
Adakah anda sedang mencari bahan rujukan seperti kertas kerja? tesis? tutorial? atau apa-apa dokumen rujukan. Anda boleh cuba mencari di DocStoc.Com. DocStoc.Com adalah sebuah laman web yang menyediakan platform kepada pengguna internet seluruh dunia untuk berkongsi segala jenis dokumen secara online. Di sini anda boleh mencari bermacam-macam jenis dokumen seperti kewangan, pendidikan, perniagaan, undang-undang, teknikal dan lain-lain lagi. DocStoc.Com ibarat seperti Google, enjin carian tetapi khas untuk dokumen sahaja.
(more…)
Posted by Akmal |
20 Comments »

Sebelum kewujudan rangkaian laman sosial FaceBook dan Twitter, ramai di antara pengguna internet tahu bahawa Friendster adalah antara laman sosial pertama yang mengajar konsep rangkaian laman sosial serta pernah menjadi antara yang diminati. Baru-baru ini, laman friendster mengumumkan bahawa mereka akan menjalankan pembaharuan terhadap laman sosial tersebut, namun segala data dan maklumat seperti gambar, artikel, testimonial, ‘shoutout’, blog dan grup yang diikuti tidak akan dapat dipindahkan melainkan hanya kata kunci dan kata laluan sahaja.
(more…)
Posted by Akmal |
21 Comments »

Anda suka permainan teka silang kata, carian perkataan atau menyelesaikan mesej tersembunyi? Jika anda suka anda boleh membina sendiri teka-teki ini dan cuba selesaikan ia mengikut kelesesaan kita sendiri melalui laman web PuzzleMaker.DiscoveryChannel.Com (PuzzleMaker) . PuzzleMaker juga boleh dijadikan idea menarik bagi aktiviti keluarga, aktiviti di sekolah, aktiviti promosi, hari keluarga pejabat atau mungkin diberikan kepada rakan bagi menguji kecekapan mereka. Anda bebas membina, mencetak dan menghantarnya menerusi emel dan semua ini ditawarkan PERCUMA.
(more…)
Posted by Akmal |
27 Comments »

Anda ingin belajar linux daripada A – Z ??? Anda ingin mendalami ilmu linux dengan lebih mendalam lagi ?? Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana sudah ada 1 laman web bahasa Melayu yang membolehkan anda mempelajari perihal Linux iaitu JomLinux.com . JomLinux.com memaparkan berita-berita terkini mengenai dunia Linux tempatan dan juga antarabangsa. Di sini anda akan dapat mebaca pelbagai rencana, tutorial, reviu dan aktiviti yang semuanya berkaitan linux.
Apakah Ciri-Ciri JomLinux.Com ??
(more…)
Posted by Akmal |
15 Comments »

Satu lagi community blogging iaitu Blogged.my yang membolehkan para blogger ping kan post untuk SEO blog masing-masing. Blogged.my juga mengumpulkan pelbagai jenis blog dalam satu komuniti. Anda hanya perlu daftar sahaja dan memasukkan alamat blog anda, setkan blog anda ping secara automatik setiap kali ada post terbaru. Di Blogged.my anda akan dapat melihat beberapa post terbaru daripada ahli komuniti yang terkini, yang popular minggu ini, yang popular bulan ini dan juga yang popular tahun ini. Cuma 1 je yang takde iaitu kategori blog. Walaupun begitu ianya masih lagi boleh dikategorikan mengikut tag untuk melihat pelbagai jenis post melalui menu Browse Tags.
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »

Huh agak lama juga tak buat post ni, ade lah dekat 13 hari (Dekat 2 minggu tu!!!). Terima kasih kepada sahabat blogger iaitu dnoBiz.com kerana bertanya khabar melalui ChatBox kenapa lama tak buat post? (Ada juga rakan blogger yg perasan
). Sebenarnya pada akhir bulan September dan awal Oktober 2010 ada beberapa hal yang menyebabkan aku tidak dapat buat posting, tetapi kebanyakannya adalah yang membabitkan kerjaya lah, kerjaya perlu di utamakan sementelah lagi inilah sahaja periuk nasi aku. Woopsss sebelum melalut lebih panjang seperti mana tajuk posting kali ini, blog aktechpage.com sekarang ini sudah berada dalam rumah baru (Hosting Provider) selepas berada dalam hosting lama yang sebelum ini selama 4 tahun, ini adalah kali pertama dalam sejarah aktechpage.com sejak online berpindah hosting. Tak perlu di sebutkan apa nama hosting yang digunakan sebelum ini, apa yang penting sekarang ini blog aktechpage.com sekarang berada dalam hosting KLServer.biz, original from Kelate. Hehehehe
(more…)
Posted by Akmal |
32 Comments »

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, aku ingin review salah 1 blog keagamaan yang selalu menjadi rujukan dalam bab-bab agama Islam. Alhamdulillah, dengan adanya blog, kita dapat mempelajari banyak ilmu termasuklah ilmu keagamaan. Blog kali ini yang ingin aku review ialah blog Zaharuddin.net , rasanya blog ini sudah ramai yang kenal kerana pemilik blog ini iaitu Ustaz Hj. Zaharuddin adalah seorang yang tidak asing lagi dalam membicarakan hal ehwal agama Islam di Malaysia. Beliau adalah salah seorang pendakwah bebas, penulis buku, penceramah, pensyarah, konsultan syariah, penasihat dan banyak lagi.
(more…)
Posted by Akmal |
5 Comments »

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, aktechpage.com ingin review satu laman web islamik iaitu QuranExplorer.com: Quran Recitation and Translation Online in Arabic, English & Urdu. Pendek kata QuranExplorer.com adalah satu laman web bacaan Al-Quran online yang mempunyai terjemahan dalam Bahasa Arab, English & Urdu. Anda boleh mendengar bacaan sambil membaca Al-Quran yang dibacakan oleh 6 Qari terkenal iaitu Abdul Baasit, As Sudays Shraym, Khalil Husari, Mahmood Albana, Mishari Rashid, Salah Bukhatir, Sheikh Ahmed Ajmi, Sheikh Minjawi, Sheikh al Huzaifi dan favourite aktechpage.com, Saad Al Ghamdi. Anda boleh memilih Qari yang manakah ingin dengar pembacaan Al-Quran.
(more…)
Posted by Akmal |
18 Comments »

Seperti yang dimaklumkan bahawa sekarang ini satu konvoi bantuan kemanusian iaitu Konvoi Bantuan Antarabangsa Flotilla sedang dalam perjalanan ke Palestin untuk membekalkan bahan bangunan dan bekalan perubatan dalam perjalanan ke Tebing Gaza melalui jalan laut. Maklumat terkini bahawa konvoi keamanan tersebut telah di serang oleh sekumpulan komando Israel pada waktu pagi waktu tempatan dan dipercayai 16 orang terkorban dan lebih 50 orang cedera. Malahan beberapa buah kapal konvoi tersebut telah dirampas.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Selain drpd blog biasa seperti wordpress, blogspot.com, joomla dan lain-lain, blog khas untuk memaparkan gambar-gambar sahaja juga ada yang dipanggil PhotoBlog. Salah satu platform PhotoBlog, CMS platform yang percuma ialah Pixelpost. PixelPost lebih kurang sama seperti WordPress juga tetapi yang membezakan PixelPost ialah ianya lebih fokus kepada berbentuk Photoblog. Jika anda seorang yang suka menyimpan gambar dan memaparkan gambar kepada umum, anda bolehlah menggunakan PixelPost sebagai platform Photoblog di internet. PixelPost amat sesuai untuk seseorang yang mempunyai kerjaya dalam fotografi atau grafik memaparkan hasil kerja di internet.
(more…)
Posted by Akmal |
13 Comments »