Dec
4th

Sorok Budu: Drama Oghe Kelate :)

Files under Kelantan, Video | 8 Comments

Masa hari raya Aidiladha lalu,  AP telah menonton 1 drama khas untuk orang kelantan arahan Pelawak terkenal Sabri Yunus. Apabila melihat drama ini, AP teringat betapa uniknya oghe kelate (orang kelantan). Kisah drama ini menceritakan bagaimana anak muda kelantan yang bernama Deris mencari rezeki di kota besar Kuala Lumpur yang mula-mula datang perlu membiasakan diri untuk survive. Sehinggakan terpaksa melupakan loghat kelate dan adat susila negeri demi mengejar kejayaan yang diingini.

(more…)

May
27th

Alemy Meggi Ketam di Cherang Ruku, Sedapppp

Files under Kelantan | 17 Comments

Anda pernah makan Megi Ketam ??? Di kelantan makanan ini semakin popular, bermula dengan hanya 2 kedai sahaja di Cherang Ruku, Pasir Puteh dan Pauh Sembilan, Bachok. Dari semasa ke semasa kedai makanan yang menyediakan Megi Ketam semakin banyak, namum begitu bukan senang nak menyediakan makanan ini kerana menu utamanya iaitu Ketam perlulah ada sentiasa bekalan. Jika tiada ketam yang segar susahlah nak menyediakan juadah yang istimewa ini. Kali ini AP akan menceritakan serba sedikit pengalaman makan Megi Ketam di Cherang Ruku, Pasir Puteh beberapa kali sebelum ini.

(more…)

May
1st

Bangga Kawe Jadi Orang Pasir Mas

Files under Kelantan | 22 Comments

Pasir Mas ‘Kilang’ Jelitawan

Sumber: Harian Metro

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

(more…)

Oct
31st

Akhirnya…. KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010

Akhirnya setelah menghadapi kegagalan pada cubaan pertama tahun lepas, akhirnya semalam Kelantan berjaya juga merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan melalui jaringan kemenangan Mohd Badri (Pya) dan jaringan penyamaan oleh Hairuddin Omar. Pada separuh masa pertama Negeri Sembilan terlebih dahulu melalui jaringan penalti Shahurain Abu Samah. Pada separuh masa pertama Negeri Sembilan mendahului 1 – 0 manakala Kelantan masih lagi tercari-cari rentak permainan.

(more…)

Oct
30th

Piala Malaysia 2010: Kelantan vs N. Sembilan@FAM

Files under Isu Semasa, Kelantan | 6 Comments


Pada malam ini, 30 Oktober 2010 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, tepat jam 8.45 malam. Sekali lagi Skuad Bola Sepak Kelantan ataupun lebih dikenali The Red Warriors akan bertempur dengan Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan untuk kali kedua berturut-turut di pentas Final Piala Malaysia 2010. Bagi aktechpage.com sebagai seorang warga Kelantan turut tumpang berbangga dengan pencapapai Skuad Kelantan masa kini walaupun aktechpage.com kurang berminat dengan bola sepak tempatan dan juga bukanlah peminat fanatik bola sepak. Sejak layak ke Final ni, sekarang ini di sana sini kawan-kawan aktechpage.com sibuk bertanya adakah aktechpage.com turun Stadium Bukit Jalil ataupun tidak, malahan semua rakyat Kelantan tidak kira tua muda semua bertanyakan pasal ini. Dan Boss aktechpage.com di pejabat juga turut menyewa sebuah bas khas untuk pekerja-pekerja yang ingin ke Bukit Jalil (Boss aktechpage.com pun pergi juga dgn bas tersebut :P ). Itulah lah dia penangan Final Piala Malaysia 2010 untuk orang-orang Kelantan, betapa tingginya semangat diorang dalam menyokong Skuad Bola Sepak, mmg luar biasa sekali (Tumpang bangga :D ).

(more…)

Sep
14th

DAULAT TUANKU!!!! Pemasyhuran YMM Tg. Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan

Files under Isu Semasa, Kelantan | 1 Comment

KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

(more…)

Sep
8th

Berhati-Hati Di Jalan Raya, Selamat Balik Kampung!!!

Keadaan jalan-jalan di kelantan masih lagi seperti biasa sejak hari ahad hingga kelmarin, jalan agak lenggang di waktu pagi sebab cuti sekolah sudah bermula cuma di waktu petang sahaja agak sesak sedikit tapi masih lagi di tahap biasa. Hari ini dan esok mungkin akan menjadi luar biasa kesesakan jalan di Kelantan ini kerana di jangka lebih kurang 600 000 kenderaan perantau akan mula masuk ke kelantan. Lebih setengah juta tu beb!!!!

(more…)

Dec
7th

Koleksi Gambar & Video Accident di KB Mall

Files under Kelantan, Special | 2 Comments

Kejadian di KB Mall kelmarin amatlah mengejutkan seluruh negeri Kelantan dan Negara, sebuah kereta telah terjatuh dari tingkat 3 KB Mall hingga ke bawah dan menghempap 3 orang pelajar Masterskill yang sedang menaiki escalator. Kemalangan ini menyebabkan 2 mangsa mati dan seorang lagi cedera parah. Kejadian ini dikatakan terjadi pada sekitar jam 3 petang. Untuk maklumat lanjut dan melihat gambar dan video kejadian bolehlah ke Weblog Salam Pantai Timur

Koleksi Gambar & Video serta maklumat Accident di KB Mall ==> http://salampantaitimur.com/

ps:  Al-Fatihah untuk mangsa ….

Nov
25th

www.ebanjir.kelantan.gov.my: Portal Online Info Semasa Banjir di Kelantan

Files under Internet, Kelantan | 2 Comments

Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, apatah lagi dalam beberapa hari lagi Hari Raya Korban akan menjelma. Perayaan ini semestinya meriah di sambut di negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu. Ramai jugaklah member2 aku yang berada di perantauan bertanyakan tentang keadaan banjir di Kelantan dan juga bertanyakan adakah jalan utama dari KL ke Kelatan di tutup atau tidak. Aku pun tidak pasti kerana aku bukanlah bekerja di Jabatan Penerangan bencana alam. heheheh…

Nasib baik semasa aku surf FaceBook aku, salah seorang member aku berkongsi   1 portal info banjir dalam statusnya iaitu Portal eBanjir Negeri Kelantan (www.ebanjir.kelantan.gov.my).  Pelbagai maklumat terkini mengenai banjir yang dikemaskini  24 jam oleh  pegawai bertugas yang memantau keadaan semasa. Bagi perantauan yang berada di luar Kelantan yang ingin pulang menyambut Hari Raya Korban bolehlah merujuk kepada portal ini untuk melihat jalan-jalan manakah yang ditutup atau jalan alternatif  yang boleh dilalui di Laporan Lalulintas Yang Di Tutup.

(more…)

Nov
5th

Semangat Membara The Red Warriors

Files under Kelantan, Special | 3 Comments

Selepas 39 Tahun menunggu untuk ke Final Piala Malaysia, akhirnya pada 7 November 2009 ini pasukan bola sepak negeri kelantan atau lebih dikenali dengan gelaran “The Red Warriors” berjaya juga melangkah ke Final dan berpeluang untuk merangkul buat pertama kalinya Piala Malaysia jika dapat mengalahkan seteru utama iaitu pasukan Negeri Sembilan. Pertemuan ini bagaikan buku bertemu ruas. Walaupun dari segi rekod pertemuan banyak memihak kepada Negeri Sembilan sebelum ini tetapi aku yakin, pertemuan di Bukit Jalil ini The Red Warriors pasti tidak akan mudah mengalah dan akan berjuang habis-habisan untuk mencatatkan nama sebagai salah satu pasukan bola sepak di Malaysia yang merangkul Piala Malaysia yang berprestij ini.

Hari ini kepada semua warga Kelantan, harap anda semua dapat membeli Sinar Harian edisi Kelantan kerana komen aku di kawasan Pasir Mas muka surat K8 sebagai salah seorang penyokong setia The Red Warriors keluar hari ini…heheheheh….glamour gitu….(perasan seyhhhh :P )…

Pertandingan ini merupakan satu sejarah kepada Kelantan kerana ia buat pertama kalinya dapat beraksi di Final Piala Malaysia selepas 39 tahun menunggu peluang tersebut. Apa yang kami harapkan sudah tentulah kemenangan!!

Tapi sayang, aku tidak dapat ke Bukit Jalil bersama rakan-rakan lain kerana terpaksa mengikuti kursus Team Building di Agrotek Resort, Hulu Langat dari 6 Nov 2009 hingga 8 Nov 2009 anjuran daripada majikan aku. huhuhhu.. :( . Malam ni dah bertolak dengan menaiki bas ke Shah Alam, harap2 aku dapat menonton perlawanan melalui Siaran Langsung di kaca TV. Tapi tengok kepada jadual kursus, sangat padat juga lah, harap2 dapat menonton.