Dr Zaharuddin Abd Rahman didalam rancangan Halaqah TV9 membicarakan tentang Dinar Emas.
Emas, dikatakan adalah satu pelaburan yang sangat bagus untuk masa depan malahan turut disokong oleh hadis sahih dan Al-Quran. AP pun sedang mempelajari apakah kelebihan emas. Apabila taip kata kunci ‘Kelebihan Emas‘. Terdapat beberapa senarai laman web yang menarik AP mengetahui apakah itu Dinar Emas atau pelaburan emas. Di sini disenaraikan 30 kelebihan emas yang dipetik daripada HargaEmas.Com.My .
Untuk panduan kita semua…
Apa yang patut di lakukan selepas kita kencing…
Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.
PALO ALTO, California – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.
Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.
“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.
Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.
Masih releven lagi kah jika aku menyentuh soal pertembungan bola sepak di antara Malaysia – Indonesia di akhir tahun 2010 lalu? Sebenarnya draf post di awal tahun 2011, tetapi disebabkan oleh kesibukan melaksanakan my 1st government projek, tetiba tersadai je post ini di dalam draf. Jadi sementara otak ku ni selalu lesu akibat memerah otak di siang hari di pejabat. Jadi aku publishkan post ini hari ini untuk tatapan umum sebagai satu wadah perbincangan secara rasional dan waras dalam membincangkan isu ini.
Dalam cuti-cuti minggu ni sambil merehatkan otak yang agak tension di bulan Januari 2011 akibat tekanan launching projek sistem baru. Aku pun saje godek2lah internet di beberapa forum indonesia untuk melihat isu hangat Final Piala AFF Suzuki antara Indonesia dan Malaysia. Aku ingin mengetahui apakah pendapat kebanyakan rakyat Indonesia mengenai kekalahan mereka di tangan Malaysia, negara yang serumpun yang selalu mereka rendah2kan. Sebenarnya sentimen kebencian Malaysia ni bukan sahaja dalam bola sepak, tetapi juga dalam badminton turut terjadi di mana beberapa pemain badminton kita pernah di ludah oleh penyokong fanatik indonesia di pintu masuk kawasan gelanggang. Dalam banyak-banyak survey aku, aku terpaut dengan 1 komen yang ikhlas drpd seorang peminat bola sepak Indonesia yg waras dan rasional.
Huh… SYABAS pasukan bola sepak Malaysia terutamanya kepada Jurulatih K. Rajagopal, pemenang kasut emas Mohd Safee Mohd Sali, penjaga gol terbaik punya Khairul Fahmi, perancang pasukan Nor Shahrul Idlan Talaha dan pertahanan muda 19 tahun Mohamad Fadhli Mohd Shas yang mampu mengawal penyerang import Indonesia Cristian Gonzales. Walaupun pasukan kita banyak menerima provokasi, ancaman, gangguan malahan stadium Gelora Bung Karno pun hanya di penuhi lautan merah penyokong fanatik Indonesia. Akhirnya penyokong setia Indonesia pastinya segan silu melihat pasukan kesayangan mereka yang gah semasa perlawanan kumpulan dan membelasah Malaysia pada perlawanan pertama hanya mampu menjadi Naib Juara sahaja.
Sebagaimana dijanjikan sebelum ini dalam post Kucing2Terbiar.Blogspot.com: Kisah Kucing Yang Terbiar. Kali ini aktechpage.com membuat 1 lagi review berkenaan blog kucing iaitu KakiMotong.Blogspot.com, sebuah blog yang mengisahkan tentang kehidupan seharian seekor kucing jalanan yang bernama HERO di mana ia telah dianiaya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Blog picisan ini juga adalah sebagai wadah perjuangan Papa Hero dan para pencinta haiwan yang lain untuk membela nasib haiwan-haiwan yang terbiar. Mengikut apa yang aktechpage.com tahu, kucing yang bernama Hero ini cacat kedua-dua kaki hadapannya akibat di potong oleh seorang tukang masak sebuah restoran akibat daripada Hero mencuri seekor ikan, benar atau tidak cerita ini wallahualam.
Akhirnya setelah menghadapi kegagalan pada cubaan pertama tahun lepas, akhirnya semalam Kelantan berjaya juga merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan melalui jaringan kemenangan Mohd Badri (Pya) dan jaringan penyamaan oleh Hairuddin Omar. Pada separuh masa pertama Negeri Sembilan terlebih dahulu melalui jaringan penalti Shahurain Abu Samah. Pada separuh masa pertama Negeri Sembilan mendahului 1 – 0 manakala Kelantan masih lagi tercari-cari rentak permainan.
Pada malam ini, 30 Oktober 2010 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, tepat jam 8.45 malam. Sekali lagi Skuad Bola Sepak Kelantan ataupun lebih dikenali The Red Warriors akan bertempur dengan Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan untuk kali kedua berturut-turut di pentas Final Piala Malaysia 2010. Bagi aktechpage.com sebagai seorang warga Kelantan turut tumpang berbangga dengan pencapapai Skuad Kelantan masa kini walaupun aktechpage.com kurang berminat dengan bola sepak tempatan dan juga bukanlah peminat fanatik bola sepak. Sejak layak ke Final ni, sekarang ini di sana sini kawan-kawan aktechpage.com sibuk bertanya adakah aktechpage.com turun Stadium Bukit Jalil ataupun tidak, malahan semua rakyat Kelantan tidak kira tua muda semua bertanyakan pasal ini. Dan Boss aktechpage.com di pejabat juga turut menyewa sebuah bas khas untuk pekerja-pekerja yang ingin ke Bukit Jalil (Boss aktechpage.com pun pergi juga dgn bas tersebut ). Itulah lah dia penangan Final Piala Malaysia 2010 untuk orang-orang Kelantan, betapa tingginya semangat diorang dalam menyokong Skuad Bola Sepak, mmg luar biasa sekali (Tumpang bangga ).
Baru-baru ini sebelum Hari Raya dan selepas Hari Raya aku terpaksa memperbaharui insurans kenderaan jalan motor dan kereta untuk membolehkan cukai jalan di perbaharui. Hangus sedikit duit Raya aku…huhuhu…takpelah.. setahun sekali kan kena bayar. Terfikir pulak di kepala aku ini apakah insurans yang terbaik untuk kenderaan dan apakah itu insurans kenderaan? Seperti biasa segala informasi yang ingin aku ketahui akan search menggunakan Pak Cik Google ini. Mula-mula aku cari apakah insurans kenderaan terbaik di Malaysia?
Bukan kat Malaysia ni je yang ada masalah nak naik train komuter. Sebuah negara Asia Timur yang antara paling maju di dunia, masyarakat yang sangat berdisiplin dan antara mempunyai rangkaian keretapi termaju di dunia, Kat Jepun lagi ganas.
Sampai polis train pun tolong sumbat sekali. Tak tahu la macam mana keadaan dekat dalam tu. Imagine it yourself. Haha.
Kalo kat Malaysia sumbat-sumbat macam ni, apakah perasaan anda?
ps: pernah bersesak dalam KTM Komuter semasa mula-mula kerja dalam perkhidmatan awam di Kuala Lumpur, menghadapinya dengan tabah selama 2 bulan
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.