Keadaan jalan-jalan di kelantan masih lagi seperti biasa sejak hari ahad hingga kelmarin, jalan agak lenggang di waktu pagi sebab cuti sekolah sudah bermula cuma di waktu petang sahaja agak sesak sedikit tapi masih lagi di tahap biasa. Hari ini dan esok mungkin akan menjadi luar biasa kesesakan jalan di Kelantan ini kerana di jangka lebih kurang 600 000 kenderaan perantau akan mula masuk ke kelantan. Lebih setengah juta tu beb!!!!
SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?
Akhirnya demam World Cup 2010 akan berakhir di awal pagi Isnin esok, bagi yang bekerja pada hari Isnin, bersiap sedialah dengan bantal atau kopi tongkat Ali keesokan harinya di pejabat bagi sesiapa yang bekerja termasuklah aku. Untuk persediaan yang lebih rapi, tido lah awal-awal dan bila bangun nanti sembahyang sunat dulu seperti sembahyang tahajud ke, hajat ke, lepas tu layanlah Final World Cup 2010 ini .
Lagi 3 perlawanan lagi yang tinggal dalam World Cup ini, 2 perlawanan separuh akhir dan 1 perlawanan akhir. Sememangnya Demam World Cup sudah sampai kemuncaknya. Empat pasukan yang bakal menjadi Juara Dunia ialah Sepanyol, German, Belanda dan Uruguay. Jika dirujuk pada Demam World Cup Sudah Bermula (Waka Waka), Antara 4 pasukan tersebut, salah satu team favourite aku ada iaitu Sepanyol telah layak ke Separuh Akhir. Perancis terkandas di peringkat kumpulan lagi, manakala Korea Selatan dan Jepun terkandas pada peringkat pusingan ke-2 kalah mati. Walaupun begitu, peningkatan yang ditunjukkan oleh Korea Selatan dan Jepun sangat mengujakan, walaupun tewas tetapi mereka tewas dengan bermaruah.
Hari ini, 25 Jun 2010 genaplah setahun kematian Bintang Pop Lagenda Michael Jackson. Kematiannya yang mengejut di saat-saat sedang bersiap sedia untuk konsertc comebacknya yang dikatakan akan mencipta sejarah antara konsert terbesar dan penggunaan teknologi canggih yang terkini betul-betul mengemparkan dunia sehinggakan internet mengalami kesesakan trafik. aktechpage.com juga adalah salah seorang peminatnya terutama semasa zaman remaja belasan tahun dulu. Apa yang membuatkan aktechpage.com minat pada penyanyi lagenda ini adalah gerak tarinya yang unik dan bertenaga, malahan cara menyanyinya juga sangat hebat di samping muzik yang bertenaga. Boleh dikatakan apabila penyanyi ini melakukan persembahan, dia akan melakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan passion sekali. Itulah yang paling dikagumi.
Besok, 11 Jun 2010 maka bermulalah demam yang hanya berlaku 4 tahun sekali sehaja dan demam ini hanya melanda peminat bola sepak seluruh dunia selama sebulan sahaja iaitu Demam Bola Piala Dunia Bola Sepak 2010 ataupun lebih dikenali Word Cup dengan perlawanan pembukaan membabitkan Afrika Selatan lawan Mexico. Piala Dunia kali ini seperti sudah semua sedia maklum akan di adakan di Afrika Selatan yang bermula dari 11 Jun 2010 hinggalah perlawanan akhir pada 11 Julai 2010. Cukup-cukup 1 bulan tu demam bola ni . Aku ni nak kata gila bola x de lah sangat, sebab aku ni x pandai sangat main bola. Aku hanya tengok bola pada waktu yg betul-betul aku xde aktiviti langsung ataupun special matches macam Final Champion League, Final Match, World Cup dan juga EPL match yang membabitkan team favourite aku Arsenal FC.
Seperti yang dimaklumkan bahawa sekarang ini satu konvoi bantuan kemanusian iaitu Konvoi Bantuan Antarabangsa Flotilla sedang dalam perjalanan ke Palestin untuk membekalkan bahan bangunan dan bekalan perubatan dalam perjalanan ke Tebing Gaza melalui jalan laut. Maklumat terkini bahawa konvoi keamanan tersebut telah di serang oleh sekumpulan komando Israel pada waktu pagi waktu tempatan dan dipercayai 16 orang terkorban dan lebih 50 orang cedera. Malahan beberapa buah kapal konvoi tersebut telah dirampas.
Satu lagi berita yang mengejutkan industri hiburan tanah air Malaysia selepas pemergian Pelawak Terkenal Din Beramboi iaitu Vokalis Kumpulan Spin Abdillah Murad Md. Shari ataupun lebih dikenali Achik Spin telah meninggal dunia akibat daripada kemalangan maut di kilometer 14.7 Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) pada jam lebih kurang 6.15 petang semalam. Kemalangan maut ini melibatkan sebuah kereta MPV yang dinaiki oleh Allahyarham yang dipercayai terbabas lalu terbakar dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian apabila tercampak keluar 5 meter dari kenderaan yang dinaikinya terbakar.
Setelah mengalami proses pembangunan dan penyelidikan yang singkat untuk menghasilkan kereta lumba F1, akhirnya pada 12 Februari 2010 lepas, pasukan 1Malaysia Lotus F1 Racing memperkenalkan jentera F1 yang di reka bentuk oleh jurutera F1 berpengalaman Mike Gascoyne yang dinamakan Lotus T127 di London’s Royal Horticultural Hall untuk kali pertama selepas 16 tahun tidak aktif dalam arena F1. Jentera tersebut yang diwarnakan tradisional pasukan Lotus iaitu hijau kuning (Macam pasukan bola Kedah plak) diperkenalkan bersama-sama dengan barisan pemandu dan juga pengurusan pasukan F1. Jentera Lotus T127 akan diuji sepenuhnya di atas trek pada sesi ujian kedua di litar Jerez, Sepanyol pada 18 Februari.
Akhirnya segala teka-teki siapakah pemandu-pemandu untuk pasukan 1Malaysia F1 Team (1MF1T) atau akan dikenali di dalam Kalendar F1 2010 sebagai Lotus F1 Racing Team telahpun terjawab semalam. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak telahpun mengumumkan 3 pemandu iaitu Pemandu Utama Jarno Trulli (seorang pemandu F1 yang sangat berpengalaman bersama Jordan, Renault & Toyota), pemandu kedua Heikki Kovaleinen (Seorang pemandu warga Finland yang berbakat besar pernah bersama Renault dan Mclaren) dan pemandu ketiga yg bertindak sebagai pemandu simpanan merangkap pemandu uji Fairuz Fauzy (Pemandu Malaysia yg paling berbakat setakat ini yang pernah menyertai A1GP, GP2 dan naib Juara World Renault Series).
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.