Apr
13th

eBook LY-EB01: Netbook Termurah di Dunia???

Ya, ini adalah netbook yang yermurah di dunia dengan harga yang sangat mengejutkan iaitu hanya USD$98 ataupun dalam mata wang Malaysia hanya lebih kurang RM323.00 ++. Pembuat netbook ini ialah sebuah syarikat dari China iaitu LANYA yang berpangkalan di Shenzen. Jika di lihat pada nama syarikat, LANYA, ianya sudah pasti tidak begitu dikenali tetapi syarikat LANYA ini dikatakan telah mengeluarkan  netbook yang termurah di dunia iaitu eBook LY-EB01.

Apakah spesifikasi Netbook termurah di dunia yang dinamakan e-book LY-EB01 ini?

(more…)

Feb
17th

Acer 3180T: Ringan dan Tipis

Files under Laptop/Notebook | 6 Comments


Acer merupakan antara pengeluar laptop utama di Malaysia dan telah menghasilkan beberapa laptop yang berkualiti dan berkuasa serta memenuhi pelbagai kehendak pengguna tempatan. Kali ini Acer telah mengeluarkan versi terbaru dari keluaraga Timeline yang mempunyai ketipisan kira-kira 1 inci sahaja bersama-sama ciri-ciri mewah. Model tersebut ialah Acer 3810T iaitu model pertama daripada dua model versi Timeline yang dikeluarkan oleh Acer. Model yang satu lagi adalah Acer 4810T dengan skrin 14 inci manakala model 3810T dengan skrin 13.3 inci.

(more…)

Jan
15th

Lenovo IdeaPad Y650: Era Laptop Nipis

Files under Laptop/Notebook | 4 Comments

Salah satu laptop yang hangat di pasaran terkini ialah Lenovo IdeaPad Y650. Laptop ini menampilkan kerangka yang nipis dan ringan dengan skrin yang agak besar daripada biasa iaitu 16 inci serta berwarna hitam jingga berkilat memberikan gaya eksklusif tersendiri kepada pemiliknya. Laptop ini sesuai digunakan untuk seisi keluarga dan individu di mana panel skrin resolusi 16:9, teknologi terkini grafik, memori DDR3 dan mempunyai pensijilan Dolby Home Theatre serta speaker JBL adalah bersesuain untuk tugasan kerja dan juga sebagai alat hiburan. Terdapat button akses segera bagi menukarkan daripada bunyi normal kepada muvi serta teknologi pengesan cahaya yang secara automatik mengesan perubahan cahaya persekitaran untuk diselaraskan pada laptop ini (Jarang ada pengesan cahaya pada sesatu laptop ni).

(more…)

Oct
8th

MSI X340: Notebook Nipis & Bergaya

Notebook bergaya!!! Notebook terbaru 13 inci daripada MSI ini sememangnya menawarkan gaya yang diinginkan oleh pengguna mobil masa kini. Selain saiznya yang nipis & ringan, ia turut menampilkan skrin lebar 16:9 bagi paparan lebih besar dan jelas. X340 juga boleh memainkan video HD, dilengkapi teknologi lampu LED belakang dengan ciri penjimatan tenaga dan port I/O penuh untuk penyambungan yang diperlukan. (more…)

Jul
30th

5 NetBook Pilihan aktechpage.com

Netbook atau laptop mini semakin diminati dikalangan pengguna yang inginkan mobiliti pengkomputeran yang mudah dan kompak. Pengguna kini lebih gemar membawa komputer bersaiz kecil untuk ke sana dan ke mari. Dengan itu netbook/laptop mini adalah pilihan yang sesuai di samping nampak lebih bergaya dan mudah digunakan. Apapun sebab, netbook/laptop mini adalah satu keperluan dan lebih menyerupai gajet kerana saiz dan keupayaannya tersendiri.

1. Acer Aspire One

Acer Aspire One memang menarik dari segi warna, terutama warna coklat keemasan atau maroon, nampak eksklusif. Ia dilengkapi WiFi 802.11 b/g yang ditambah dengan Acer Signal UP, bagi membantu anda cari signal wayarles lebih baik. Netbook ini juga tawarkan gabungan beberapa akaun email pada satu tempat, nenudahkan akses email anda di Yahoo!, GMail, Outlook, Hotmail dan sebagainya. Aspire One juga mempunyai pembaca kad 5-dalam-1, perisian antivirus tersedia dan simpanan boleh dibuat menerusi kad Flash 8GB atau HDD sehingga 120GB. Harga lebih kurang RM1399.00 :) (more…)

Jun
6th

Netbook Review: HP Mini 1001TU

Files under Laptop/Notebook | 2 Comments

Laptop mini terbaru daripada HP ini menampilkan papan kekunci terbesar dalam kelasnya iaitu 92% daripada saiz sebenar, memudahkan anda menaip dengan selesa di mana jua, pada bila-bila masa. Ia menekankan pengalaman mobiliti terbaik menerusi faktor bentuk kecil, kerangka bergaya dan skrin lebar 10.2 inci. Terdapat kamera web sedia ada, mikrofon dan WLAN untuk anda video chatting atau membuat online persidangan/mesyuarat. Manakala storan tambahan 2.4 dan 8 GB membolehkan anda menerima atau memindahkan data dengan mudah.

HP Mini 1001 TU juga boleh didapati dalam edisi khas Vivienne Tam.  Ia bukan sahaja kecil dari segi saiz, malah ringan untuk anda bawa atau simpan dalam beg tangan. (more…)

Jan
29th

ASUS F6: Laptop Berbau Wangi

Files under Laptop/Notebook | 2 Comments

Banyak idea juga ASUS ni dan salah satunya ialah menampilkan notebook dengan wangian. Bukan sekadar gimik kerana setiap rekaan notebook edisi khas ini mempunyai bau tersendiri, sesuai dengan citarasa pengguna. Antaranya bau bunga (merah jambu), Musky atau limau kasturi (hitam), Dew (hijau) dan kesegaran lautan (biru), macam manalah bau agaknya? Dari segi kebolehgunaan anda boleh mengharapkan  notebook saiz 13 inci ini yang menggunakan processor Intel Centrino 2, wireless, kamera web dan scan cap cari. Klik sini untuk ke laman khas notebook ASUS F6 yang mempunyai bau. Anda juga bole pergi ke laman rasmi ASUS F6 untuk lebih detail.

(more…)