untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi ke www.majalahim.com dan daftar langganan majalah elektronik perniagaan internet pertama di Malaysia secara PERCUMA. Majalah IM padat dengan segala ilmu perniagaan internet amat sesuai untuk ‘newbie‘ mahupun ‘oldbie‘ yang ingin membina kerjaya di depan komputer mereka. Langganlah majalah yang sepatutnya berbayar ini!!! Apa yang pasti, setiap bulan anda akan dapat ezine secara percuma melalui email dan terlalu banyak maklumat tentang perniagaan internet semasa di Malaysia. Penulis-penulis untuk ezine ini pulak terdiri daripada beberapa pakar IM terkenal di Malaysia dalam beberapa cabang perniagaan internet. (more…)

Feb
24th

Akhirnya Adsense Aku USD550.60

Files under Internet Money | 9 Comments

Selepas 14 hari aku post tentang Adsense USD550: Income Kali Ke-4, malam tadi aku telah cek dalam akaun Adsense, jumlahnya telah tercapai iaitu USD550.60. Alhamdulillah, dalam masa 14 hari Adsense aku meningkat sebanyak USD2.99 sahaja. Huhuhuhu…jumlah yang amat sedikit, ini mungkin kerana sudah lama aku tidak update blog2 Adsense aku dan tidak melakukan marketing secara efektif kerana kesuntukan masa. Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kepada tuhan dengan rezeki ini. Selepas Untick Hold Payment,  cek adsense aku yang ke-4 akan sampai ke rumah terus drpd California, USA atau pun Switzerland dalam masa 1 bulan. (more…)

Feb
10th

Adsense USD550: Income Kali ke-4

Files under Internet Money | 12 Comments

Bagi mereka yang masih belum tahu apa itu Google Adsense. Meh aku terangkan sedikit, Google Adsense atau lebih dikenali Adsense sahaja adalah satu sistem pengiklanan untuk website/blogger owner seluruh dunia yang disediakan oleh Google Inc. Hampir 90% laman web diseluruh dunia mempunyai Google Adsense walaupun hanya 1 iklan Adsense sahaja. Begitu kuat sekali pengaruh Adsense dalam dunia internet di seluruh dunia. Aku mula mengenali Adsense pada akhir tahun 2006, ketika mengikuti seminar perniagaan internet 3dalam1 yang dianjurkan oleh Saudara Osman Affan. Di seminar itu juga aku bertemu Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia), orangnya kecil molek. Pemalu jugak orangnya masa itu. Selepas itu aku pun mulalah daftar Google Adsense dan letak kod iklan didalam website aku www.aktechpage.com yang dibangunkan dengan CMS Joomla pada ketika itu. Masa ini aku masih lagi peringkat awal belajar perniagaan internet dan Adsense earning tidak begitu memberangsangkan. (more…)