Ade Idea dah menulis, cuma masih dalam proses editing. Jadi demi memenuhi permintaan pelawat aktechpage.com . Aku postkan 1 video YouTube yang agak menarik khasnya untuk warga Kelantan. Ini kerana video ini memaparkan siri animasi 3D yang mempunyai dialog dalam loghat kelate tetapi orang bukan kelate pun boleh layan jugak sebab ada subtitle bahasa inggeris. Animasi 3D ini dipecayai dibangunkan oleh sekumpulan anak muda warga Kelantan yang menggelarkan diri mereka GomoSoft berdasarkan laman blog mereka di www.gomoman.blogspot.com (Entah kenapa laman rasmi www.gomoman.com sudah tidak available). (more…)
blogkelate.blogspot.com merupakan satu direktori bloggers kelantan. Apa itu direktori? Ok…dalam dunia internet direktori berasal daripada perkataan bahasa Inggeris directory (yang semua dah tau, saje2 je nak bagitau jugak ). Direktori ini membawa maksud dari segi internet ialah tempat berkumpulnya sesuatu perkara di satu tempat, selalunya alamat URL laman web atau blog. Direktori bloggers kelantan ialah dimana berkumpulnya kesemua bloggers kelantan meletakkan link URL blog masing-masing laman blogkelate.blogspot.com. Syaratnya ialah blog tersebut adalah kepunyaan orang kelantan dan juga bekerja di kelantan (Seperti yang termaktub dalam polisi blog kelantan). (more…)
Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.
Credit Gambar to farhanruslan.blogspot.com
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. (more…)
Salam, sudah agak lama aku tidak update blog ini sejak masuk bulan April 2009. Ini disebabkan aku terpaksa ke Kuala Lumpur selama lima hari dr 2-6 April 2009 menghadiri Kursus ESQ. Selama berkursus di Ampang aku tidak dapat online kerana di siang hari sibuk berkursus, malam pula jumpa kawan2 lama dan juga jalan2 sekitar Kuala Lumpur (KL). Bukan selalu dapat pergi KL, jadi guna lah sepenuh masa ini untuk enjoy jap drpd kerja. Disebabkan aku agak sibuk minggu ini, tak dapat aku update blog ku ni. Insya allah, aku akan ceritakan sedikit pengalaman aku semasa kursus ESQ selama 3 hari dr 2-5 April 2009 di post yang akan datang.
Untuk kali ini, aku akan paparkan beberapa gambar eksklusif masa rusuhan peminat bola sepak Kelantan selepas pasukan Kelantan tewas 1-0 kepada Negeri Sembilan semasa Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA. Aku dapat gambar2 ini drpd member aku yang ambik masa itu. Layannn….
Pada 26 Mac yang lalu, satu lagi kebanggaan rakyat kelantan apabila Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan pelancaran Wifi Aptus Net iaitu perkhidmatan internet jalur lebar yang disediakan oleh salah satu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) iaitu Infra Quest Sdn Bhd dengan kerjasama Infolient Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam penyediaan internet jalur lebar.
Aptus Net Communities Sdn Bhd ditubuhkan pada 13hb November 2008 dengan objektif untuk meningkatkan penggunaan dan kesedaran mengenai kepentingan internet di kalangan komuniti kerajaan, perniagaan dan rakyat di negeri Kelantan. Ianya bakal dicapai dengan kepakaran Infolient Sdn Bhd dalam menyediakan kemudahan internet berteknologi jalur lebar, aplikasi serta kandungan laman web.
Aptus Net mempunyai beberapa pakej yang menarik kepada pengguna iaitu Wireless Broadband, Home Broadband dan Enterprise Broadband. (more…)
Semalam, buat kali ke-2 dalam hidup aku masuk ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV tengok bola Liga Super Kelantan lawan P. Pinang. Kali pertama masuk stadium ini ialah pada 7 Mac 2009 yang lalu masa Perlawanan Suku Akhir Piala FA Kelantan lwn UPB-MyTeam. Masa itu Kelantan dengan bergaya mengalahkan UPB MyTeam dengan jaringan 3-1 dan mara ke Separuh Akhir Piala FA dengan aggregat keseluruhan 4-2. Terima kasih kepada Skuad Kota Bharu 1 kerana memberi tiket percuma Grandstand tajaan drpd TM Kelantan, dekat dengan Presiden KAFA. Takde dekat sangat, tp nampakla jugak kepala Presiden KAFA tu
Jadi sebagai bukti, aku rakamkan suasana di stadium untuk tontonan umum dengan HP cikai aku Sony Ericson K530i. Dan untuk kali ke-2, aku amat berpuas hati dengan permainan pasukan Kelantan yang begitu bersemangat dan bertenaga terutamanya drpd perancang pasukan Indra Putra Mahayudin dan penjaring sensasi Mohd Norfarhan Mohammad.
Nampaknya pasukan Kelantan terus menjadi pesaing rapat Selangor dengan menduduki tempat kedua dalam carta liga berikutan kemenangan 4-1 ke atas Pulau Pinang. (more…)
Persembahan Dikir Barat oleh pelajar Malaysia di Warwick University. Agak kreatif juga walaupun alat muziknya hanyalah kompang. Corak tepukan dan persembahan juga bole dikatan oklah.
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.