
Salah satu syarikat percetakan bumiputera terbesar di Malaysia iaitu Ultimate Print Sdn Bhd telah menyediakan satu perkhidmatan percetakan online kepada seluruh rakyat Malaysia melalui laman web www.u-print.com.my (U-Print) . Perkhidmatan online ini sudah sedia ada sejak tahun 2009 lagi tetapi sejak masuk tahun 2010, pembaikan interface dan perkhidmatan melalui laman web U-Print telah dipertingkatkan lagi demi untuk memudahkan pelawat membuat tempahan dan bayaran atas produk-produk yang di tawarkan.
(more…)
Posted by Akmal |
4 Comments »

Jika anda ingin memeriksa SEO dan informasi berkenaan sesuatu laman web, anda bolehlah mencuba RankBuzz.com . RankBuzz.com ialah salah tu tool SEO dan Informasi Domain yang terdapat di internet. Tool ini dibangunkan oleh Fadzli.net. Secara ringkasnya anda boleh menggunakan Tool ini untuk mengetahui informasi berkenaan sesuatu laman web/blog seperti ranking di Alexa, google pagerank, index pages, image laman web/blog dan lain-lain lagi. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah masukkan alamat laman web/blog, contohnya blog ini aktechpage.com dalam textbox yang disediakan seperti gambar di atas.
(more…)
Posted by Akmal |
14 Comments »

Rasanya blog ini tidak perlu lagi diperkenalkan lagi kerana hampir kesemua blogger dan pelayar-pelayar internet di Malaysia sudah mengenali blog amanz.my. Walaupun begitu aku mahu juga review blog ini kerana nak tambah koleksi review laman web atau blog yang best dan berguna dalam kategori internet di blog aktechpage.com ini.
Blog amanz.my ini ditadbir oleh seorang anak muda Melayu yang masih lagi belajar di sebuah universiti swasta tempatan. Dengan tagline iaitu “Informasi Komputer dan Teknologi Semasa“, sememang sudah di akui segala maklumat berkenaan informasi dan teknologi menjadi isi utama untuk blog ini yang mana disampaikan dengan begitu cepat, ringkas dan padat oleh amanz.my .
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »

Adakah anda pernah mendengar radio internet? Adakah radio internet ni sama dengan radio-radio terkenal yang lain seperti Radio ERA, Hot FM, Mix FM, THR dan lain-lain? Sebenarnya radio internet adalah salah satu cara komunikasi menyalurkan siaran radio dari konti melalui medium internet. Memandangkan sekarang ini hampir kesemua syarikat radio sudahpun mempunyai radio internet tersendiri kerana ia sekarang adalah salah satu keperluan asas di zaman serba serbi menggunakan internet. Sebenarnya membuat radio internet tidaklah begitu susah dan kosnya adalah murah sedikit berbanding radio popular yang lain. Anda hanya perlukan beberapa peralatan dan perisian untuk membuat radio internet. Namun begitu bukan perkara mudah untuk menyelenggara sebuah radio internet terutama yang beroperasi 24 jam tanpa henti dan menjadikannya sebuah radio yang memenuhi selera pendengar. Komitmen setiap ahli dan penyusunan strategi yang teratur diperlukan untuk menjayakan sesatu radio internet beroperasi dengan baik dan memenuhi permintaan pendengar.
FuhyooFM Dot Com adalah radio internet pertama di Malaysia yang mempelopori bidang pendidikan sebagai landasan utama dalam mengcungkil bakat-bakat muda khususnya bagi mereka yang minat dalam bidang penyiaran.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Buat julung-julung kalinya Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia yang terbesar akan diadakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC). Konvesyen ini yang dinamakan sebagai Malaysia Internet Summit 2010 diadakan selama 1 hari yang mengumpulkan 12 orang pakar pemasaran internet Malaysia yang akan memberi ceramah mendedahkan rahsia kejayaan mereka membina empayar perniagaan internet masing-masing. Antara 12 orang pakar pemasaran internet yang dilantik panel penceramah ialah Irfan Khairi, Shuth, SmartZul, Gobala Krishnan, SaifulSham, Ammar Zahar, Labanon Flarebiz, Amirol, Sifu Lan, Zaki Yusof dan Puan Ann. Kesemua 12 panel ini adalah sebahagian nama-nama besar di persada pemasaran internet Malaysia.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »
Bagi peminat sukan F1 dan juga sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan pasukan F1 Malaysia iaitu Lotus F1 Racing team bolehlah mengunjungi laman web rasmi iaitu www.LotusF1Racing.my

Menurut sumber tidak rasmi, laman web ini tidak siap sepenuhnya lagi. Laman web ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Mungkin bulan Mac 2010 barulah siap sepenuhnya. Dalam laman web ini tidak banyak maklumat yang dipaparkan, hanya memaparkan berita perkembangan semasa, kalendar f1 2010, kereta (belum ada lagi), biodata personaliti penting dalam pasukan, partner, bahagian extra pula memaparkan koleksi gambar dan video. Manakala bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dalam pasukan F1 ini bolehlah menghantar CV di Recruitment.
(more…)
Posted by Akmal |
10 Comments »
Di zaman dunia sekarang yang bergelar Zaman ICT ataupun Dunia internet. Semua sumber informasi seperti berita sangat cepat tersebar, contohnya kematian Raja Pop Dunia Michael Jackson menyebabkan traffik internet sangat sibuk hingga beberapa server down pada satu ketika yang melibatkan Google, Twitter, CNN, Wikipedia dan lain-lain. Sekarang berita bukan sahaja boleh diperoleh di TV, radio atau surat khabar, di zaman milennium sekarang sudah menjadi trend bahawa berita lebih mudah di dapati menerusi internet. Malah kini berita internet lebih pantas disebarkan berbanding media-media lain.
Di sini disenaraikan 5 laman web berita internet yang popular pilihan aktechpage.com .
1. INTERNET NEWS
www.internetnews.com

Menyediakan berita semasa untuk pengurus ICT dan mereka yang berminat tentang perniagaan ICT, isu semasa ICT dan teknologi berasaskan internet.
(more…)
Posted by Akmal |
6 Comments »
Dari hari ke hari perkembangan teknologi internet semakin maju dan mudah untuk pengguna internet seluruh dunia. Contohnya dalam penyuntingan imej, jika dahulu pengguna perlu install perisian penyuntingan imej ke dalam komputer sendiri, tetapi sekarang penyuntingan imej boleh dilakukan terus secara online tanpa perlu install apa-apa ke dalam komputer. Dengan adanya kemudahan ini anda boleh menyunting gambar dan lakukan pelbagai jenis efek dan manipulasi. Berikut adalah 5 penyunting imej online yang popular untuk masa sekarang,
1) Adobe Photoshop Express

Adobe Photoshop Express adalah versi ringan penyunting imej utama Photoshop kerana ia ada beberapa menu gaya Photoshop dan Photoshop Elements. Anda boleh sunting imej dan gunakan imej yang disunting untuk Facebook, Photobucket dan Picasa.
(more…)
Posted by Akmal |
6 Comments »

Baru-baru ini WordPress telah diumumkan sebagai pemenang untuk anugerah Overall Best Open source CMS Award 2009 dalam pertandingan Open Source CMS Awards. Pertandingan ini telah di anjurkan oleh PACKT Publishing, iaitu sebuah syarikat menjual buku ICT yang berasaskan Open Source secara online yang berpangkalan di Birmingham, England. PACKT Publishing telah menganjurkan pertandingan Open Source CMS Awards sejak tahun 2006. Keputusan pertandingan di tentukan oleh undian pengguna CMS dari seluruh dunia yang diselia oleh pakar-pakar CMS yang terpilih.
(more…)
Posted by Akmal |
4 Comments »
Bagi yang suka memberi komen di Friendster, Tagged dan MySpace pasti akan teringat grafik komen-komen daripada Testi iluvislam.com trademark yang terletak di dalam setiap grafik comment yang digunakan. Itu adalah salah satu cara promosi yang digunakan iluvislam.com untuk mendekatkan diri dengan pengguna internet yang kebanyakan orang muda. Sebenarnya iLuvislam.com bukanlah setakat menyediakan grafik-grafik yang menarik untuk di gunakan di dalam Social Networking, tetapi lebih daripada itu.

Kebiasaanya pengguna internet membayangkan laman web keagamaan akan menjadi laman web yang serius, kurang menarik dan informasi hanya fokus kepada soal-soal keagamaan semata-mata. tetapi, di www.iluvislam.com menjadikan laman web yang dibina oleh lima anak muda ini menjadikan pengguna internet mendekati Islam dengan cara lebih interaktif dan menarik. Ia membawa Islam dari perspektif tempatan dan global serta di perkukuhkan lagi dengan isi kandungan berkualiti yang boleh dimanfaatkan. Tidak hairanlah iluvislam.com kini dilawati lebih 13 juta orang sejak tahun 2007 malahan sekarang ini sudah diterbitkan dalam bentuk fizikal iaitu Akhbar Majalah ILuvIslam.com
(more…)
Posted by Akmal |
2 Comments »